Thursday 2 December 2010

Kisah Hari Ini Yang Membuat Aku Hilang Sabar...




Pernahkah ketidakadilan (yang ketara) berlaku di office kamu? Pernahkah sikap orang atasan kamu (bukan bigbosspun... Kira-kira macam supervisor saja dia ni... ) benar-benar membuat kamu panas hati??... Itulah yang sedang aku alami sekarang. Pagi yang penuh dengan kecerian seperti biasa tiba-tiba bertukar menjadi pagi yang akan aku ingat sampai bila-bila hanya kerana kelancangan mulut seseorang.

Seperti biasa setiapkali bulan December tiba, aku akan bercuti panjang. Bercuti panjang maksud aku ni, bukannya sampai berminggu-minggu. Paling lamapun 5-6 hari macam tu. Aku sudah awal-awal mengambil leave form daripada Sista Weii dan selepas mengisi form tu, aku akan meletakkannya di atas meja supervisor untuk meminta tandatangan sebelum di hantar ke meja bigboss. Selama lebih daripada 2 tahun aku bekerja di sini, memang itulah rutin yang aku lakukan untuk memohon cuti. Dua hari berlalu, supervisor belumpun menurunkan tandatangan ke dalam form leave aku. Aku tidak kisah... Mungkin dia terlalu sibuk. Lagipun, hari Chrismastkan ada beberapa minggu lagi.

Hari ini, 02 December 2010 (Khamis), dengan baju kuning paras lutut dan legging berwarna gelap si supervisor itu terkedek-kedek datang ke mejaku. Membawa sehelai kertas (yang macam aku kenal saja - leave form aku). Berdetik di fikiran. Ini mesti pasal cuti ni... Sangkaanku memang tepat. Dia bercakap panjang lebar dengan aku tentang Annual Leave, Policy, Employee, Surat Perlantikan Jawatan, etc.. Tujuannya hanya satu. Dia menggalakkan aku mengurangkan cuti yang aku ambil daripada 6 hari ke 2 atau 3 hari. OMG... 2 atau 3 hari?!!... Apa yang dapat aku lakukan dengan family aku hanya dengan 3 hari? 2 Hari aku habiskan di Church (24hb- Holy Night & 25hb- Christmas Day) dan lagi sehari tu aku habiskan dengan perjalanan pulang aku ke KK. Bagaimana dengan hari bersama keluarga? Bagaimana dengan janji aku untuk membawa anak aku jalan-jalan ke pekan? 3 Hari tak cukuplah.. Huhuhu... Aku tak peduli. Kalau dia tak mahu sign, aku akan jumpa bigboss. Dia bukannya boss akupun. Dia tak bayar gaji aku.. Diapun employee macam aku.. Apa kaitan cuti aku dengan dia?.. Memang aku tahulah leave aku dah negative sejak aku balik kampung hari tu (masalah keluarga). Tapi takkan tidak mampu bertoleransi sedikit?.. Aku tahulah jawatan aku ni jawatan yang paling rendah dalam office ni.. Malah antara semua staff, mungkin gaji akulah yang paling kecil sekali. Tapi itu tidak bermakna aku kena menurut 101% apa yang orang atasan cakap.. Walaupun kuli tapi akupun manusia macam diorang. Aku juga perlukan masa untuk anak, keluarga dan diri sendiri. Terus-terang aku katakan, aku tidak mampu menjadi "robot"!.

Bila difikirkan, perlakuannya itu memang TIDAK ADIL dan aku tidak puas hati dengan sikapnya yang seolah PILIH KASIH. Nak tahu kenapa? Erm... Dua hari sebelum ni, ada seorang staff memohon cuti dan meminta dia menandatangani leave formnya. 6 Hari ke China.. Melancong.. Dan aku sudah sedia maklum staff ini juga dah negative-negative cuti dia. Malah lebih "parah" dari aku. Tapi dengan "sukacitanya" supervisor ni menurunkan tandatangan untuk staff itu bagi menyokong cuti makan angin yang dipohon. Dan untuk makluman kalian yang sedang membaca, staff ini cutinya sudah -15.5 hari termasuk cuti yang baru dipohon ni. Aku bukan hendak mengata teman sekerja yang aku maksudkan, tapi aku sekadar melahirkan rasa terkilan aku ni (maaflah kalau terkasar bahasa sikit).

Aku tidak mampu marah. Aku tidak mampu menjeritpekik menyatakan ketidakpuasan hati aku kerana aku sudah diajar untuk menghormati orang yang lebih tua (tua sangat dari aku - boleh jadi mama aku lagi) walaupun aku sudah hilang sabar. Apa yang dia tahu tentang cuti untuk bersama keluarga?.. Bagi dia keluarga itu hanya berada di tempat yang kedua selepas kerja (wanita berkerjayalah katakan). Dia tak ada anak.. Keluarganya memang bermastautin di sini (mungkin tinggal serumah atau duduk dekat-dekat sahaja) berbanding dengan keluarga aku yang nun jauh di pedalaman (4 jam perjalanan dari KK baru sampai). Dan aku pula tinggal bersendirian di sini berjauhan dari keluarga aku. Kadang-kala bila terlalu lama tak jumpa dan berkumpul satu keluarga, aku mahu duduk lebih lama di kampung untuk mengubat rindu aku pada mereka terutamanya anak aku. Huhuhuhu....

Aku tak salahkan dia >Supervisor. Kerana aku tahu dia tidak faham apa itu erti kekeluargaan. Dia tidak berjiwa sentimental macam aku yang sudah bergelar ibu. Aku harap benda ni tak akan terjadi pada sahabat baik a.k.a teman satu office aku Beth... Jangan dia pula dihilangkan kesabaran. Cukuplah aku saja. Semoga dia (supervisor) akan dapat memperbaiki sikapnya yang selalu menyakiti dan TOLONGLAH BERLAKU ADIL. TAK ADA KURANG SEDIKITPUN PADA DIRI SENDIRI JIKA BERTINDAK ADIL DAN RASIONAL. FAHAMI SITUASI ORANG LAIN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN. HARGAI PERASAAN ORANG.

Sekian dulu. Nanti up-date lagi selepas berjumpa bigboss untuk memohon cuti. Tak tahu apa yang bakal bigboss katakan pada aku coz surat permohonan cuti aku ni supervisor tak sign pun. Aku tak kisah.. Kalau tak bagi, aku nekad kemukakan notis dua bulan untuk berhenti. Sudah banyak perkara yang membuat aku sakit hati dan hilang sabar. Mungkin inilah masanya untuk aku "blah" dari sini.
"Selamat tinggal office yang menganjurkan bekerja sehingga tengah malam malah sampai pukul 1 pagi. Malah meminta staff turun bekerja pada hari Ahad tanpa sesen pun bayaran (O.T)"... Hahahhaha... Agaknyalah....

P/S : Jangan pandang rendah pada Wanita Meja Depan.... Walaupun mungkin yang paling 'bodoh' antara semua staff, tapi tidak bermakna dia tidak mempunyai perasaan.

7 comments:

beaty on 2 December 2010 at 11:13 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Len tia pa..peduli la dia..bukan ko sorang ja rasa mcmtu..I tell you..staf2 yang suda resign pun mengadu juga ..melahirkan ketidakpuasan hati .. sorry la bagi colec yang baca post ini..tp that is the reality. Ourself need to realized that..kalo Len BLAH.. I pun BLAH...gaji seciput yang tengah bulan da abis tak guna some more..dengan riangnya mengajak kerja hari Ahad...What the hell dia Len (sory emo sikit ya)..kalo mau ikut hati mau hamburkan balik tempias balik pada dia but,,I masi waras..Sapa la I ni yang teda2 ni...It obvious that kita d anak tirikan.. Really I tell you Len....

LennMommaChubby on 2 December 2010 at 11:20 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Minta maaf kepada Ms Yapp yang sudah dibuat sebagai bahan perbandingan..

Dan untuk pengetahuan, Supervisor yang aku maksudkan ini adalah Ms Perfect..

LennMommaChubby on 2 December 2010 at 11:30 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Beth, mungkin kita lebih sesuai jadi bussineswoman ni. Any plan? hehe

jessie on 2 December 2010 at 11:31 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

i sokong u....tu org takde akal......no feeling punya. no compassion....dia mau jual dia punya nyawa sama ni ofis dia punya hal.

tu org plg atas tu....kalo dia tak kasih....u tanya balik nape yg satu tu boleh kasih dan nape u tak bolih?????

Sial btl tu org

gunsirit on 2 December 2010 at 12:00 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Buat lah apa yang patut bah mandak, jumpa bigboss, kalau dia pun teda mau...kasi tau sya..ehhehe

AnneRaini on 2 December 2010 at 12:22 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

chillex...nanti jumpe bigboss ckp baik2 mungkin die faham...len tak stay dengan anak ke???sedihnye...

LennMommaChubby on 2 December 2010 at 14:16 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jess : Dia tak faham coz dia tak ada anak. Jumpa boss nanti i bagitau smua ni... I tak kisah sudah. Apa jadi, jadilah...


gunsirit : Memang mo jmpa boss ni.. Nanti sa kasi tau kau kalo tak kna approve cuti sa... hahaha (mcm sijuk plak hati sa kna panggil mandak ni tau...hehe)

Anne: Yupp... Kejap lg nak jumpa boss. Dia memang tak faham. Dia dah jadi separuh robot. Anak di kampung. Memang tak stay dgn anak... huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men