Tuesday, 14 December 2010

DuA KiSaH Di HaRi SeLaSa









KISAH 1 : WANG POS (kerani kaunter yang kehairanan) MySpace



Sejak dari semalam, tugas utama aku berulang-alik ke pejabat pos . Nasib baik tak jauh sangat. Seberang jalan saja . Tapi bab naik-naik tangga ni yang buat aku malas sikit. Office aku tingkat 3 woo .... Huhuhu... Naik kejang peha aku yang drumstick ni... kehkehkeh ... Aku rasalah, kalau "aktiviti" ni aku teruskan selama sebulan, gerenti aku jadi kurus-murus . Tapi penat gilalah... Mengalahkan jogging.
Semalam (13/12/10), aku pergi ke pejabat pos untuk membeli money order, wang pos dan memperbaharui cukai jalan (kereta company). Pagi tadi aku ke pejabat pos lagi. Beli wang pos. Kemudian petangnya (pukul 3.05 petang), aku melawat pejabat pos untuk yang ketiga kali dalam minggu ni (mungkin esok atau lusa akan pergi lagi -mengikut permintaan). Tujuan; beli wang pos lagi. Mungkin kerani kunter pejabat pos tu rasa pelik coz sejak dari semalam aku asyik beli wang pos saja [30 helai wang pos = RM3000/-]. Aku pula asyik-asyik terkena di kaunter yang sama (kebetulan). Makin hairanlah kerani kaunter tu.. Mungkin rasa ingin tahunya tak dapat di'ignore'kan lagi membuatkan dia bertanya kepada aku (Sabahan Malay).
"Balik-balik juga kau beli wang pos ni. Kau buat apa aarr? Kau mau buat bisnes wang pos kah?"
"Eh... Tidaklah... Ada tender bah.. Mau beli tender pakai wang pos"
"Banyak juga tender kamu join ni..."
"Iyalah... Mana tau tesangkut satu.. er... hehe..."
Lepas ni aku tak mahu beli wang pos lagi. Tapi kalau perlu sangat, apa boleh buatlah.. Takut nanti kerani pejabat pos tu beri nama baru untuk aku >> " si wang pos".. MySpace


****************************************************************







KISAH 2 : TENDER OH TENDER (Pressure datang lagi!) MySpace


Selepas beli wang pos aku, John dan Mahfuz pergi ke Rumah Persekutuan untuk mengambil dokumen tender. Huwaaaaaaaaaaa...... tender lagi.... Dekat-dekat hendak bercuti ni macam tak ada mood pula hendak buat kerja. Kenapalah tender keluar time bulan Christmas ni. Haizzz... Boleh tahan banyak pula tu. Jangan sampai cuti aku dibatalkan hanya kerana tender ni.. Huhuhuhu.... Mungkin aku hanya sempat type BQ, sediakan envelopes dan company profile coz 24hb ni aku akan mula bercuti... Yehawww.... Good Luck for Sista Weii yang akan berusaha gigih sepanjang ketiadaan aku dan Beth... Ngeee.... Gambate Sista...
MySpace

P/S : Tak sabar-sabar hendak bercuti.
MySpace

Monday, 13 December 2010

"First Lucky Draw Blog Suka Hati"




[Aku memang bukan seorang yang kreatif ^__^] Memandangkan aku tidak mempunya ramai follower(malah boleh dibilang dengan jari tanganpun), so apapun aktiviti yang dianjurkan oleh follower aku tu dengan penuh semangat wajanya aku akan join. Cabutan bertuah ni dibuat sempena tahun 2011 (tahun depan) dan akan di cabut oleh Kasyah, anak tomeii kesayangan empunya blog ni (Anne). Jom join... Banyak hadiah menarik tau... Nak tahu apa hadiah-hadiahnya? Check di sini atau klik sahaja dekat banner sebelah kiri dalam blog aku ni.




Baiklah. Syarat-syaratnya:-

  1. Terbuka kepada semua blogger seluruh dunia dengan syarat ada address kat Malaysia. >> Yupp... Ada..

  1. Menjadi follower blog suka hati aku. Yang ni wajib. No follow no lucky draw no luck lah jawabnya... >> Ya.
(Aku jadi follower sejak beberapa hari aku create blog aku)
  1. Letakkan blog suka hati aku dalam blog list korang. Yang ni pun wajib. Senang nak tahu update terbaru daripada aku. >> Done!
(Yang inipun sudah. Bila aku tambah saja Blog List dalam Blog aku, aku terus listkan)
  1. Copy & Paste banner lucky draw di atas dan buat entry pasal lucky draw ni pastu link kat entry aku ni. Buat tajuk "1st Lucky Draw Blog Suka Hati". Mesti letak banner dalam entry ye... Kalau suke boleh letak banner kat side bar korang dan link.. tapi kalau rasa macam menyemak, tak nak letak pun takpe...Kalau rajin boleh buat sticky post... >> Sudah..

  1. Bile dah siap entry korang tu, silalah letak linknye dalam ruangan komen entry ini... >>Yang ni pun Sudah...
  1. Oh ya jangan lupa tag at least 3 orang kawan. nak tag lebih lagi bagus. make sure diorang tau diorang kena tag..
>> beaty
>> jacq_lynn
>> gunsirit


P/S : Aku tak ramai follower. So aku tag follower yang selalu aku visit blognya.

BiLa BuKaN AkU YaNg DoMiNaN



Aku bosan betul hujung minggu lepas MySpace. Aku tidak berpeluang langsung untuk bercengkerama dengan lappy. Orang tu asyik main poker saja. Guna duit betul pula tu... Tak pernah menang besarpun... Kalah adalah... MySpaceHuhuhu... Hendak keluarpun rasanya tak sanggup berjalan kaki ke perhentian bas. Pinjam kereta, sampai kiamatpun tak bagi pinjam (kecuali dia ada sama) MySpace. Ishhh... Ni la yang buat aku naik angin ni. Aku tak berpeluang langsung untuk melawat blog kawan-kawan dan meng'up-date' status FB. Check emailpun susah. Apa lagi ber'chatting' di YM MySpace. Haizzzzzzzz...... MySpaceAku berdepan dengan TV sejak petang Sabtu (lepas kerja) dan tengah hari Ahad (selepas balik dari Church). TV... TV...TV... MySpace Kalau bukan TV, Ten dan Nunna... Keadaan macam ni lah yang buat teringat sangat pada Didunne dan family MySpace... Aku rindu! Wuwuwuwuwuwuw....... MySpace


P/S : Yehawww... kali ni post aku tidak panjang lebar... MySpaceLa..la..la...la...

Friday, 10 December 2010

MeNgHiTuNg HaRi ...



Menghitung hari... Detik demi detik... MySpaceHuh! 13 Hari lagi.. Lambat benarlah masa berlaluMySpace . Aku sudah mula mengemas barang yang hendak di bawa balik ke kampung. Mungkin terlalu awal tapi aku takut ada yang tertinggal kalau packing last minute. Selalunya memang macam tu... Tahun lepas aku tertinggal charger hp. Mujurlah di kampung aku ada charger simpanan MySpace. Aku belum beli biskut/kuih-muih untuk Christmas. Mungkin hujung minggu depan aku pergi beli. Paling lambatpun 22hb ni MySpace... Erm... Baju Christmas untuk diri sendiripun (diri sendiri? LoL MySpace) belum ada. Tapi aku bercadang nak pakai baju (green colour tau..) yang aku beli dengan Beth beberapa bulan yang lalu (June or July -tak berapa ingat sangat). Aku belum pakai lagi baju tu. Masih dengan tag hargaMySpace .. Jadi buat apa membazirkan... Alahai lamanya lagi (belek calendar)... Tak bolehkah masa berlalu cepat sedikit?MySpace


P/S : Akhir-akhir ni aku lebih gemar membelek Calendar daripada menonton horror movie... MySpace

Thursday, 9 December 2010

ThE LaSt SaMuRai


Siapa pernah tengok filem ni?... Inilah satu-satunya action movie yang aku minat (aku sebenarnya tak suka action movie, kecuali yang ini). Dah berpuluh kali aku tengok sampai skrip yang indah-indah tu macam hampir terhafal pula... MySpace. Malam tadi filem ni ditayangkan di channel HBO (astro). Aku tengok lagi (di kampung aku ada dvd filem ni MySpace).. Tak bosan-bosan. Aku suka sangat jalan cerita serta nilai-nilai positif yang ditonjolkan dalam filem ini. Unsur-unsur kekeluargaan dan semangat perjuangan yang tinggi juga digarapkan sekali..
Kisahnya macam ni... (Aku tulis apa yang aku faham) MySpace

Kapten Nathan Algren (Tom Cruise) telah bersetuju pergi ke Jepun untuk melatih tentera Maharaja menggunakan senjata dan menerima bayaran yang tinggi. Tentera Maharaja ini ditubuhkan untuk menentang pemberontakan terhadap dasar Westernisasi Maharaja yang diketuai oleh Katsumoto (Ken Watanabe) seorang Samurai yang masih meneruskan cara hidup tradisional orang Jepun. Aku minat gila pada watak Katsumoto ni... Berapi-api perasaan aku... Hehe..

Tentera Maharaja belum bersedia sepenuhnya namun Omura (walaupun si Tom Cruise ni tak setuju) tetap berkeras mengarahkan mereka turun bertempur dengan alasan mereka mempunyai senjata yang canggih sedangkan askar samurai hanya mempunya pedang dan anak panah. Tentera Maharaja ni berpatah balik (termasuk jeneral yang langsung tak berbuat apa-apa... >tak ada guna punya jeneral) setelah sebahagian besar dari tenteranya mati dibunuh oleh askar Samurai. Kapten Algren yang masih berada di situ telah membunuh 4 askar Samurai malah masih mampu mempertahankan diri walaupun sudah terbaring. Katsumoto kagum dengan keberanian Kapten Algren lalu membawa Kapten Algren pulang sebagai tahanan ke kampungnya yang terletak di pergunungan.

Kapten Algren ditempatkan di rumah adik Katsumoto (Taka) yang juga balu kepada Samurai yang telah dibunuhnya. Kapten Algren tinggal di perkampungan Samurai itu sepanjang musim sejuk. Dan selama dia di sana, dia banyak belajar tentang kehidupan seorang Samurai (termasuk kemahiran lawan pedang) dan belajar bertutur dalam Bahasa Jepun. Dia juga mula jatuh cinta kepada Taka (walaupun tiada skrip yang menyatakan perkara ni, tapi dari gerak-geri si Tom Cruise dalam movie ni, aku dapat tahu....hehe).

Satu malam, tentera Maharaja yang menyamar sebagai ninja telah menyelinap mask ke perkampungan (serang hendap lah ni...). Kapten Algren dan Katsumoto serta Samurai yang lain (termasuk anak lelaki Katsumoto, Nobutada) berkerjasama menentang tentera-tentera Maharaja ini dan akhirnya tentera itu dapat dikalahkan. Katsumoto mengambil keputusan pergi ke Tokyo untuk menghentikan kontrak Jepun dengan barat.

Kapten Algren yang ditahan oleh askar Samurai sebagai tawanan dilepaskan ketika di Tokyo tetapi Kapten Algren telah berubah hati dan menyebelahi Katsumoto. Ketika Katsumoto berjumpa dengan Maharaja (babak yang aku paling geram), Katsumoto dipertikaikan dan diletakkan sebagai tahanan. Kapten Algren meminta seorang kawannya (photographer) masuk ke dalam penjara dan memberikan pedang kepada katsumoto sebagai senjata untuk melarikan diri. Nobutada telah terbunuh ketika membantu ayahnya keluar dari tahanan (Seorang Samuraipun menangis juga melihat anak mati di depan mata... isk.. isk).

Omura telah menghantar 2 batalion untuk bertempur dengkan askar Samurai. Kapten Algren yang sudah tahu taktik serangan tentera Maharaja itu memudahkan Katsumoto dan pengikutnya mematahkan serangan. (Kapten Algren mengenakan pakaian Samurai milik mendiang suami Taka. Boleh tahanlah. Macam Samurai juga... Ngee....) Pada pusingan pertama pertempuran, Katsumoto dan orang-orangnya berjaya mengalahkan pihak lawan (akupun berharap sangat tentera maharaja tu kalah.... huhu).

Pusingan kedua dimulai dengan serangan balas dari kumpulan Katsumoto.. Tentera Maharaja menggunakan senjata yang terbaru (sejenis meriam yang boleh laras) dan mengorbankan ramai askar Samurai. Hanya beberapa orang sahaja yang sampai betul-betul di kawasan pertahanan tentera Maharaja (termasuk Kapten Algren). Oleh kerana hanya mereka berdua saja lagi yang hidup (Kotsumoto dan Kapten Algren), Kotsumoto meminta Algren menikamnya (mati secara mulia sebagai seorang Samurai yang gagal dalam peperangan). Scene ni yang buat aku tersentuh. Waktu Kotsumoto mati, semua tentera Maharaja memberikannya penghormatan sebagai Samurai yang terakhir... Huhuhu... Sedihnya.. Balik-balik tengokpun masih sedih juga. sob...sob...sob...

Sebelum Maharaja menandatangani kontrak dengan negara barat, Algren telah berjumpa dengannya untuk menyerahkan pedang milik Kotsumoto. Maharaja akhirnya berubah fikiran dan menolak idea Omura lalu menghalaunya (rasa'in loe....hahaha).

Filem ini berakhir dengan gambaran Kapten Algren kembali ke kampung di pergunungan, bertemu Taka dan anak-anak Taka. (Happy Ending...)


Panjang lebar tak?... Hehehe... Aku tak pandai hendak meringkaskan cerita... Sorry....

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

~> Trailer Movie


~> Download Movie (torrent)


-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-



P/S : Yang tak minat tu, 'ignore'kan saja post ini... MySpace

KeBoDoHaN Di PaGi HaRi



Aku bangun agak lambat. Inilah perkara yang paling aku benci bila aku tidur bermimpi MySpace. Mesti lambat bangun. Aku mandi dengan speed yang maksimum... MySpaceLepas mandi dan mengeringkan badan, aku terus menyapu losyen di lengan (aku memang menyimpan sebotol losyen di bilik mandi). Aku rasa pelik sikit bila mendapati lengan aku melekit. Tapi aku tidak ambil kisah. Aku sapu lagi ke bahagian paha sampai ke hujung kaki. Buku laliku yang agak basah berbuih. Alamak.... MySpaceRupa-rupanya aku tersalah botol. Botol yang aku sangkakan losyen tadi tu sebenarnya sabun (colour botol hampir sama). Terpaksa mandi sekali lagi... MySpaceBertolak dari rumah hampir pukul 7.15 pagi. Nasib baiklah cuti sekolah. Jalan tidaklah sesak sangat .


P/S : Pengajaran buat diri sendiri : Belek botol baru bertindak...

TeRpaKsA MenGuLiT KeNanGaN


Pagi tadi Co menurunkan aku di hadapan pejabat pos. Tiba-tiba aku terserempak dengan kerani kaunter post office yang baru hendak masuk ke dalamMySpace . Aku kenal sangat dengan perempuan ni (kerani kaunter yang aku maksudkan). Walaupun aku tidak tahu namanya, tapi muka dia tu sudah lekat di memori aku. Aku masih ingat bagaimana dia melayan aku ketika aku berurusan dengannya di pejabat pos beberapa bulan yang lalu. Dan ini bukan yang pertama kali aku terserempak dengannya.MySpace

Oleh kerana aku telah berbalas renungan dengan perempuan ini secara tidak sengaja, maka aku terpaksalah mengulit kenangan lalu (meskipun aku bukannya saja-saja untuk mengingati). Setiapkali aku terlihat kelibatnya, secara automatik kisah itu ter"play back" di ingatan MySpace.

Dan biarlah aku kongsikan kisah tu di sini. Bukan cuba untuk memburuk-burukkan, tetapi hanya satu ketidakpuasan hati yang diungkapkan dalam bentuk cerita. Tak salahkan??...

Begini kisahnya :

Beberapa bulan yang lalu, Co bergiat aktif dalam ebay. Dia menjual barangan cedera mata/souvenirs. Agak lama juga dia mengiklankan barangannya barulah ada seorang (Germany) yang berkenan untuk membeli seunit. Co meminta tolong untuk mengirimkan barang tersebut memandangkan tempat kerja aku berhampiran dengan pejabat pos.

Dipendekkan cerita (nanti kena complain lagi... hehehe), aku ke kaunter setelah nombor aku disebut. Dan kerani kaunter yang bertugas adalah perempuan itu. Lebih kurang macam ni lah perbualan kami (Sabahan Malay) MySpace.

"Saya mau kirim barang. Macam mana proses dia tu aarr?.."
"Mo kirim di mana tu?" (dengan kening berkerut)
"German"..
"Mo timbang dulu la... " (nada bosan)

Aku menghulurkan box yang sudah siap berbalut untuk ditimbang. Dia meletakkan box tadi di atas mesin penimbang dan mencatit berat box tu. Dia memberikan aku sehelai borang yang perlu diisi. Terlalu banyak yang perlu diisi. Aku keliru. Maklumlah, first time (kedapatan)MySpace .

"Mana yang mo diisi ni? Semua kah?... " Aku bertanya.
"Ada juga yang tidak payah isi tu!!..." (nada geram)
"Isi ini... Ini... Ini.. Dan ini... " Sambungnya acuh tak acuh sambil menunjuk dengan pantas kolum-kolum tertentu di dalam borang tu. Aku masih blur... (Lembam kan..hehe MySpace)

"Sorry aaarr... Boleh kasi tau sekali lagi kah mana yang mo diisi tu?"
"Heiyaa..." Dan ketika dia mengeluarkan 'bunyi' ini, aku mula hilang sabar.
"Minta maaf sajalah... Tapi saya tak mo tanya balik-balik bah kalau saya tau...Ni pertama kali bah ni" MySpace
Dia menjengilkan mata kepadaku.
"Ini... Ini.. Ini...Dan ini... Yang ni jangan isi.. Ni pun tak payah isi..."
Belum pun sempat aku menangkap penerangannya (walaupun bukan penerangan yang baik), dia meminta aku memberikan laluan kepada orang lain dahulu sewaktu aku mengisi borang tu. Aku tidak tahu samada kepala otak aku ni yang terlalu lembap ataupun dia yang tidak begitu mahir memberikan penerangan. Erm.... MySpace

Aku mengisi bahagian nama penerima & pengirim, jenis/ nama barang yang hendak dikirim juga tandatangan pengirim bagi mengesahkan barang yang dikirim tersebut tidak mengandungi benda yang diharamkan di sisi undang-undang serta memberi keizinan kepada pihak kastam untuk memeriksa jika dicurigai.
Aku menyerahkan borang itu kepadanya. Selepas aku membayar, dia memberikan aku tracking number.
"T.Q..."
Aku keluar dari pejabat pos dengan hati yang agak panas MySpace.

Dua minggu kemudian, ada barang lagi yang hendak dikirimkan ke Scotland (Co punya juga). Tapi kali ini bukan item yang dia dijual di ebay , tetapi animation figure yang dipesan oleh kawannya. Sekali lagi aku ke pejabat pos. Aku harap, aku tidak akan berurusan dengan perempuan tu lagiMySpace . Aku tidak suka dengan layanan yang dia berikan. Mujurlah kali ini aku terkena di kaunter sebelah. Seorang budak lelaki (budakkah?...) yang penuh dengan jenaka dan peramah... MySpace

Barangan yang dipesan melalui ebay seterusnya Co kirimkan sendiri di Pejabat Pos Besar KK... Ngee.... MySpace
Begitulah ceriteranya.... Maaf kalau kisah tak seperti dalam tajuk (keluar tajuk). Leganya rasa selepas sharing kisah yang sentiasa aku ingat tiap kali aku nampak perempuan ini.MySpace

-TAMAT-

P/S: Ni mesti kena complain lagi coz terlalu panjang.. kehkehkeh.. MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men