Thursday 3 February 2011






EpAL HiJaU BuAh AjAiB..



Sumber Gambar : GOOGLE

* Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh dicegah dengan zat yang terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.


* Selain itu zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yang berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yang terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yang sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yang bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.


* Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yang terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.


* Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.

* Epal juga mengandungi kandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji buah epal yang berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi daripada kandungan kebanyakan produk berasaskan bijirin. Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.




* Selain itu, masalah sembelit yang biasanya menghantui golongan yang gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian mereka.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat untuk meredakan cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yang ingin berdiet macam aku.





          


P/S : Mula-mula tak suka epal hijau coz masam...  hehehe                                                                                       

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men