Monday 8 November 2010

07-11-2010 >>AHAD




Wahh... Aku berjaya bangun awal hari ni MySpace. Pukul 5.42 pagi aku dah terjaga. Aku terus ke dapur. Menyediakan bahan-bahan untuk memasak. HAri ini ada acara makan bersama di Church. Seperti biasa aku akan menyediakan dua jenis menu. Ikan merah 3 rasa dan sayur peria kacang hitam. Bolehlah... kalau dah lapar semuapun sedap.. Proses memasak kali ni tak la serumit minggu lepas. Ikan dah pun aku goreng dengan tepung malam tadi so sekarang ni aku hanya perlu menyediakan kuah dan menumis resepi kedua aku (peria). Sebelum pukul 6.30, semua sudah selesai. Aku berehat sekejap sambil mendengar lagu-lagu rohani. Tepat pukul 7 aku mandi kemudian bersiap-siap untuk pergi ke Church.

Church agak lengang hari ni. Mungkin sebahagian besar penuntut Aseana sudah mula bercuti. Seorang demi seorang sampai. Dan memang benarlah sangkaan aku. Hanya 4 orang sahaja budak Aseana yang datang. Hari ni tak seramai hari ahad yang lepas. Tapi masih dikategorikan sebagai "banyak" jika dibandingkan dengan hari-hari ahad biasa tanpa acara.

Selepas makan, aku dan Co meminta izin untuk keluar dahulu. Aku hendak beli ubat di klinik. Klinik tu pula akan tutup pada pukul 2.00 petang. Jadi kami terpaksa mengejar masa. Aku memang berniat menyaksikan sukan-neka kanak-kanak Sekolah Minggu yang akan dijalankan selepas makan. Tapi tak mengapa... Aku harap tahun depan aku dapat bersama-sama dengan mereka. Aku sempat membeli tiket lucky draw dan meninggalkannya pada Pengerusi Kaum Wanita Church. Aku tak kisahpun kalau tak dapat apa-apa. Niat aku hanyalah untuk mengambil bahagian dalam acara tu.. MySpace

Ramai betul orang di Klinik. Naik bosan juga menunggu. Padahal hanya nak beli ubat. Huhuhu.. Lepas tu nak periksa description ubat [Aku nak beli ubat yang doctor klinik ni pernah bagi aku. bagus ubat tu] yang terdahulu dalam fail akupun hampir sejam baru jumpa. Inilah kelemahan klinik yang tidak menggunakan komputer. Fail berlambak dalam kabinet macam mana nak cari dengan cepat. Kan lebih mudah jika semua dokumen-dokumen pesakit disimpan dalam komputer. Tekan-tekan saja semua data-data terpapar dalam skrin. Erm... Bukannya apa, untuk memudahkan semua orang.

Akhirnya, setelah hampir setengah jam menunggu aku berjaya juga mendapatkan ubat yang aku maksudkan. Keluar dari klinik tu , terus singgah beli ice-cream 3 rasa. Matahari terik macam ni sedap betul makan ice-cream. MySpace Tak sampai rumah ice-cream pun dah ahbis... Ngeeee...

Sebelah petang ahad aku tak buat apa-apa. Bergurau-senda dengan semua pets aku dan masak untuk makan malam. Mandi, dinner, tengok TV sekejap then tidur.

P/S : Tidur tak lena... Hampir setiap jam terjaga... MySpace

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men