Friday 21 January 2011

SaKiT JaNtUnG


Sumber : Google

Jantung manusia terdiri daripada serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah tersebut tidak mencukupi adalah disebabkan oleh salur darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak.

SERANGAN SAKIT JANTUNG

~Digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
~Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, maka lebih merbahayalah serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan SERANGAN SAKIT JANTUNG.

FAKTOR PENYEBAB

Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan perasaan = degupan jantung akan meningkat.
  • Tekanan darah meningkat.
 Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Makanan tinggi lemak seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak adalah makanan yang merbahaya jika diambil berlebihan.
 Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
 Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis 
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung


ANDA BERISIKO JIKA:-
  • Anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Anda merokok.
  • Anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Anda kurang bersenam.
  • Anda kurang memakan sayur dan buah segar.

CARA-CARA UNTUK MEMINIMAKAN RISIKO
  • Sekiranya ada di kalangan keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolestrol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolestrol yang diserap oleh badan.

Sumber maklumat dan rujukan : Kementerian Kesihatan













P/S : Semenjak dua menjak ni, banyak sangat kematian yang disebabkan oleh sakit jantung.... huhuh....

4 comments:

Unknown on 21 January 2011 at 20:09 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

penyakit jantung penyebab kematian tertinggi kat malaysia ni

LennMommaChubby on 21 January 2011 at 23:09 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu.... tp masih ramai lg tak mengamalkan amalan hdup yg sihat.....

gunsirit on 22 January 2011 at 07:40 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Merokok, saya sudah berhenti tapi belum start exercise lagi...moginum pun belum berenti lagi..ehhe

LennMommaChubby on 22 January 2011 at 08:06 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bh bagus la kalo sudah berenti.... Sa pun mo start exercise sudah ni.. Kin takut bh... Moginum sikit2 buli juga mangkali... Jgn saja alkoholik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men