Thursday 9 December 2010

ThE LaSt SaMuRai


Siapa pernah tengok filem ni?... Inilah satu-satunya action movie yang aku minat (aku sebenarnya tak suka action movie, kecuali yang ini). Dah berpuluh kali aku tengok sampai skrip yang indah-indah tu macam hampir terhafal pula... MySpace. Malam tadi filem ni ditayangkan di channel HBO (astro). Aku tengok lagi (di kampung aku ada dvd filem ni MySpace).. Tak bosan-bosan. Aku suka sangat jalan cerita serta nilai-nilai positif yang ditonjolkan dalam filem ini. Unsur-unsur kekeluargaan dan semangat perjuangan yang tinggi juga digarapkan sekali..
Kisahnya macam ni... (Aku tulis apa yang aku faham) MySpace

Kapten Nathan Algren (Tom Cruise) telah bersetuju pergi ke Jepun untuk melatih tentera Maharaja menggunakan senjata dan menerima bayaran yang tinggi. Tentera Maharaja ini ditubuhkan untuk menentang pemberontakan terhadap dasar Westernisasi Maharaja yang diketuai oleh Katsumoto (Ken Watanabe) seorang Samurai yang masih meneruskan cara hidup tradisional orang Jepun. Aku minat gila pada watak Katsumoto ni... Berapi-api perasaan aku... Hehe..

Tentera Maharaja belum bersedia sepenuhnya namun Omura (walaupun si Tom Cruise ni tak setuju) tetap berkeras mengarahkan mereka turun bertempur dengan alasan mereka mempunyai senjata yang canggih sedangkan askar samurai hanya mempunya pedang dan anak panah. Tentera Maharaja ni berpatah balik (termasuk jeneral yang langsung tak berbuat apa-apa... >tak ada guna punya jeneral) setelah sebahagian besar dari tenteranya mati dibunuh oleh askar Samurai. Kapten Algren yang masih berada di situ telah membunuh 4 askar Samurai malah masih mampu mempertahankan diri walaupun sudah terbaring. Katsumoto kagum dengan keberanian Kapten Algren lalu membawa Kapten Algren pulang sebagai tahanan ke kampungnya yang terletak di pergunungan.

Kapten Algren ditempatkan di rumah adik Katsumoto (Taka) yang juga balu kepada Samurai yang telah dibunuhnya. Kapten Algren tinggal di perkampungan Samurai itu sepanjang musim sejuk. Dan selama dia di sana, dia banyak belajar tentang kehidupan seorang Samurai (termasuk kemahiran lawan pedang) dan belajar bertutur dalam Bahasa Jepun. Dia juga mula jatuh cinta kepada Taka (walaupun tiada skrip yang menyatakan perkara ni, tapi dari gerak-geri si Tom Cruise dalam movie ni, aku dapat tahu....hehe).

Satu malam, tentera Maharaja yang menyamar sebagai ninja telah menyelinap mask ke perkampungan (serang hendap lah ni...). Kapten Algren dan Katsumoto serta Samurai yang lain (termasuk anak lelaki Katsumoto, Nobutada) berkerjasama menentang tentera-tentera Maharaja ini dan akhirnya tentera itu dapat dikalahkan. Katsumoto mengambil keputusan pergi ke Tokyo untuk menghentikan kontrak Jepun dengan barat.

Kapten Algren yang ditahan oleh askar Samurai sebagai tawanan dilepaskan ketika di Tokyo tetapi Kapten Algren telah berubah hati dan menyebelahi Katsumoto. Ketika Katsumoto berjumpa dengan Maharaja (babak yang aku paling geram), Katsumoto dipertikaikan dan diletakkan sebagai tahanan. Kapten Algren meminta seorang kawannya (photographer) masuk ke dalam penjara dan memberikan pedang kepada katsumoto sebagai senjata untuk melarikan diri. Nobutada telah terbunuh ketika membantu ayahnya keluar dari tahanan (Seorang Samuraipun menangis juga melihat anak mati di depan mata... isk.. isk).

Omura telah menghantar 2 batalion untuk bertempur dengkan askar Samurai. Kapten Algren yang sudah tahu taktik serangan tentera Maharaja itu memudahkan Katsumoto dan pengikutnya mematahkan serangan. (Kapten Algren mengenakan pakaian Samurai milik mendiang suami Taka. Boleh tahanlah. Macam Samurai juga... Ngee....) Pada pusingan pertama pertempuran, Katsumoto dan orang-orangnya berjaya mengalahkan pihak lawan (akupun berharap sangat tentera maharaja tu kalah.... huhu).

Pusingan kedua dimulai dengan serangan balas dari kumpulan Katsumoto.. Tentera Maharaja menggunakan senjata yang terbaru (sejenis meriam yang boleh laras) dan mengorbankan ramai askar Samurai. Hanya beberapa orang sahaja yang sampai betul-betul di kawasan pertahanan tentera Maharaja (termasuk Kapten Algren). Oleh kerana hanya mereka berdua saja lagi yang hidup (Kotsumoto dan Kapten Algren), Kotsumoto meminta Algren menikamnya (mati secara mulia sebagai seorang Samurai yang gagal dalam peperangan). Scene ni yang buat aku tersentuh. Waktu Kotsumoto mati, semua tentera Maharaja memberikannya penghormatan sebagai Samurai yang terakhir... Huhuhu... Sedihnya.. Balik-balik tengokpun masih sedih juga. sob...sob...sob...

Sebelum Maharaja menandatangani kontrak dengan negara barat, Algren telah berjumpa dengannya untuk menyerahkan pedang milik Kotsumoto. Maharaja akhirnya berubah fikiran dan menolak idea Omura lalu menghalaunya (rasa'in loe....hahaha).

Filem ini berakhir dengan gambaran Kapten Algren kembali ke kampung di pergunungan, bertemu Taka dan anak-anak Taka. (Happy Ending...)


Panjang lebar tak?... Hehehe... Aku tak pandai hendak meringkaskan cerita... Sorry....

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

~> Trailer Movie


~> Download Movie (torrent)


-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-



P/S : Yang tak minat tu, 'ignore'kan saja post ini... MySpace

2 comments:

AnneRaini on 10 December 2010 at 16:28 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah tengok cerita ni...so memang tak tau langsung

LennMommaChubby on 10 December 2010 at 16:47 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ni movie lama (2003)ni.... Tp masih minat sampai sekarang... ^_^...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men