Monday 15 November 2010

Monday Blues! >>Selepas Bekerja Selama 7 Hari Seminggu (malah lebih dari 10 jam sehari).



Ikutkan hati, aku teringin sangat hendak bercuti hari ini. Letih lesu semacam badan aku. Terlalu mengerah tenaga agaknya. Otakpun ikut penat. Gerenti Migrain ni...
Aku betul-betul stress bila telefon balik-balik berbunyi. Bila diangkat, tiada siapa pula yang bercakap. Hari memang serba tak kena bagi aku. Semua kerja yang aku hendak buat tak menjadi. Tak ada mood. Meja akupun masih bersepah dengan barang-barang tender minggu lepas.
Mr. BigBoss dan Ms Perfect mungkin perasan aku kurang buat kerja hari ni. Ahh... Lantaklak... Aku tak kisah langsung. Aku ni manusia. Bukannya robot. MySpace
Lunch time!.. Keluar beli buah dan makan. Lepas tu tidur di bilik mesyuarat. Adalah dalam hampir setengah jam aku tidur. Ter"charge" juga sedikit tenaga aku.
Petang ni aku malas nak masak. Baik makan saja dekat luar. Bukannya selalupun. Benar-benar tak larat ni... Huhuhu... Kalau tak makan dekat luar, harap-harap ada "tangan ajaib" yang tolong masakkan makan malam... MySpace


P/S : Aku tak mahu apa-apa... Aku hanya mahu berehat sebentar... MySpace

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men