Thursday 4 November 2010

Ceritera Khamis (sebelum cuti Deepavali)



Dalam pukul 7.45 aku sampai di office. Lambat sedikit hari ini. Aku akan menyiapkan "product profile" kemudian akan mengemaskinikan P.O (Stationery). Sedang khusyuk melayan mood yang tengah bagus tu, tiba-tiba Bro Stanley meminta aku menaip masuk dua buah Agreement. Kerja aku, aku tolak ke tepi. Pening betullah menaip Agreement ni. Bahasanya pelik-pelik. Kadang-kadang macam ada yang tak kena saja. Tapi dah ini yang lawyer tu draf nak buat macam mana lagikan. Rumit juga bahasa lawyer ni... MySpace


Lunch time! Aku temankan Beth ke bank untuk membayar kereta tapi sebelum tu kami singgah di kedai buah. Macam biasalah, setiap hari mesti makan buah untuk menjamin kesihatan MySpace. Hari ini kami lunch di Burger King. Tidaklah sesedap MacD tapi bolehlah. Saja nak tukar angin. Sometimes bosan juga kalau makan di tempat yang sama setiap hari. Pukul 1.33 aku dan Beth gerak balik ke office... Beth balik ke bloknya dan aku duduk di tempat aku. Selalunya aku akan melepak di tempatnya tapi kali ini tidak. Aku begitu sibuk [Sibuk-sibukpun, sempat up-date blog tau... MySpace] Aku menyambung kerjaku.

Nampaknya aku kena "tapau"lah kerja aku ni balik ke rumah. Aku kena submit agreement ni sebelum jam 10 pagi sabtu. Hampir pukul 6 aku keluar office. Awal sedikit. Pergi menggila di Strawberry -beli custard cake dan brownies- kemudian singgah di di 7-11 beli ice-cream dan top-up slip. Apa agaknya aktiviti aku besok...? Rancangan hendak bermandi-manda di water fall terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Yang pasti, esok aku nak bangun lambat. MySpace Lepas bangun nanti barulah buat planing nak pergi mana....

P/S : Selamat Bercuti... Happy Deepavali.... MySpace

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men