Tuesday 30 November 2010

LEMON & KHASIATNYA



Pengelupasan Kulit Mati
Sel kulit mati membuatkan kulit muka menjadi kasar dan kusam. Untuk membuang sel kulit mati, sapukan air perahan lemon yang telah dicampurkan dengan satu sudu makan gula.
(Gula? Mesti muka melekit ni... Tapi kalau berkesan 'hentam' sajalah...)
MySpace

Memudarkan Kedutan
Lemon juga berguna untuk memudarkan kedutan pada wajah. Didihkan setengah cawan susu yang dicampur dengan tiga sudu makan jus lemon. Diamkan sebentar kemudian lumurkan di seluruh wajah dan leher sewaktu campuran itu suam-suam kuku. Biarkan selama 10 minit barulah bilas dengan air sejuk.
(Susu dan lemon. Ermm... Macam sedap saja bunyinya tu... hehe...)
MySpace


Mencerahkan Kulit
Lemon kaya dengan vitamin C yang bermanfaat untuk mencerahkan wajah. Belahkan sebiji lemon kepada dua bahagian, lalu usapkan satu bahagian lemon itu pada wajah selama lima hingga sepuluh minit. Selepas itu, cuci muka dengan air sejuk. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukannya setiap hari.
(Yang ini aku dah cuba... Memang bagus... Ada rasa pedih sikitlah bagi yang berkulit sensitif)
MySpace


Melembabkan Kulit
Kulit yang kering terlihat bersisik dan tidak bermaya. Untuk melembabkannya, campur sebiji lemon (yang telah diperah) dengan dua sudu makan minyak zaitun. Gosokkan pada wajah dan tubuh. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Kemudian bilas dengan air suam.
(Mungkin minyak kelapa boleh dijadikan sebagai alternatif kalau tiada minyak zaitun...)
MySpace

Membasmi Ketombe / Kelemumur
Lemon juga dapat membasmi ketombe / kelemumur. Caranya, usapkan perahan air lemon pada rambut dan kulit kepala. Urut perlahan-lahan selama lima minit. Kemudian bilaskan rambut dengan air. Untuk kesan yang maksima, lakukan setiap hari.
(Tentu rambut sentiasa wangi kalau buat perawatan ni setiap hari)

MySpace

Menguatkan kuku
Rendamkan kuku selama 5 minit dalam air suam yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Keringkan kuku kemudian gosokkan dengan seulas lemon. Rendamkan kembali kuku ke dalam dalam air sejuk.
(Lemon bukan sahaja menguatkan kuku malah ia mampu menjadikan kuku kelihatan lebih bersih dan sihat - Mingguan Wanita)

MySpace


(Sumber : Rapi)

P/S : Aku akan cuba satu-satu...
MySpace

2 comments:

gunsirit on 1 December 2010 at 08:28 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takut pula kalau taruh gula dgn lemon, semut datang ooo...hehehe

LennMommaChubby on 1 December 2010 at 12:31 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aii... sedap baitu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men