Saturday 4 December 2010

03 December 2010 ~~ Kisah Sepanjang Hari




Lazimnya, sebelum naik ke office [office di tingkat 3. Hari-hari exercise turun naik tangga... Tapi tak kurus-kurus juga... huhuhu... MySpace], aku singgah beli sesuatu untuk di makan (breakfast).
Masuk office saja, morning mood aku yang agak bagus hilang separuh coz waktu aku meletakkan beg di atas meja aku terjeling (secara tidak sengaja) Ms Perfect merenung aku dengan tajam (rasanya boleh melukakan orang renungan dia ni MySpace). Akupun tidak tahu apa logiknya dia buat macam tu. Pelik.. Kadang-kadang dia ni (Ms Perfect) berperangai aneh. Hehe...
Aku berlagak macam tak nampak. Aku membancuh milo seperti biasa dan aku ternampak nama aku tertera di atas papan kenyataan. Di dalam column Staff On Leave... Yehaww.... !!! MySpace
Sekarang barulah aku faham apa makna renungan tu... Iyalah... Tempoh hari kan dia berkeras tak mahu sign cuti aku. Tak mahu aku bercuti lama-lama. Tapi boss sudah sign permohonan aku tu.... Approved!... Jadi aku akan bercuti..Dia tak boleh cakap apa-apa lagi... Hahahaha...








Hampir waktu lunch. Aku nampak boss, Ms Perfect dan Sista Weii sedang bercakap tentang sesuatu di dalam bilik boss... Tak berapa jelas sangat. Mungkin masih sebut pasal cuti. Tak habis-habis lagi tentang ni. Orang sudah sanggup dengan "Unpaid Leave", apa lagi yang dia hendak?... MySpaceTidak lama kemudian, Sista Weii keluar. Dia memanggil aku dan Ms Yapp masuk ke dalam bilik boss. Apa benda lagi ni...? dengan muka blur aku dan Ms Yapp masuk. Dengan tenang, boss menjelaskan cuti kini dikira secara PRO RATA. Jadi kiraan jumlah cuti kami akan ditukar. Mungkin masih ada "negative". Tapi taklah teruk sangat.... Thanks God... Happy bukan kepalang. Terangguk-angguk ucap T.Q.. Semalam bukan main lagi mengutuk. Inilah lumrah manusia... Akupun manusia biasa juga... huhuhu...
Dengap penuh semangatnya aku berjumpa dengan Sista Weii selepas dia keluar dari bilik boss. Aku ingin tahu sangat tentang jumlah cuti aku dengan kiraan yang baru ni... Malangnya dia tidak mempunya masa yang cukup... Jadi dengan tak malunya, aku meminta semua surat-surat cuti aku yang telah difailkan sejak dari tahun 2008 (time aku start kerja di sini). Aku pening kepalalah dengan summary dia ni. Jumlah cuti dalam forms leave tak berpadanan dengan jumlah dalam summary. Aikk... Hairan betul... Mungkin aku lupa isi form... Apapun aku masih mengira ni....





Lunch time! Beth keluar dengan buah hati. Sista Weii pula awal-awal lagi dah keluar. mungkin sudah janji dengan kawan. Akupun joinlah ten Jess (Jess, Mr Lo, Ms Theresa dan Nicole). Pergi makan dengan diorang ni buat aku bertukar macam orang kurang siuman. Terangguk-angguk, tergeleng-geleng... Tersenyum... MySpace
Erm.... Diorang semua ni Chinesse. Aku seorang saja yang native (pasok momogun)... huhu... Jadi bila aku dapat tangkap sedikit maksud perbualan diorang tu, aku kenalah bagi respon sikit. Takkan macam tunggul kayu saja...
Selesai makan, aku, Jess dan Ms Yapp stay sekejap di kedai makan tu. Kawan Ms Yapp hendak datang. Saja nak bual-bual katanya. Isu cuti disebut lagi. Aku sendiripun sudah bosan. Tapi bila dah cakap-cakap, masih boleh jadi 1 topik yang menarik...
MySpace

Petang : Boss call. Dia cakap dia tak sempat balik office (boss keluar selepas lunch) so dia minta tolong offkan lampu bilk dan PC. Dengar saja boss tak balik, semuapun mula bertabiat. Bergossip... Tergelak-gelak... Sambil buat kerja.. Pendek kata, suasana happylah...Hehehe.. MySpaceTambahan lagi Ms Perfect bekerja setengah hari saja hari ini (kurang sihat...Selsema dan batuk-batuk.. dari pagi tadi suara dia dah sengau... hidung penuh mukus...). Semua happy kalau boss dan Ms Perfect tak ada di office.MySpace


Sebelum pukul 6, office dah lengang. Semua memanfaatkan ketiadaan kedua-dua "monster itu. Beth balik awal jadi sekali lagi aku join Ms Theresa, Mr Lo dan Nicole pergi minum petang. Panas dah punggung duduk office. Kali ni ada Sista Weii. Kira o.klah coz dia memang rajin cakap BM dengan aku... Tidaklah aku diam saja.

Oleh kerana malas masak (pecah rahsia MySpace), aku dan Co singgah makan d 818. Aku makan mix vegie saja. Dah start diet ni... Makan sayur dan buah saja.. Sambil tunggu makanan yang dipesan sampai, aku install Yahoo Messenger (kebetulan ada bawa lappy)...

P/S : Malangnya di rumah tak dapat buka YM... Line slow... Layan movie saja la... huhuhuh....

4 comments:

gunsirit on 6 December 2010 at 07:35 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Panjang juga cerita ko ah...ehhehe..anyway congrat jugalah dapat cuti yg ko mau..:)

LennMommaChubby on 6 December 2010 at 07:51 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iya bh... ni la sa malas ni... mo kasi ringkaspun mesti terlajak juga. tebiasa bh tulis novel... hahahaha.... Bh thnx... Tak sabar mo bcuti suda ni...

beaty on 6 December 2010 at 10:37 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yuhuuu ko memang berjela2 ni tau..sa kasi nama ko Ms. Panjang la...buli kaitu

LennMommaChubby on 6 December 2010 at 11:32 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aiyaaa... Buruk juga tu kalo Ms Panjang. hahaha... Lain btul bunyinya... Tebiasa suda bh beth... Sa try la kasi pndek sikit di next post...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men