Showing posts with label ~My StOrY. Show all posts
Showing posts with label ~My StOrY. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

PeRNaH KaH AnDa MeNGaLaMi PeNyaKiT GaNJiL iNi....????






Hallo kepada semua followers dan visitors yang budiman.... Terima kasih kerana tetap setia berkunjung... Aku hendak bertanya (kepada blogger-blogger sekalian)... Pernahkah kamu tiba-tiba rasa malas yang teramat sangat untuk meng-update blog walaupun ada idea dan banyak tag yang kamu perlu buat??... Pernah tak??.... Itulah situasi yang aku hadapi sekarang ni... Dulu aku sangat rajin. Setiap hari sekurang-kurangnya ada satu n3 yang aku share dalam blog. Tapi akhir-akhir ni semangat berkobar-kobar seorang blogger tu hilang. Aku masih mencari-cari ke mana perginya semangat itu.... Ada sesiapa tak yang  boleh tolong carikan.....?? Aku rindulah........ Huwaaaaaaa..... Walaubagaiamanapun, aku masih lagi BW setiap pagi ke blog followers aku yang best2 belaka... Oh!... ya... Lagi satu perkara... Sekarang ni aku sudah tidak ligat berkempen mencari follower macam dulu. Korang pernah alami situasi ini tak???..Sebenarnyaku risau aku tak mampu BW di kesemua blog followers aku.. Huhuhu... Mana adil kalau dia datang jenguk aku tapi aku pula tak dapat balas kunjungan dia kan.... Akan tetapi, kalau ada sesiapa yang berminat hendak follow aku, followlah saja ya... Aku tetap akan follow balik dan blog korang sudah semestinya akan masuk dalam bloglist aku. Kan itu adat dah jadi dalam dunia blog.. Orang kata saling menyokong antara sama lain barulah baguskan..... Ada semangat kekitaan... ^__^ 
Okeylah... Aku masih mencari "benda" tu lagi.... Harap aku jumpa.... =(








P/S : Sila abaikan saja n3  gila-gila ni....

Saturday, 12 March 2011

CoReT-CoReT WaKtU DiLaNdA MoOD CeLaRu..


~Pinjam Dari Google~

Sebenarnya aku hendak buat Cabaran yang ke-4 untuk 10 Days Challenge hari ni.. Tapi tak jadilah.... USB Cable tertinggal di rumah... Tak dapat nak upload gambar dari HP kalo tak ada benda tu. Aku BW sajalah di blog-blog follower aku yang tetap datang berkunjung di sini walaupun tidak ada n3 yang terbaru dan aku berehat menjengah blog diorang... Follower macam ni lah yang aku suka/sayang sanga-sangat. Thanks kerana sentiasa support aku. Aku buat kunjungan balas kepada mereka-mereka yang berkenaan sambil klik ruangan iklan dekat blog diorang. Rasanya dengan cara tu saja kau dapat membalas balik kebaikan diorang tu... ^^.... I luv my blog visitor........!!!

Semalam aku MC... Bukan demam... Bukan migrain.... Tapi tangan aku menggila lagi.... Teruk sangatlah.... Siapa tahan pakai glove 24jam??? Sensitif tak bertempat telapak tangan aku ni... Aku dihadiahkan lagi dengan dua injection. Kena bagi ubat allergy dua jenis.. Pas tu antibiotikpun dua juga, krim sapu dua... Bil untuk kesemua benda-benda ni buat aku tepuk dahi dan melopong seketika. Nasib baiklah boleh claim... Kalo tak, sesak nafas la aku.... huhu.... Aku benci antibiotik yang lagi satu tu. Bila makan saja, aku akan rasa mengantuk. Sekarang ni mata berat sangat... Aku perlukan bantallll!!!!!!

Nampak tak status Facebook dalam badge aku tu??... Yupp... Aku akan sunyi dan keseorangan sepanjang minggu depan. Kakak aku dan family pergi makan angin ke Miri. Flight malam tadi. Sempat gurau dalam hp lagi minta ampun dan maaf... Manalah tahu ajal sampai coz ada tsunami katanya... Gila.... Benda macam tu pun nak buat main-main.. Haizzzz..... Aku cakap, dia mesti balik kerana aku sedang tunggu ole-ole (kek lapis sarawak ^^) . Errrmmm..... Aku tak ada tempat untuk menghabiskan masa hujung minggu. Selalunya aku lepak dekat rumah diorang. Nampaknya aku akan memerap dalam bilik ataupun keluar berjalan-jalan di megalong sorang-sorang. Huwaaaaaaaa..............


Aisemen.... Aku lapar gila la.... Perut dah berdondang sayang ni... Nak keluar kejap melayan selerapun tak dapat coz aku sedang menyiapkan company product profile untuk sales. Lagipun hujan la dekat luar tu... Walaupun ada payung, aku masih tak sanggup hendak meredah hujan.... Sabar-sabarlah dulu, wahai si boroi perut... Tinggal 45 minit saja lagi ni..... Aku akan jamu kau dengan makanan yang sedap-sedap tapi seimbang ya... Tunggu... ^^






P/S : Inilah kejadahnya bila dilanda mood yang pelbagai... N3 pun agak berterabur dan gila-gila... Maaf dipohon kepada pembaca yang budiman... uhuhuhh....

Monday, 10 January 2011

AhaD -HaRi UnTuK RaMbUt.... ^__^


Tengah hari hari Ahad, kakak aku mengajak aku jalan-jalan di Donggongon. Letih juga jalan-jalan. Tapi seronok... heheheh... Pada sebelah petang pula kami menghantar Nicole dan Yong ke St. Thomas. Sementara menunggu Nicole dan Yong habis [Sunday School] ; aku, sis Doy serta dua orang lagi anak buah aku (Junior & Baby) pergi "mansau-ansau" di Kepayan Ridge (central mall) . Berikut adalah agenda utama kami untuk pergi ke sana... Tadaaaa......!!!

Hair Saloon yang dipilih

Junior yang first

My sis.. Sedang tunggu turn..

Sempat berposing dengan Baby

My sis..

PEACE dengan gaya rambut baru -Junior.

"Baby, U punya rambut panjang owh... Mesti gunting ni " -Junior

"O.k... " -Baby...

Its me! Syok sendiri ambil gambar...

Nicole dan Yong terkejut beruk tengok gaya rambut baru kami selepas diorang keluar dari Church. Kami singgah makan ikan bakar di Vin Lap Restaurant kemudian barulah kakak aku menghantar aku balik.
Hari yang memenatkan tapi aku happy coz sudah lama tidak keluar dengan kakak dan anak-anak buah..
Aku tak makan malam. Lepas mandi, tengok AJL..





P/S : Nyaris lambat bangun pagi...

Saturday, 8 January 2011

IdAmAn 2011 (Part 1)



~DSLR~
Aku betul-betul mengidamkan benda ni. Dah lama aku pendam dalam hati. Tapi sejak geng karas aku dah "angkut" sebuah, keiginan aku tu makin menjadi-jadi. Tidur tak lena, mandi tak basah, kadang-kadang tak makan langsung >> melampau-lampau punya ulasan. Tapi mahal wooo..... Mungkin aku kena ikat perut 2 bulan kalau nak sangat beli benda ni... Fikir-fikir dululah! Uhuh!....






~PEEKAPOO~
I luv pets. Terutamanya "doggy". Di rumah sudah ada seekor (Noon -german shepherd + local). Tapi sudah besar bah. Mau kasi manja-manjapun susah... Berat... Ermmm... Aku rasa aku mahu "adopt" lagilah. Tapi kali ni aku nak yang tak berapa membesar sangat (peekapoo breed). Senang angkat-angkat... Peluk-peluk... Bulupun lembut macam kapas. Erm... Aku sukalah... >>mula sudah berangan. Hari tu (waktu cari present untuk exchange gift), aku nampak puppy jenis ni.. Tomeiiii owh.... Akupun terjatuh cinta pada pandang pertama. Tapi belum ada "green light" lagi dari Co.






~S.E SATIO (Idou)~
Aku tidak pernah berpaling tadah untuk mencintai handphone selain ini. Aku sudah menyimpan rindu dendam untuk memilikinya sejak dia mula-mula keluar di pasaran (2009). Walaupun sekarang sudah banyak handphone yang canggih-canggih contohya i-Phone, aku tetap setia! Sudah hampir 5 tahun aku pakai handphone aku yang sekarang ni (serentak beli handphone sama model dan sama colour dengan seorang BFF yang kini sudah lost contact... sedihnya...). Sekarang tibalah masanya untuk aku menyimpan kenangan tu... Wuwuwuwuwu... >> Handphone lama ni nanti kasi mama aku yang pakai.





~50kg!~
Alahai... Susah betul nak dapatkan "benda" ni. Kawan cakap pergi sahaja dekat SlimWorld. Tapi aku mahu berat badan aku turun dengan hasil usaha aku sendiri. Aku jadikan Aizat sebagai "idola" aku. Dia stop makan nasi so aku pun stop makan nasi sejak hujung November tahun lepas. Tapi time bercuti di kampung aku ada makan sesudu dua nasi. Haiyaaa.... Sukarnya menghadapi dugaan bila terhidu bau beras padi bukit yang harum tu... Jadi aku start tak makan nasi semula pada awal bulan ni. Aku tak ada masa buat senaman tapi di rumah aku ada sebuah benda yang boleh aku gunakan sebagai alat senaman untuk mengurangkan lemak [tepu] di bahagian pinggang, pinggul dan paha... Setiap kali aku makan dengan Beth aku minta dia "mengetuk" kepala aku jika aku makan banyak... Hehehe... Aku nak kurus!!!! Tolonggggggggggggg!!!!


P/S : Ni baru Part 1....

Monday, 3 January 2011

SuAtU PeRmuLaAn...



Hola.... MySpace Ini adalah pos pertama aku untuk tahun 2011 ni. Jadi, mungkin entry cenderung berjela-jela. Sabar sajalah aarrr... MySpace Selepas bercuti panjang di kampung, aku rasa macam tak mahu balik KK pula... Malas bah... Cuti hampir dua minggu (termasuk cuti umum) tu macam tak cukup saja. Masih banyak benda lagi yang aku tak sempat buat. Walaubagaimanapun, aku happy coz dapat menghabiskan cuti aku bersama Didunne dan family aku MySpace.

Lagi dua hari sebelum aku balik ke KK, tiba-tiba aku berjiwa sentimental MySpace . Terasa berat hati untuk meninggalkan semua terutamanya Didunne. Tapi aku tak mampu buat apa-apa. Semuanya di luar kawalan aku MySpace. Bah... Cukup-Cukuplah bermadah tentang ni... Telampau sudah... Hee...

Aku sampai di rumah ke dua aku pada tengah hari Ahad. Boring.... Badan saja yang sudah pulang... But hati aku masih tertinggal di kampung (hiperbola betul... Macamlah boleh hidup kalau tiada hatikan... MySpace). Mahu update blog pun tiada mood. Tengok TV pun laaaaagi boring. Sambil berbaring aku sms/kacau kawan-kawan. Itu sajalah yang aku buat sampai petang. Aku sempat tertidur sekejap kali tu. Tak ingat sudah. Habis terlalu bore sudah kan... MySpace

Malamnya, timbul lagi 1 hal. Aku tidak dapat tidur MySpace. Terbayang-bayang : Diddune, Parents, Grandma... Tilam busyuk kesayangan... Ikan panggang (yummy..)... Dan "microphone"!.... >> Terlampau banyak juga benda yang aku bayangkan ni... MySpace

Besoknya : Aku membisu di sepanjang perjalanan pergi ke tempat kerja. Suara si OTHOE (SuriaFM) saja yang kedengaran. Hari ni akan bermula lagilah rutin aku. Kadang-kadang aku terfikir MySpace, kerja makan gaji ni membuatkan hidup tidak berkualiti (bagi akulah..). Masa lebih banyak dihabiskan di office. Malah terpaksa turun bekerja pada hari Ahad (kalau terlalu busy). Kan bagus kalau kerja sendiri... Bilalah aku jadi "lady boss" ni... MySpace Naaa.... Berangan sudah...
"Sisa-sisa" kerja dokumen tender masih ada so akupun buat tu sajalah sepanjang hari. Mahu buat banyak-banyak kerjapun tidak larat. Masih "holiday mood' lagi... Kamurang faham-faham lah tu. Tidak tahu bila agaknya baru "holiday mood" ni hilang. MySpace

Aku macam tak berapa bersemangatlah up-date blog ni... Aku seru dulu semangat aku tu. Aku tak tahu mana perginya. Seperti dalam entry topic di atas tu, ini adalah "Suatu Permulaan".. Aku harap follower/bukan follower masih setia singgah di sini >walaupun entry tak "wow"... Hehehehe... MySpace Aku mahu mengucapkan TERIMA KASIH kepada yang sentiasa setia comment entry aku sewaktu aku bercuti... gunsirit & beaty.
Okeylah.. Semakin panjang sudah aku melalut ni, HAPPY NEW YEAR sekali lagi dan SELAMAT MEMPERJUANGKAN AZAM BARU masing-masing! MySpace



P/S : Tak sabar untuk bercuti lagi....

Sunday, 26 December 2010

FaMiLy DaY



Sudah lama tak berkumpul ramai-ramai satu family buatkan aku rasa seronok sangat time cuti. Memandangkan kakak aku berchristmas di kampung tahun ni, jadi kamipun berpakat unutk mengadakan "makan-makan". Party kecil saja. Sembahyang, makan dan acara bebas. Sebut saja pasal acara bebas ni tak ada benda lain yang mermain di kepala aku selain KARA-OKE. Aku memang minat menyanyi... Di kampung, aku menyanyi 3 kali sehari. Pagi... Tengah hari dan Petang.. Hahahaha.... Pecah dah rahsia... Berbalik pada topik di awal-awal tadi tu, belum pasti lagi apa acara yang bakal kami jalankan (anjuran bersama). Kakak sulung aku bercadang hendak mengadakan Lucky Draw... Wahhhh... Lucky Draw lagi... heheh... Tapi tu masih dalam proses sebab sewaktu aku menulis post ini (auto post), kami belum mengadakan sebarang perbincangan lagi. Aku harap rindu akan terubat dan hubungan kekeluargaan makin erat... Amen...



P/S : I luv my FAMILIES...

Friday, 24 December 2010

HoLy NiGhT!





Malam ini aku dan family akan pergi ke Church untuk menyambut Holy Night (malam lahir Jesus). Aku tak tahu apa yang hendak aku ceritakan coz aku buat post ni sebelum aku balik ke kampung. Sengaja setkan auto post. Kalau ada seorang dua yang 'tersalah masuk' blog aku, sekurang-kurangnya ada juga bahan bacaan (kalau sudi untuk membaca)... ngehngehngeh... Selalunya tak ada acara yang khusus dalam Holy Night ni... Ibadah seperti biasa dengan menyanyikan lagu-lagu natal dan pada kemuncak ibadah, kami akan menyalakan lilin sambil menyanykan lagu "Silent Night" bersama-sama.... Waktu itu, lampu akan dimatikan dan kami hanya diterangi oleh cahaya lilin.... How sweet....MySpace




P/S : MySpace MySpace

Thursday, 23 December 2010

BaLiK KaMpUnG...



Aisemen... Penat-penat aku menyudahkan kerja aku di office dengan speed kuasa "cahaya", rupanya tak jadi balik kampung petang ni. Haizzz..MySpace. Mood akupun "luntur".... Aku stay di office sampai pukul 6 lebih. Oleh kerana aku ada bawa lebihan makan tengah hari tadi, maka aku tak payahlah masak malam ni. Hehehehehe... << Pemalas tahap dewa....

Mama dan adik Co datang. Co happy sangat coz dia taklah rasa sunyi sewaktu ketiadaan aku. Malam ni kami ada agenda utama yang perlu dilaksanakan sebelum aku balik kampung. Kami akan melakukan pembersihan rumah secara besar-besaran. Hampir 2 jam kami bergotong-royong, akhirnya semua kelihatan bersih dan tersusun. Lepas tu aku mandi dan naik ke bilik. Hendak berpuas-puasan online dulu. Dekat kampung mana ada line. GPRS pun susah nak dapat...

Awal pagi besok aku, sis dan familynya akan bertolak balik ke kampung tak sabar aku... Baju aku dan barang-barang lain dah berkali-kali keluar masuk dalam beg. Saja untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal.




P/S : Gerenti aku tak dapat tidur malam ni.... Tak sabar nak balik kampung...

23hb DeCeMbEr 2010 (ThE LaSt DaY)
























Hari ni hari terakhir aku bekerja dalam tahun ni. MySpaceDari hari isnin aku berusaha menyiapkan kerja-kerja aku. Letter Head, Product Profile, Stationery Stock List juga sheet baru P.O & P.R Form yang sudah siap dengan turutan nombor sebagai persediaan awal kepada Sista Weii untuk membuka P.O (stationery) kelak. Mana tahu stock paper (A4 & A3) or etc. tidak mencukupi sepanjang ketiadaanku. Aku juga telah memindahkan fail-fail peribadi aku dari PC. Takut kena 'check'. Aku pergi keluar lunchpun dah kena check, apa lagi dalam tempoh masa yang agak lama... Uhuhuh... MySpace

Pagi tadi sebelum pergi office aku telah meninggalkan pesan yang berjela-jela kepada Co. Antara semua tu, yang paling penting bagi aku adalah memberi makan dan memandikan Noon dan Ten. Mulanya aku hendak bawa Ten balik ke kampung tapi aku akan bertolak petang ni lepas habis kerja (tak balik rumah lagi.. barang-barang aku dah bawa ni...hehe) so tak jadilah aku bawa Ten. Takkan aku bawa Ten pergi ke office sekali.... MySpace

Ada beberapa benda lagi yang perlu aku siapkan sebelum petang. Tak tahu pula pukul berapa kakak aku singgah nanti. Aku hendak kemaskan tempat aku elok-elok. Tu yang penting. Biar sejuk mata memandang. Harap-harap susunatur dan kedudukan buku-buku serta fail masih dalam keadaan yang sama ketika aku balik bekerja nanti... Dan yang aku paling harapkan, barang-barang milik aku tidak 'lesap'... Kadang-kadang pen / pensil / eraser / ruler etc. aku tiba-tiba hilang dan aku temukan 'mereka' di tempat yang lain... (Mungkin tumbuh sayap or kaki untuk bergerak sendiri.

Aku akan merindui deringan telefon, bunyi loceng pintu, gurauan-gurauan (yang melampau) dengan office-mate, monster laugh milik big boss dan waktu bergossip staff perempuan. Harap tahun depan hubungan yang mesra masih kekal, malah bertambah-tambah lagi daripada yang sebelumnya. Good Bye Sisters & Brothers..... Jumpa lagi tahun hadapan....





P/S : Selamat Bercuti Untuk Diri Sendiri... Ehehehehehe

Wednesday, 22 December 2010

TQ KePaDa DiA YaNg BeRgeLaR BoSs...



Aku sangat terkejut sewaktu Jess menyerahkan slip gaji kepadaku MySpace. Dia kata, gaji akan masuk esok. OMG.... Betulkah ni....?? Aku tersenyum lebar kendati tahu gaji aku bulan ni sudah kena potong coz sudah mengambil cuti melebihi had yang ditetapkan. Tapi aku tak kisah tentang semua tu. Bukan selalu dapat berkumpul dengan family. Menghabiskan masa dengan family ni mahal harganya. Tak terbeli dengan wang ringgit tau MySpace. Rasa hairan pula menyusul. Selama ni tak pernahpun "kejadian" seumpama ni berlaku (kecuali Aidilfitri). Tahun ni dia nampaknya terlalu bertimbang-rasa MySpace. Syukurlah... Dia masih mempunyai perasaan. Thats mean, dia masih manusia... Kehkehkeh.. MySpace <<< JAHATnya aku ni... TQVM, Boss... Walaupun selalu memancing berang dan menyerabutkan fikiran, kadang-kadang dia pandai juga untuk menyejukkan hati...







P/S : Rajuk sudah hampir 00000000000.1% terpujuk... Ngee MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men