Friday 4 March 2011

TaG DaRi Si BoNeT!


Bonet tag aku....Budak ni tiba-tiba pula sudah pandai tag aku.. Lain kali kalau ada tag-mentag ni aku akan tag dia pula... Miahahahaha... Lama sangat aku habiskan masa untuk menyiapkan benda ni. Line internet di rumah sangat teruk nak mampus! Sampai satu tahap tu aku rasa macam aku nak bakar saja broadband tu.... kengkengkeng.. Melampau... hahahaa....  Jom tengok apa yang budak tu dah tag aku tempoh hari...... 


TAG PERTAMA

Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu.
Wajib jawab kah ni? Okey la... Linnie Marlina Bt. Majinal.. Cukup setakat nama papa k.. Aku tak suka sebut nama orang yang dah tiada... :'(


Kamu suka warna pink tak?
Ermmm... Boleh-boleh laa... Tak terlalu minat dan tidak pula benci warna tu... ^^


Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?
"Hi..., budak.....  pandai sudah ko tag2 saya kan...Next time tag lagi la kalo brani.."


Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?
Mesti la Maher Zain.. kan dia ramai peminat....


Mana lagi sedap? Kek atau aiskrim?
Ermmm.... Dua-duapun sedap.. Tapi aku lebih suka ais krim... ^^


Bila tarikh birthday si pemberi taggie ni? (Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
Kurang pasti la.. Yang aku tahu dia muda dari aku beberapa tahun ( ni bermakna aku tak hebat langsung la ni yaa...?)


Ain Maisarah, siapakah dia?
Uissshhh... Cantik la nama tu.. Tapi siapakah gerangannya dia?..


Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.
~Pertama kali aku buat blog pada tahun 2009. Aku tak ada follower pun. Apa yang aku tulis dalam blog tu hanya luahan perasaan marah, sakit hati, happy dll..  (maklumlah... waktu tu aku lonely n alone) Lebih kurang macam o9 diary la katakan... Tapi aku dah delete blog tu coz bila baca balik aku rasa sangat menyampah... huhuh.
~Pada awal  tahun 2010, aku berjaya membuat sebuah blog baru lagi. Yang tu pun tak ada follower coz aku memang tak mahu publishkan blog tu. Bukannya apa.. Aku tak yakin ada orang suka/sudi baca. Kiranya macam aku tulis sendiri, aku baca sendiri dan aku komen sendiri la konsep blog aku tu. Bosan dengan tu, aku stop. 
~Semangat berblog aku berapi-api semula pada hampir penghujung tahun 2010 setelah melihat keseronokan dan keasyikan kawan satu ofice aku Beth dengan blognya. Dalam diam-diam aku buat blog lagi. Kali ini aku kedapatan pula oleh Beth. Dia kemudiannya jadi follower aku yang pertama. Selepas tu, aku terus blogging sampailah sekarang...


Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
Segan sikit la nak cakap... Tapi aku nak apple i-pad boleh tak??? 



TAG KEDUA 

Single, already taken, or having a crush?
Yang ni rumit sikit la nak jawab. Teman lelaki biasa-biasa tu memang ada tapi belum declare yang lebih-lebih lagi. So aku memang tak ada jawapan untuk ini.

Nama gf/bf
Ada sesiapa punya nama yang boleh aku pinjam?

Agak-agak umur berapa nak kawin?
Masih trauma la... Manalah tau pisang berbuah 2X kan...Nanti-nanti la dulu pasal ni... ^^

Tema perkahwinan?
 Green & Floral

Beza sahabat dan kawan?
Sahabat tu teman yang paling susah nak cari... Yang setia dalam susah dan senang.. Pendengar yang baik dan sanggup membantu apa yang terdaya ketika kita memerlukan bantuan. Tidak sekali-kali menjerumuskan kita ke dalam perkara-perkara yang jahat malah berusaha menegur dengan ikhlas demi kebaikan jika kita tersilap langkah (gambaran untuk mama aku laa ni.. huhu.... )...Kawan tu pula berlambak di mana-mana... Senang sangat untuk dapat kawan jika kita cepat mesra dengan orang. Tapi kawan ni tak sebagus sahabat. Diorang ni biasanya datang dan pergi macam tu saja...


Siapa sahabat anda?
Mama aku..

Tulis seorang sahaja true friend korang?
Mama aku laa.. Kan dah cakap tadi...

Sila upload picture korang yang paling buruk..!
Masa aku migrain last month. Saja nak ambil gambar sebagai bahan bukti untuk kawan-kawan 1 office. Hahaha.. Terukkan?.. Dengan ulser dekat bibir (coz migrain serentak dengan demam), dengan muka berminyak (boleh goreng ikan/telur dekat dahi aku masa tu).... dengan mata sepet melampau..... Yaiiikkssss... Memang benar-benar teruk! Jangan sampai termuntah tengok pict ni sudah la yerr.... Errrmmm....
Sila upload picture korang yang paling hensem/cantik..!
Eheeeemmmmmm... Cantik tak?..  Taklah cantik sangat. Perasan betul la.. Tapi bolehlah sikit kalau nak dibandingkan dengan pict yang dekat atas tu.... Hahaha....


Aku tag 10 orang kawan aku


Sila jawab semua soalan peperiksaan tau. Jawab dengan sejujur-jujurnya...






P/S :  Ada tag yang belum aku buat... Tag yang tertunggak... huhu... Nanti aku buat k... Ermm...

6 comments:

beaty on 7 March 2011 at 20:09 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahah suda sa buat ni...wakakakakak....

ko pun sa tag matai la ni

http://beaty-memyselfandi.blogspot.com/2011/03/10-days-challenge-tag-by-wyne.html

jue on 7 March 2011 at 22:06 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok bah..kalau ko lenn..tag saja bah...yang penting happy...huhuhu...

LennMommaChubby on 8 March 2011 at 00:06 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

beth : uii... suda ko buat???... ermm... nmpaknya sa yg berhutang sm ko la ni kan kalo ni mcm....

jue : yesss... tu yg sa suka dngar tu..... sa telebih happy sudah ni tau... hahaha

donny on 8 March 2011 at 12:32 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

line celcom dirumah pun teruk mau mampus juga haha!

gambar tu bah, sumandak dusun terakhir bah hehe..

LennMommaChubby on 8 March 2011 at 14:25 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

donn : alalala... Tu YES pun lum ada lagi d c ni kan... huhu.... Uitssss.... Ko ni mentang2 la muka sa tu ketara betul native sabahan.... ^^ But sa bangga bh...=)

Just on 9 March 2011 at 17:19 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ba, nnt sia buat... utang msk dlm 555 dulu aa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men