Tuesday 16 November 2010

I Laughs, I Smiles, I'm joking and talk nicely. Act like happy go lucky but no one know i'm dying inside...





Kata orang, hidup ni ibarat roda. Kekadang kita berada di atas, dan ada ketikanya kita di bawah. Demikianlah juga dengan perasaan. Ada masa kita happy dan ada masa juga kita bersedih. Setiap orang pula menghadapi semua tu dengan cara yang berlainan. Maksud aku reaksi yang ditonjolkan oleh setiap individu itu adalah berbeza-beza. Rambut saja yang sama hitam. Tapi hatikan lain-lain.. MySpace Bagi aku, seperi yang tertera di atas tu, aku akan berlagak seolah-olah semuanya dalam keadaan baik. Aku tak mahu orang lain terlibat dalam konflik dalaman aku. Aku mahu jadi "profesional" [kalau boleh]. Oleh sebab tu lah aku memilih untuk memendamkan semua tu dan cuba melupakannya bila bersama dengan kawan-kawan aku ataupun sewaktu aku berada di tempat kerja. Memang tak semudah yang difikirkan. Terpaksa bergelut dengan perasaan sehingga kadang-kadang aku hampir tewas. Korang faham-fahamlah apa maksud tewas tu. Mulanya memang sukar, tapi lama-kelamaan aku dapat melenturkan hati dan fikiran aku. Aku belajar daripada masa lalu dan menjadikan ketabahan orang lain sebagai guru yang terbaik.
Dah banyak yang aku lalui dalam hidup, pengalaman jadi sahabat sejati untuk menghadapi hari esok.. Sekali lagi aku hendak ingatkan di sini >> AKU BUKANNYA PLASTIK YANG CUBA BERLAGAK JADI ORANG LAIN. Aku ada niat baik untuk berkelakuan seperti itu... Percayalah, ianya memang niat baik... MySpace


P/ S : Inilah aku..... MySpace

2 comments:

AnneRaini on 19 November 2010 at 15:55 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kenapa ni?jangan tension-tension k

LennMommaChubby on 19 November 2010 at 16:08 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hidup ni tak ada serinya tanpa tension... hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men