Wednesday 30 March 2011

MaKaNaN YaNg DiAnGGAp SiHaT TaPi SeBeNaRNyA TaK SiHaT




JUS BUAH-BUAHAN
Jus amat baik untuk kesihatan kerana ia membekalkan vitamin  untuk tubuh kita. Tapi Jus yang dipek di dalam botol, kotak dan tin mempunyai kandungan gula yang tinggi serta bahan pengawet merbahaya. 
[LMC : Kalau mahu khasiat sebenar jus, perahlah sendiri di rumah..]






YOGURT
Yogurt mengandungi kalsium, protein dan vitamin. Yogur juga snek pilihan terbaik untuk penghidap Lactose Intolerance. Walaubagaimanapun, yogurt yang dihasilkan dengan cebisan-cebisan buah di dalamnya (terdapat di pasaraya-pasaraya) mempunyai kandungan gula yang tinggi juga bahan-bahan pengawet  yang memudaratkan.
[LMC : Dapatkan yogurt perisa asli dan buah-buahan segar untuk dicampurkan ke dalam yogurt..]





ROTI
Sebenarnya dalam pembuatan roti hanya 4 bahan yang diperlukan. Tepung gandum, air, yis dan sedikit garam. Tetapi kebanyakan roti di pasaran mengandungi bahan pengawet supaya lebih tahan lama dan dicampurkan dengan bermacam-macam bahan perisa supaya roti lebih sedap. 
[LMC : Pilihlah homemade bread atau pilih tarikh luput yang tiba beberapa hari selepas tarikh pembuatan roti kerana roti tu kurang kuantiti bahan pengawet..]


FISH BALL / CRAB BALL / CUTTLEFISH BALL / PRAWN BALL
Makanan laut baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang sederhana (kecuali aku yang alergik makanan laut ni....huhuhh..). Bebola makanan laut yang sudah diproses dan dijual di pasaraya lebih banyak mengandungi bahan-bahan lain daripada isi makanan laut tersebut. 
[LMC : Buatlah sendiri bebola makanan laut... Tak susahpun.. LMC pernah buat bebola ikan tau ^_^]



SALAD SEGERA
Salad segera yang teah siap dipotong mudah didapati di mana-mana pasaraya. Tetapi salad segera yang terdapat di rak-rak sejuk supermarket sebenarnya sudah kehilangan nutriennya semasa proses mencuci dan memotong. Salad ini juga direndam dalam larutan pengawet yang menjadikan ia lebih tahan lama. 
[LMC : Buatlah sendiri... Bagi LMC, lebih berpuas hati kalau kita hasilkan salad sendiri... Coz kita tahu apa kandungan salad kita tu...]




Sumber Rujukan : makanansihat.com
Sumber Gambar : Semestinya GOOGLE











P/S : Jangan tertipu lagi.....

Tuesday 29 March 2011

UnDaNG-UnDaNG PeLiK Di DuNiA


Mungkin sudah ramai yang tahu tentang ni. Tapi aku rasa benda ni sangat pelik + lucu + macam-macam. Jadi akupun buatlah n3 ni...... Layan sajalah....

Sumber : Google

THAILAND
- Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS
- Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDEN
- Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN
- Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA
- Dilarang berjalan (bogel)
- Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM
- Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
- Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO
- Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
- Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA
- Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
- Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.

GREECE
- Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA
- Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
- Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
- Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS
- Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL
- Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA

* ARIZONA
   - Dilarang memandu tanpa kasut.
   - Dilarang bermain domino di hari Minggu.
   - Dilarang memakai misai palsu di gereja.
   - Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
   - Dilarang memandu dengan mata tertutup.

* ALASKA
   - Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
   - Dilarang memberi minum bir pada rusa.
   - Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

* ARKANSAS
   - Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
   - Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
   - wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
   - Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

* CALIFORNIA
   - Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

* COLORADO
   - Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

* CONNECTICUT
   - Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

* FLORIDA
   - Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
   - Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
   - Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


http://berita-harian-online.com/undang-undang-pelik-dunia/









P/S :  Alaska : Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. Takut beruang tu terjaga agaknya... Ermmm... So cute ^^....

Monday 28 March 2011

6 SeBaB GaGaL TuRuNKaN BeRaT BaDaN


~Google~


1. Elak Waktu Makan
Ramai yang beranggapan dengan “skip” waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya. Anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda “skip”, badan dan otak anda kurang bermaya.

2. Enggan Bersenam
Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.

3. Enggan Menyentuh Kalori
Badan anda perlukan kalori. Mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Pengambilan jumlah kalori yang sesuai bagi LELAKI adalah 2500 kalori setiap hari. Manakala bagi PEREMPUAN pula ialah 2000 kalori. Jika kekurangan kalori, kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

4. Hanya Makan Buah & Sayur
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. Suka Salad Mayonis
Salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jika salad tersebut telah ditambah dengan pelbagai perisa yang tinggi kalori dan terlalu kerap diambil, sudah tentulah berat badan tidak akan turun.

6. Tidak Minum Susu
Ramai yang tidak suka susu. Terutamanya susu rendah lemak. (Sebab tak sedap...kan?) Tapi pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan.


sumber : www.lebihsihat.com








P/S : Salad mayonis??? Oh! tidak...................................

Sunday 27 March 2011

FuNGSi TeLeFoN BiMbiT YaNg MuNgKin AnDa TaK TaHu


~Google~


Telefon bimbit bukan sahaja memudahkan kita untuk saling berhubung malah boleh menjadi penyelamat dalam  situasi kecemasan tertentu. Kamu tahu tak pasal ni? Kepada yang belum tahu, mari tambah pengetahuan. [Akupun baru tahu yang ke-2 tu...]

NOMBOR KECEMASAN
Ketika dalam kecemasan dan berada di kawasan yang tiada liputan (tiada line),cuba dail 112 (nombor kecemasan). Telefon bimbit dapat digunakan dan yang lebih menarik lagi, ia boleh didail secara terus walaupun telefon berada dalam keadaan terkunci (keypad lock).

KERETA TERKUNCI (Hanya Kereta Yang Menggunakan Sistem Penggera Sahaja) 
-Terlupa kunci letak di mana, kunci tertinggal di dalam kereta, dll..
Cara-Cara :
1. Hubungi seseorang/keluarga yang berada di rumah dan minta dia ambilkan kunci pendua kereta.
2. Pegang telefon bimbit dari jarak kira-kira 30 cm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.
3. Minta keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia  menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

 KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50%.Kuasa tambahan ini akan dicas semula ketika kita mengecas telefon bimbit.

TELEFON KENA CURI
Sebagai langkah berjaga-jaga, dail *#06# pada telefon bimbit. Nombor siri telefon bimbit akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpan di tempat yang selamat. Sekiranya telefon bimbit kena curi, hubungi pusat servis telefon bimbit (pusat servis telefon anda) dan berikannya nombor siri telefon. Mereka boleh mengunci sistem dalam telefon bimbit tersebut. Walaupun kad simnya telah ditukar, telefon bimbit tidak akan dapat digunakan kerana sudah dinyahaktifkan. (Kalaupun tak dapat balik handphone yang kena curi tu, sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tak boleh guna atau jual... heheheeee).




Sumber : www.zontips.com (telah diubahsuai dan diringkaskan)







P/S : Aku sudah simpan nombor siri handphone aku... ^^

Saturday 26 March 2011

SeGMeN : SEBAB SAYA BERBLOG




Tengok title post pun korang sudah tahu kan...? Erm.... Aku tak ada sebab yang paling khususlah untuk berblog ni. Dulu aku sekadar menganggap blog aku macam o9 diary. Pas tu bertukar pula menjadi tempat aku melepaskan gian menulis. Baru-baru ni aku lebih suka tulis tentang maklumat-maklumat yang berguna yang aku cedok dari internet dan buku-buku (perhatian : tidak termasuk tag dari kawan-kawan blogger ya.. ^^). Pendek kata, aku gemar berkongsi benda-benda yang aku berminat hendak tahu (sebagai contoh : amalan pemakanan, tips-tips, rahsia, motivati.... dll). AKU HANYA MAHU BERKONGSI. Tapi bila dengar boleh dapat duit dari cik nuff, akupun pasanglah iklan [pungutan hasil masih tak seberapa sebenarnya... uhuhuhhh]. Tapi tak salahkan kalau Sambil Menyelam Minum Air?.... ^___^
Beth, Jue dan Just, sila buat segmen ni k.... (klik banner di atas tu)









P/S : Alin suka buat segmen... ^^

"JOIN BLOGLIST MISZLULLABY "





.... SAYA NAK JOIN BLOGLIST MISZLULLABY !! ....



Thnx Princess... Tag aku untuk join bloglist ni...







P/S : Siapa-siapa yang nak join, dialu-alukan.... ^^

" GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "



Tag dari Princess. Tag ni kena peram satu hari sebelum aku berjaya buat n3 ni ^^ (tiba-tiba aku jadi orang busy semalam). Hadiah belum tahu lagi. Tapi pemenang akan dipilih melalui random.org. Aku tag Beth, Jue & Mrs. Klik Peony Pinky untuk join tau...







P/S : GA lagi... ^^

Thursday 24 March 2011

PeRSoNaLiTi WaNiTa MeLaLui WaRNa LiPsTiK PiLiHaN


Aku kurang pasti sama ada hal ni tepat ataupun tidak sebab tiada sebarang bukti yang mampu menyokong kesahihannya. Dipetik dan diubahsuai daripada sebuah majalah WANITA edisi lama. Aku hanya kongsikan di sini sebagai bahan bacaan ringan semata-mata ya.... ^ ^


1. Lip Gloss Tanpa Warna
- Seorang yang ringkas dan tidak sulit untuk difahami.
- Gemarkan hidup yang aman damai.

2. Pink Berkilat
- Romantis dan berjiwa penyayang.
- Tidak suka mencari masalah dengan orang lain.
- Agak sensitif walaupun dari segi luaran dia kelihatan sangat tidak kisah.


3. Coklat
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta stabil dari segi emosi.
- Mereka sangat setia dan boleh dipercayai.

4. Ungu
- Berpegang teguh pada prinsip diri.
- Tidak gentar dengan cabaran.

5. Jingga/Oren
- Berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran.
- Bersifat lemah-lembut tetapi keras hati.

6. Merah
- Sangat gemar menarik perhatian.
- Tidak suka diperlekehkan.
- Baik hati.



(gambar pinjaman dari Google)





P/S : Heiii... perempuan-perempuan di luar sana... Apa warna lipstik kamu hari ini?? ^^

Wednesday 23 March 2011

CaBaRaN HaRi KeLaPaN " 8 "





Cabaran  8 : KETAKUTAN (fears)

1. Aku takut menghadapi kehilangan (kematian) orang-orang tersayang seperti family dan sahabat-sahabat aku. Tak tahu kenapa aku mesti takut sedangkan itu memang sudah lumrah alam.

2. Aku takut tekanan. Sangat takut. Ia akan buat aku stress dan makan banyak. Bila makan banyak, maka makin bertambah gemuklah aku.

3. Aku takut untuk berumahtangga sekali lagi. Percaya atau tidak, aku memang benar-benar takut. (Mana tau pisang berbuah dua kali kan...)

4. Aku takut berada di tempat tinggi. Gayat!

5. Aku takut dan sentiasa curiga terhadap PATI. Aku sentiasa mengelak dari bersemuka atau kebetulan berpapasan dengan mereka-mereka ini. Aku percaya mereka sentiasa berniat yang jahat-jahat.

6. Aku takut ular! Geli...








P/S : Tinggal 2 hari saja lagi, cabaran akan tamat... ^^

"Cik EiRA SHOPPE GiVEAWAY"



Ditag oleh Princess.. Siapa lagi orang yang paling rajin tag aku kalau bukan diakan..... ^^.. Aku suka GA ni pasal hadiah dia tu.... Dan aku tag Beth.... Beth, jom join... Hadiah GA ni CL tau.... ^^








P/S : Beth, aku marah kalau kau tak join tau....

"Siapa TOP REFERER FA? Giveaway"



Ehemmm.. GA lagi. Princess tag aku (REFERER). Tapi kali ini berbeza sedikit. Sila klik >>   
Siapa TOP REFERER FA? Giveaway untuk mengetahui lebih lanjut tentang GA. Aku tag Beth, Wen, Jue, Mrs., Just & me220784. Selamat Berjaya semua, okey.... ^^









P/S : Semua n3 hari ni pendek-pendek belaka... ^^

"Giveaway BCSH 3rd Annivesary"



:82: Boleh follow blog syufa, tak ada paksaan ye. 
     ~> O.k..
:82: Buat satu entry bertajuk " Giveaway BCSH 3rd Anniversary ". 

     ~> O.k..
:82: Letak banner giveaway dalam entry.

     ~> O.k..
:82: Bagi pendapat korang tentang blog syufa.

     ~> Menarik, ringkas dan kemas, gayabahasa n3 senang nak faham...
:82: Tag 1 je blogger lain. Lebih pun takpe. 

      ~> Aku tag Wen [yang sedang sibuk dengan assingnment ^^]
:82: Dah ciap? Tinggalkan link entry tu dekat bahagian komen entry giveaway ni ye. Nanti syufa gi tengok ea.  

      ~> O.k..
:82: Giveaway ni berlangsung dari 22Mac2011 sampai 16April2011(11.59pm). 

     ~> O.k..

 Tenkiu-menkiu kepada Princess yang suka sangat tag aku... ^^








P/S : Sengaja aku tag dia coz tarikh tutup GA ni lambat lagi. So memang sempat dia buat punya... 

"ThePinkGajahStory ❤'s LUCKY DRAW"


Beth tag aku. Mahu balas dendamlah tu coz aku asyik tag dia saja.. hehehee..... Nanti aku balas tag dia balik lepas ni..... Untuk maklumat lanjut tentang lucky draw ni, sila melompat masuk ke ThePinkGajahStory. Aku tag Jue, Princess dan Mrs..... ^^ Gud Luck semua.......









 P/S : Akhir-akhir ni banyak sangatlah GA & Contest yang aku join... Ermm...

Tuesday 22 March 2011

CaBaRaN HaRi KeTuJuH " 7 "





Cabaran  7 : KEINGINAN (wants)


1. Aku mahu tanggung seluruh kehidupan keluarga aku. Biar diorang duduk bersenang-lenang di rumah dan hidup dengan selesa. Dapat rawatan dari doktor yang bagus-bagus. 

2. Aku mahu jadi bisnesswoman yang berjaya. Aku mahu jadi boss. Tak payah penat-penat kerja untuk orang lain. 

3. Aku mahu anak aku sekolah tinggi-tinggi. Supaya dia boleh jadi doktor pakar jantung. Dijangka beberapa tahun akan datang, lebih ramai penduduk Malaysia yang menderita sakit jantung. Aku mahu anak aku berbakti untuk negara.

4. Aku mengimpikan sebuah keluarga yang kecil. Dengan sepasang anak yang comel dan nakal.

5. Aku mahu berkunjung ke semua tempat-tempat impian aku untuk bercuti....

6. Aku mahu kurus!!! Sangat-sangat mahu!!!!

7. Aku mahu simpan duit banyak-banyak untuk memastikan semua keinginan aku ni tercapai...







P/S : Bilalah agaknya aku dapat tunaikan semua keinginan aku ni? Ermm...

1ST GIVEAWAY 2 TAHUN BUNGA KAT TAMAN TEMAN



Untuk yang kesekian kalinya aku ditag oleh Princess. Dia tag aku GA lagi. Antara syarat-syaratnya:- menetap di Malaysia, ada blog dan kenalah jadi follower Bunga Kat Taman Teman. Tak perlu letak banner dekat side bar. Cukup setakat letak dalam n3 GA sahaja. Tak wajib tag kawan untuk join GA (tapi kalau mahu tagpun tak apa... ^^). Akhir sekali tinggalkan ID Follower dan Link N3. Tarikh Tutup : 10 April. Aku tag, Beth... ^__^







P/S : Tahun ni pecah rekod paling banyak GA yang aku join... ^^

Monday 21 March 2011

2ND GIVEAWAY - BARNEY & WEIYDA FAMILY (MAC)




Princess memang rajin tag aku... Dia tag aku GA yang cute-mute ni sewaktu aku dalam tempoh berpantang tak ada mood hendak update blog... ^^. Aku dahpun melepasi semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk GA ni. Aku harap aku bernasib baik.... ^^ Aku tag semua follower aku.. Jom lah join GA ni......








P/S : Ava.... Aku tag kamu!!!! ^^

GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto



Lagi-lagi tag dari Princes... ^^. Present GA yang ni lagi buat rasa sangat-sangat lapar hendak join. Coklat wooo..... Jom join ramai-ramai....... Klik-klik! 
Aku tag : Beth (kawan aku melahap coklat dekat office), MrsMyGamanBorneo, Jue & Wen







P/S : Aku sangat yakin kalau orang-orang yang aku tag ini adalah PENGGEMAR COKLAT YANG TEGAR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men