JUS BUAH-BUAHAN
Jus amat baik untuk kesihatan kerana ia membekalkan vitamin untuk tubuh kita. Tapi Jus yang dipek di dalam botol, kotak dan tin mempunyai kandungan gula yang tinggi serta bahan pengawet merbahaya.
[LMC : Kalau mahu khasiat sebenar jus, perahlah sendiri di rumah..]
YOGURT
Yogurt mengandungi kalsium, protein dan vitamin. Yogur juga snek pilihan terbaik untuk penghidap Lactose Intolerance. Walaubagaimanapun, yogurt yang dihasilkan dengan cebisan-cebisan buah di dalamnya (terdapat di pasaraya-pasaraya) mempunyai kandungan gula yang tinggi juga bahan-bahan pengawet yang memudaratkan.
[LMC : Dapatkan yogurt perisa asli dan buah-buahan segar untuk dicampurkan ke dalam yogurt..]
ROTI
Sebenarnya dalam pembuatan roti hanya 4 bahan yang diperlukan. Tepung gandum, air, yis dan sedikit garam. Tetapi kebanyakan roti di pasaran mengandungi bahan pengawet supaya lebih tahan lama dan dicampurkan dengan bermacam-macam bahan perisa supaya roti lebih sedap.
[LMC : Pilihlah homemade bread atau pilih tarikh luput yang tiba beberapa hari selepas tarikh pembuatan roti kerana roti tu kurang kuantiti bahan pengawet..]
FISH BALL / CRAB BALL / CUTTLEFISH BALL / PRAWN BALL
Makanan laut baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang sederhana (kecuali aku yang alergik makanan laut ni....huhuhh..). Bebola makanan laut yang sudah diproses dan dijual di pasaraya lebih banyak mengandungi bahan-bahan lain daripada isi makanan laut tersebut.
[LMC : Buatlah sendiri bebola makanan laut... Tak susahpun.. LMC pernah buat bebola ikan tau ^_^]
SALAD SEGERA
Salad segera yang teah siap dipotong mudah didapati di mana-mana pasaraya. Tetapi salad segera yang terdapat di rak-rak sejuk supermarket sebenarnya sudah kehilangan nutriennya semasa proses mencuci dan memotong. Salad ini juga direndam dalam larutan pengawet yang menjadikan ia lebih tahan lama.
[LMC : Buatlah sendiri... Bagi LMC, lebih berpuas hati kalau kita hasilkan salad sendiri... Coz kita tahu apa kandungan salad kita tu...]
Sumber Rujukan : makanansihat.com
Sumber Gambar : Semestinya GOOGLE
P/S : Jangan tertipu lagi.....