Friday 14 January 2011

SeLsEmA oH! SeLsEmA......


Sumber : Google
 Aku MC hari ni gara-gara selsema. Ni lah cuti sakit aku yang pertama dalam tahun 2011 ni... Sebenarnya dari kelmarin aku rasa tak sedap badan. Tekakpun macam ada perit sedikit. Selepas aku minum panadol (soluble), aku rasa okey sudah... Tapi semalam aku bersin tak henti-henti. Mukuspun membiaklah dengan jayanya dalam rongga tekak dan hidung aku. So terpaksalah aku ambil MC. Betul-betul tak larat... Minta kakak hantarkan pergi klinik coz Co kerja hari ni. Kebetulan kakak ada urusan dekat KK jadi aku pergilah sekali... Baiklah... memandangkan aku sedang selsema sekarang ni jadi aku hendak berkongsi serba- sedikitlah tentang SELSEMA ni...

     * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * *

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala
-          Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
-          Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
-          Bersin.
-          Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bagi bayi.
-          Sakit kepala.
-          Adakalanya, demam yang ringan.
-          Sakit badan.
-          Mata berair.




 Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
  • Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C atau demam ringan yang berpanjangan.
  • Berlakunya sakit dada.
  • Terdapat kesusahan bernafas.
  • Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang  itu ialah:

- Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
- Tidur secukupnya.
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan  makanan.
- Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
- Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya.     Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
-Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

 
Jangan:-
  • Merokok.
  • Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
  • Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin akan mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
  • Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema. Ubat yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Lakukan :-
  • Berehat
  • Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
  • Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
  • Inhalasi (sedutan).

  Jika selsema teruk tidak dirawat, ia akan membawa kepada :-
  • Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
  • Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
  • Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
  • kanak-kanak.
  • Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
  • Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
  • Jangkitan bakteria sekunder.
  • Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah :
 -Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
-Warga-warga tua
-Golongan yang sangat muda.








P/S : Harap-haraplah cepat sembuh... huhuhuh.....


4 comments:

beaty on 15 January 2011 at 10:34 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

banyaknya tips ko ni le..a smp Z

LennMommaChubby on 15 January 2011 at 10:41 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehee... sudah selsema baru sibuk cari psal selsema... huhuh...

Unknown on 15 January 2011 at 21:00 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

get well soon..:)

LennMommaChubby on 16 January 2011 at 07:18 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

E.D.Y : Thnx, E.D.Y

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men