Monday 1 November 2010

31 October 2010~ Hari Kurniaan-NYA yang bermakna



Awal bangun hari ni.... Semalam tak sempat beli bahan-bahan untuk memasak. Jadi kena bangun awal turun ke pasar sekejap. Hari ni ada upacara makan bersama di Church sempena Mini Konsert Persatuan Belia PCS Penampang serta Majlis Perpisahan untuk Fonie yang kini tamat praktikal serta bakal menamatkan pengajian di STSMySpace. Masakan aku simple sahaja. Yang penting ada hidangan untuk dibawa. Selesai masak, aku mandi dan bersiap. Kira-kira pukul 8.46 kami sampai di Church. Sudah ramai orang yang datang. kelihatan sebahagian besar yang memenuhi tempat duduk Church merupakan belia yang akan mengadakan Mini Konsert. Cantik uniform diorang. Warna merah dengan font kuning dalam bahasa ibunda aku "Tumungag Om Sumilau" >>Terjemahan dalam Bahasa Malaysia : Bangkit Dan Bersinar.. MySpace


Agak ramai juga yang datang hari ni.. Harap-harap next week pun macam ni juga... Kebaktian dipersingkatkan sedikit coz ada Pembatisan beberapa "jiwa" baru... MySpace. Selepas tu Mini Konsert dilangsungkan. Seronok mengambil bahagian dalam permainan " Tumbuk Iblis" .. Ada yang tertumbuk orang yang berdiri di sebelah... MySpace... Setelah dihiburkan dengan beberapa buah lagu, Mini Konsert itupun berakhir. So, acara makanpun bermula. Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk. Semuanya sedap-sedap belaka. Tak tahu hendak ambil lauk yang mana satu. Takkan nak ambil semua. Hancur musnahlah diet aku hari ni... Hahahahaha... MySpace
Nampaknya bukan hari ni sahaja diet aku akan hancusss coz minggu depanpun acara makan bersama akan diadakan sekali lagi bersempena degan aktiviti sukan-neka Kanak-kanak Sekolah Minggu.

Yang paling best, lucky draw turut dimasukkan dalam senarai aktiviti pada minggu hadapan. Pengerusi Persatuan Kaum Wanita meminta aku menyediakan sebuah hamper untuk lucky draw tu sebagai sumbangan peribadi. Aku sambut dengan happynya. Tak sabar membeli-belah untuk hamper tu nanti. Aku akan packing hamper tu sendiri seperti mana yang selalu aku lakukan pada malam sebelum natal.. MySpace
Sekarang ni aku sedang berfikir tentang menu aku ahad nanti.. Ermm..... MySpace

P/S : Kalau setiap hari ahad ada acara makan bersama, tak sampai hujung tahun aku akan bertukar menjadi "kayu balak"... huhuh....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men