Friday 31 December 2010

Happy New Year



1... 2... 3... 4... 5.... HAPPY NEW YEAR 2011! Doa ringkas akan dibacakan... Muzik akan dibunyikan dan saling bersalaman sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru... Inilah situasi sambutan tahun baru yang biasa aku lihat. Terus-terang aku katakan, aku tidak pernah menyambut tahun baru di tempat lain selain daripada Church. Bukan hendak tunjuk alim, tapi ini sudah menjadi kebiasaan. Dan teramat sukar untuk aku mengubahnya.

Tahun baru muncul dan bermulalah sekali lagi perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan. Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru. Selama aku hidup setakat ni, aku belum mampu mencapai kesemua azam aku. Jadi aku lebih senang tidak mempunyai azam yang sukar payah untuk dicapai. Nanti stress pulakan... Aku hanya ingin berubah menjadi yang lebih baik... Itu saja... Simple kan... Hehehe....



P/S : Tak lama lagi cuti habis.... Huhuhuhuh....

SeKaDaR UnTuK PeRhaTiAn




Hola..... Aku hendak maklumkan kepada followers atau sesiapa saja (visitor) yang aku CUTI UPDATE BLOG kerana aku masih di berada di kampung. KEPADA EMPUNYA-EMPUNYA BLOG YANG AKU FOLLOW, MINTA MAAF KERANA TAK DAPAT COMMENT ENTRY KALIAN... Balik nanti aku akan catch up yang aku tertinggal tu ya.... Bagi yang sudi meninggalkan comment dalam "auto post" aku tu, SO SORRY COZ TAK DAPAT REPLY COMMENT... Harap maklum.... Sekian dan Terima Kasih...

Sunday 26 December 2010

FaMiLy DaY



Sudah lama tak berkumpul ramai-ramai satu family buatkan aku rasa seronok sangat time cuti. Memandangkan kakak aku berchristmas di kampung tahun ni, jadi kamipun berpakat unutk mengadakan "makan-makan". Party kecil saja. Sembahyang, makan dan acara bebas. Sebut saja pasal acara bebas ni tak ada benda lain yang mermain di kepala aku selain KARA-OKE. Aku memang minat menyanyi... Di kampung, aku menyanyi 3 kali sehari. Pagi... Tengah hari dan Petang.. Hahahaha.... Pecah dah rahsia... Berbalik pada topik di awal-awal tadi tu, belum pasti lagi apa acara yang bakal kami jalankan (anjuran bersama). Kakak sulung aku bercadang hendak mengadakan Lucky Draw... Wahhhh... Lucky Draw lagi... heheh... Tapi tu masih dalam proses sebab sewaktu aku menulis post ini (auto post), kami belum mengadakan sebarang perbincangan lagi. Aku harap rindu akan terubat dan hubungan kekeluargaan makin erat... Amen...



P/S : I luv my FAMILIES...

Saturday 25 December 2010

MeRRy ChRistMaS 2010!!!




Merry Christmas kepada semua yang meraikan Christmas. Apa aktiviti kalian di pagi Christmas ni? Bagi aku seperti biasalah. Menyambut Christmas di Church dengan family tersayang. Ibadah natal akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Sengaja dilewatkan sedikit dari biasa (8.00 pagi) kerana memberi peluang kepada semua untuk menyiapkan bekal lauk pauk masing-masing. Selalunya acara makan bersama ini tidak pernah ketinggalan setiap kali Christmas menjelma. Malah ia bukan sahaja dilaksanakan waktu Christmas tetapi juga pada hari-hari tertentu seperti Good Friday. Selepas makan terdapat pelbagai acara lagi yang akan dijalankan termasuk Christmas Lucky Draw dan persembahan nyanyian Kanak-kanak Sekolah Minggu. Banyak acara yang dipertandingkan so kena stay di Church sampai petang.... Macam-macam karenah yang dapat dilihat terutamanya kanak-kanak. Aku suka tengok......Lagi satu, hari ni sajalah aku dapat bertemu dengan kazen-muzen yang dah lama tak balik kmpung.... So Christmas ni memang sesuatu yang menyenangkan bagi aku...


P/S : Christmas aku bermakna dengan adanya family di sisi aku...

Friday 24 December 2010

HoLy NiGhT!





Malam ini aku dan family akan pergi ke Church untuk menyambut Holy Night (malam lahir Jesus). Aku tak tahu apa yang hendak aku ceritakan coz aku buat post ni sebelum aku balik ke kampung. Sengaja setkan auto post. Kalau ada seorang dua yang 'tersalah masuk' blog aku, sekurang-kurangnya ada juga bahan bacaan (kalau sudi untuk membaca)... ngehngehngeh... Selalunya tak ada acara yang khusus dalam Holy Night ni... Ibadah seperti biasa dengan menyanyikan lagu-lagu natal dan pada kemuncak ibadah, kami akan menyalakan lilin sambil menyanykan lagu "Silent Night" bersama-sama.... Waktu itu, lampu akan dimatikan dan kami hanya diterangi oleh cahaya lilin.... How sweet....MySpace




P/S : MySpace MySpace

Thursday 23 December 2010

BaLiK KaMpUnG...



Aisemen... Penat-penat aku menyudahkan kerja aku di office dengan speed kuasa "cahaya", rupanya tak jadi balik kampung petang ni. Haizzz..MySpace. Mood akupun "luntur".... Aku stay di office sampai pukul 6 lebih. Oleh kerana aku ada bawa lebihan makan tengah hari tadi, maka aku tak payahlah masak malam ni. Hehehehehe... << Pemalas tahap dewa....

Mama dan adik Co datang. Co happy sangat coz dia taklah rasa sunyi sewaktu ketiadaan aku. Malam ni kami ada agenda utama yang perlu dilaksanakan sebelum aku balik kampung. Kami akan melakukan pembersihan rumah secara besar-besaran. Hampir 2 jam kami bergotong-royong, akhirnya semua kelihatan bersih dan tersusun. Lepas tu aku mandi dan naik ke bilik. Hendak berpuas-puasan online dulu. Dekat kampung mana ada line. GPRS pun susah nak dapat...

Awal pagi besok aku, sis dan familynya akan bertolak balik ke kampung tak sabar aku... Baju aku dan barang-barang lain dah berkali-kali keluar masuk dalam beg. Saja untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal.




P/S : Gerenti aku tak dapat tidur malam ni.... Tak sabar nak balik kampung...

23hb DeCeMbEr 2010 (ThE LaSt DaY)
























Hari ni hari terakhir aku bekerja dalam tahun ni. MySpaceDari hari isnin aku berusaha menyiapkan kerja-kerja aku. Letter Head, Product Profile, Stationery Stock List juga sheet baru P.O & P.R Form yang sudah siap dengan turutan nombor sebagai persediaan awal kepada Sista Weii untuk membuka P.O (stationery) kelak. Mana tahu stock paper (A4 & A3) or etc. tidak mencukupi sepanjang ketiadaanku. Aku juga telah memindahkan fail-fail peribadi aku dari PC. Takut kena 'check'. Aku pergi keluar lunchpun dah kena check, apa lagi dalam tempoh masa yang agak lama... Uhuhuh... MySpace

Pagi tadi sebelum pergi office aku telah meninggalkan pesan yang berjela-jela kepada Co. Antara semua tu, yang paling penting bagi aku adalah memberi makan dan memandikan Noon dan Ten. Mulanya aku hendak bawa Ten balik ke kampung tapi aku akan bertolak petang ni lepas habis kerja (tak balik rumah lagi.. barang-barang aku dah bawa ni...hehe) so tak jadilah aku bawa Ten. Takkan aku bawa Ten pergi ke office sekali.... MySpace

Ada beberapa benda lagi yang perlu aku siapkan sebelum petang. Tak tahu pula pukul berapa kakak aku singgah nanti. Aku hendak kemaskan tempat aku elok-elok. Tu yang penting. Biar sejuk mata memandang. Harap-harap susunatur dan kedudukan buku-buku serta fail masih dalam keadaan yang sama ketika aku balik bekerja nanti... Dan yang aku paling harapkan, barang-barang milik aku tidak 'lesap'... Kadang-kadang pen / pensil / eraser / ruler etc. aku tiba-tiba hilang dan aku temukan 'mereka' di tempat yang lain... (Mungkin tumbuh sayap or kaki untuk bergerak sendiri.

Aku akan merindui deringan telefon, bunyi loceng pintu, gurauan-gurauan (yang melampau) dengan office-mate, monster laugh milik big boss dan waktu bergossip staff perempuan. Harap tahun depan hubungan yang mesra masih kekal, malah bertambah-tambah lagi daripada yang sebelumnya. Good Bye Sisters & Brothers..... Jumpa lagi tahun hadapan....





P/S : Selamat Bercuti Untuk Diri Sendiri... Ehehehehehe

Wednesday 22 December 2010

TaG LaGi....


Untuk kesekian kalinya aku di'tag'. Siapa lagi yang rajin tag aku kalau bukan Beth Terima Kasih ya...MySpace




ceritakan tentang diri anda
Orang panggil aku LENN.... Seorang MAMA yang CHUBY = LennMomma Chubby.



ceritakan tentang blog anda
Ada macam-macam kisah setiap hari yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan.



apa pandangan anda tentang dunia blog
Terdapat banyak pro dan kontra. Tapi kebaikan masih mengatasi keburukan.



nasihat anda kepada rakan² yang baru nak buat blog
Selamat Datang Ke Dunia Blog. Jangan salahgunakan blog anda ya.



nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
Sebahagian besar post-post pada blog adalah kisah yang benar-benar dialami.




sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog ?
Sampai bila-bila...




tag 4 orang pula :

~gunsirit
~AnneRaini
~Nanie Natasha
~jacq_lynn


P/S : Nasib minta tag 4 orang sahaja. Kalau lebih, tak cukup oranglah aku... hehe

TQ KePaDa DiA YaNg BeRgeLaR BoSs...



Aku sangat terkejut sewaktu Jess menyerahkan slip gaji kepadaku MySpace. Dia kata, gaji akan masuk esok. OMG.... Betulkah ni....?? Aku tersenyum lebar kendati tahu gaji aku bulan ni sudah kena potong coz sudah mengambil cuti melebihi had yang ditetapkan. Tapi aku tak kisah tentang semua tu. Bukan selalu dapat berkumpul dengan family. Menghabiskan masa dengan family ni mahal harganya. Tak terbeli dengan wang ringgit tau MySpace. Rasa hairan pula menyusul. Selama ni tak pernahpun "kejadian" seumpama ni berlaku (kecuali Aidilfitri). Tahun ni dia nampaknya terlalu bertimbang-rasa MySpace. Syukurlah... Dia masih mempunyai perasaan. Thats mean, dia masih manusia... Kehkehkeh.. MySpace <<< JAHATnya aku ni... TQVM, Boss... Walaupun selalu memancing berang dan menyerabutkan fikiran, kadang-kadang dia pandai juga untuk menyejukkan hati...







P/S : Rajuk sudah hampir 00000000000.1% terpujuk... Ngee MySpace

Tuesday 21 December 2010

AwArD DaRi BeTh LaGi....



Wahhhh... Award untuk Traffic Sources MySpace.
Thank You - Mhank You aku ucapkan kepada Beth di atas penghargaan ni MySpace.
Cute betul rama-rama purple tu ya... MySpace




P/S : Aku tertanya-tanya samada rama-rama purple benar-benar wujud atau tidak... MySpace

Arrggggghhhhh!!!!!!!!.... AkU BeNcI AdDeNdUm...





Aku sudah type BQ cantik-cantik..
Sudah susun elok-elok..
Juga sudah diperiksa dengan hati-hati..
Semuanya betul dan tak ada sebarang kesalahan lagi..
Kenapa tiba-tiba ada "ADDENDUM" ni?!



Sekarang kena rujuk dan type semula..
Tak pasti sempat siap atau sebaliknya..
Cuti bermula hari lima..
Petang 23hb lepas kerja aku 'blah'..
Aku buatlah setakat yang terdaya..
Siap tidak siap, tu belakang kira..





P/S : Aku benci Addendum....! MySpace

Monday 20 December 2010

Ms PeRfEcT oH! Ms PeRfEcT... [Peliknya Engkau Hari Ini]



Aku rasa macam ada yang tak kenalah dengan Ms Perfect hari ni.... Kenapa agaknya ya???....MySpace

Pagi tadi aku sampai office lebih awal (pukul 7.28 pagi). Pintu office sudah dibuka coz Mr. Lo sudah sampai dulu. Aku nampak ada 7 set project progress report yang belum di'bind'kan terletak di atas mejaku. So selepas aku on PC dan memanaskan air, aku ke bilik mesyuarat untuk 'binding'kan progress report tu. Tidak lama kemudian aku dengar pintu terbuka dan seseorang melangkah masuk. Aku tidak tahu siapakah 'gerangan'nya. Aku tak berminat nak ambil tahu. Tiba-tiba... (Sabahan Malay)
"Oooo... Saya ingat siapa di dalam..." Ms Perfect!
Dengan mimik muka yang manis dia menghampiri aku.
"Apa yang u sedang bind ni?..." Wahh... Mesra betul intonasi suara dia tu.
"Progress report bah ni..." Aku menjawab.
"Ooo... U sudah breakfast kah?" Dia tersenyum dengan manisnya (agaknyalah... hoho)
"Erm... Sudah... Baru saja tadi"... Aku berbohong... Belum lagi sebenarnya . Hehe
"O.k..." Diapun keluar dari bilik mesyuarat.
Aku dalam kehairanan. Apa mimpi dia malam tadi sehinggakan dia tiba-tiba pandai "beramah-mesra" dengan aku? Selalunya hanya muka bengis dengan kata-kata yang sengaja memancing kegeraman aku MySpace
Takkan diapun "on Christmas mood" juga... hehehe... MySpace

Waktu makan tengah hari, aku ceritakan hal ni pada Beth. Bukan main geli geleman lagi Beth mendengar story aku. Hahahahaha... MySpace
Mungkin itu cara dia menunjukkan ucapan 'Terima Kasih' atas ketekunan kami bergelut dengan BQ dan bakal stay back untuk mengisi tender sebelum balik bercuti di kampung. Ni kesimpulan yang kami buat sendiri saja. Tiada siapa tahu apa maksud yang tersirat di sebalik 'kepelikan' sikapnya hari ini.

Sebelah petang, sekali lagi dia berkelakuan 'pelik'. Ketika aku sedang mengemaskini fail meter reading yang berserabut tu, dia datang and then duduk di sebelah aku.
Dengan senyuman yang lebar dia bertanya... (Sabahan malay lagi...)
"Lenn, u punya BQ u sudah siap type-in kah?"
"Iya... Sudah... Kalau dapat pricing sebelum saya cuti, saya boleh tolong fill in" > Dengan muka boring ni... Kehkehkeh
"Yes... U start cuti 24 kan... Thats mean 23 petang u masih sini mah kan..?"
"Iya... "...
"Oooo... O.k"... Dia pun balik ke tempat duduknya. Meninggalkan aku dalam keadaan blur...
Ms. Yapp puncuri-curi pandang padaku. Mungkin dia juga turut merasakan "keanehan"nya. memang aneh bila orang yang sentiasa terpekik-pekik, berleter, muka marah dan melenting sini-sana tu berubah jadi selaiknya. MySpaceIni kisah tadi.. Aku harap tak berulang. Bukannya apa, aku kurang senanglah dengan sikap Ms Perfect yang aku rasa agak keterlaluan mengambil berat tu. Rimas pula... Uhuhuh... MySpace


P/S : Ikutkan hati aku nak letak gambar Ms Perfect. tapi cukuplah sekadar gambar "mask" saja.. Ada juga perkaitannya tu... Heeeee... MySpace

X-cHaNgE GiFt




Tadaaa.....!!!!MySpace Sempena Christmas tahun ni, beberapa staff di office aku (aku cakap 'beberapa' coz tidak semua staff yang join) akan mengadakan "exchange gift" pada 23hb Dec ni. Limit kos bagi present yang perlu disediakan tidaklah tinggi (>$10 tapi <$15), saja untuk suka-suka.. MySpace Cabutan nama telah dilakukan pada hari sabtu minggu lepas untuk menjamin kesesuaian hadiah (khusus untuk si penerima). Aku berharap sangat aku dapat nama "Sista Weii" kerana berhasrat untuk menghadiahkannya 1 set eyeshadow MySpace tapi aku dapat staff lelaki pula. Selepas dapat nama tu, akupun berfikir sejenak MySpace ... Erm... Apa hadiah yang sesuai untuk lelaki ya?... Memang banyak yang sesuai tapi melebihi limit kos pula... He he...

Lepas dari Church, aku dan Co ke Gaya Street. Hendak cari present di sana. Punyalah sesak. Ramai sangat orang. Naik pening aku. Sempat juga aku singgah tengok-tengok pets. Aku berkenan sangat dengan puppy pekepoo tu. Next year bercadang nak bela doggy jenis ni MySpace. Harap-haraplah Co setuju. hehehe... Kalau tak dapat pekepoo, aku nak poodle (miniature) MySpace. Noon terlalu besarlah untuk dibelai-belai... Bila dia menerkam untuk bermanja-manja, aku pula yang terbaring. Melampau betul beratnya.... Uhuhuhuh... MySpace
Membebel pula pasal pets. Kan tadi aku cakap pasal present... Haizzzz.... MySpace

Mula-mula aku bercadang membeli papan tempat menggantung kunci-kunci dengan ukiran nama (si penerima) tapi melangkaui limit kos pula ... Jadi aku belilah hadiah yang biasa saja MySpace. Yang boleh dipakai setiap hari. Tapi aku tertanya-tanya pula samada yang empunya hadiah ni muat atau tak ( dia tu kategori yang berbadan besar).. Kalau tak muatpun, simpan sajalah sebagai kenang-kenangan.. MySpace Ngee........... Aku belum balut present tu lagi... Hendak singgah beli present box petang ni... MySpace


P/S : Siapa dapat nama aku?... MySpace

Friday 17 December 2010

PeRkArA-pErKaRa YaNg MeLaMbAt-LaMbAtKaN pRoSeS BQ AkU..



1. Telefone Berdering => Menjawab panggilan telefon...
>>'Pass'kan talian kepada staff yang dicari.
>> Membazir masa aku dengan panggilan salah nombor.
>>Melayan pertanyaan tentang lokasi office (biasanya budak pejabat yang hendak datang ke office untuk menghantar dokumen / collect cheque).
>> Bila aku pick telefon, tiada siapa yang bercakap. (Buang masa saja!)

2. Loceng Pintu Berbunyi => Menekan suis (unlock)-- Kena berdiri then pusing ke arah belakang (lokasi suis)
>> Panggilkan boss atau staff yang dicari (kalau orang tu hendak cari boss or etc.)
>> Menurunkan tandatangan dan company chop (currier service, office boy hantar document)
>>Menggunakan masa sekurang-kurangnya hampir 5 minit (orang yang salah alamat)

3. Print out Letter Head => Cari fail letter head kemudian print out.
>> Proses 1 : Memasukkan kertas ke dalam printer
>> Proses 2 : 'clean head' printer.
>> Proses 3 ; Print out Letter Head.
>>-terdapat banyak proses yang remeh temeh- (remeh-temeh punya hal memang kerja aku)

4. Auditor => Minta tolong panggilkan Bro Stanley / minta photostate sesuatu
>> Intercom Bro Stanley
>> Photostatekan (sajalah...)

5. Facebook => [Ni salah sendiri...]
>> Up-date status
>> Reply comment status
>> Chat sekejap dengan kawan lama


P/S : Yang sebenarnya lunch timepun salah satu perkara...

L.O.V.E . AWARD (TaG FrOm BeTh)




Terimas kepada Beth yang telah sudi menge'tag' aku dengan love award yang cute-mute ni. Renung saja rose merah yang digubah cantik tu, "love" dalam hati akupun berbunga-bunga macam tu juga.. Ngeeee... MySpace


1. Siapa orang yang korang paling sayang?

Didunne, Family, Sahabat , Gear 1..., Pets (walaupun bukan orang)



2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?

Diorang penting bagi aku. Diorang sentiasa ada ketika aku perlukan diorang. Dioranglah sumber inspirasi aku (terutamanya Didunne, my son)...



3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.


Aku rasa, aku tidak perlu melahirkan rasa sayang dengan kata-kata coz dari apa yang aku lakukan untuk diorang, aku pasti diorang sudah tahu aku amat menyayangi diorang..
Tapi kalau perlu melafazkannya juga mungkin aku akan cakap
"Aku sayang kamu lebih daripada aku sayang diriku"




4. Tag 15 person to spread the love.

Sowy.... Aku tak cukup 15 orang... Tapi aku hendak tag :
@gunsirit

@Anneraini

@eugene
@jack_lynn
@star
@komburongoh



P/S : Aku Sayang Pada Mu! MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men