Showing posts with label ~SpECiaL DaY. Show all posts
Showing posts with label ~SpECiaL DaY. Show all posts

Friday, 31 December 2010

Happy New Year



1... 2... 3... 4... 5.... HAPPY NEW YEAR 2011! Doa ringkas akan dibacakan... Muzik akan dibunyikan dan saling bersalaman sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru... Inilah situasi sambutan tahun baru yang biasa aku lihat. Terus-terang aku katakan, aku tidak pernah menyambut tahun baru di tempat lain selain daripada Church. Bukan hendak tunjuk alim, tapi ini sudah menjadi kebiasaan. Dan teramat sukar untuk aku mengubahnya.

Tahun baru muncul dan bermulalah sekali lagi perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan. Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru. Selama aku hidup setakat ni, aku belum mampu mencapai kesemua azam aku. Jadi aku lebih senang tidak mempunyai azam yang sukar payah untuk dicapai. Nanti stress pulakan... Aku hanya ingin berubah menjadi yang lebih baik... Itu saja... Simple kan... Hehehe....



P/S : Tak lama lagi cuti habis.... Huhuhuhuh....

Saturday, 25 December 2010

MeRRy ChRistMaS 2010!!!




Merry Christmas kepada semua yang meraikan Christmas. Apa aktiviti kalian di pagi Christmas ni? Bagi aku seperti biasalah. Menyambut Christmas di Church dengan family tersayang. Ibadah natal akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Sengaja dilewatkan sedikit dari biasa (8.00 pagi) kerana memberi peluang kepada semua untuk menyiapkan bekal lauk pauk masing-masing. Selalunya acara makan bersama ini tidak pernah ketinggalan setiap kali Christmas menjelma. Malah ia bukan sahaja dilaksanakan waktu Christmas tetapi juga pada hari-hari tertentu seperti Good Friday. Selepas makan terdapat pelbagai acara lagi yang akan dijalankan termasuk Christmas Lucky Draw dan persembahan nyanyian Kanak-kanak Sekolah Minggu. Banyak acara yang dipertandingkan so kena stay di Church sampai petang.... Macam-macam karenah yang dapat dilihat terutamanya kanak-kanak. Aku suka tengok......Lagi satu, hari ni sajalah aku dapat bertemu dengan kazen-muzen yang dah lama tak balik kmpung.... So Christmas ni memang sesuatu yang menyenangkan bagi aku...


P/S : Christmas aku bermakna dengan adanya family di sisi aku...

Saturday, 6 November 2010

Deepa.... 05 November 2010



Malam tadi aku sengaja tidur lambat dengan niat hendak bangun lambat juga. Malangnya, secara automatik aku terbangun tepat pukul 6 pagi seperti biasa pada waktu hari bekerja. Badan aku macam dah set jam biologinya sendiri. Aku membelek handphone... Adehhh!!!... Banyaknya ucapan Deepavali. Macamlah aku sambut perayaan tu.. Hehe... Dengan langkah malas, aku pergi ke biik air. Membasuh muka, menggosok gigi dan....... >>Semuapun nak bagi tahu.. MySpace

Jerang air kemudian bancuh milo. Setelah mengucapkan "selamat pagi" kepada Ten dan Noon, aku ke ruang tamu menonton TV. Akhirnya, bukan aku yang tengok TV, TV yang tengok aku.. MySpace Aku terlelap sekejap. Inilah saatnya untuk bermalas-malasan. Miahahahahaha....

Hampir dua jam tidur-tidur ayam di atas sofa barulah aku bangun untuk menyediakan makanan tengah hari. Masak yang simple-simple saja. Ayam masak kicap halia. Lama tak makan daging. Asyik melantak sayur dan buah saja. Nak turunkan berat badan kononnya. Tapi tak juga turun-turun. Ermm.. Lepas lunch, rehat setengah jam then pergi mandi.

Duduk sekejap depan lappy, belek gambar Didune... Rindunya dekat anak aku ni... Terpaksa berjauhan. Bukan disengajakan tapi untuk menunaikan tanggungjawab.. MySpace

Kira-kira pukul 3 petang aku dan Co keluar beli barang sedikit (barang-barang dapur + biscuits danjunk food untuk hamper)... Selesai semua urusan, kamipun pulang. Dengan bersemangat waja, sesampainya kami di rumah, aku terus membungkus barang-barang tadi memjadi sebuah hamper yang cute-mute dilengkapi dengan reben hijau yang kubentuk bunga dengan beberapa juntaian-juntaian reben yang aku "curl"kan.. Pergghhh!.... Kreatif juga rupanya aku ni (dengan nada perasan) MySpace


Malamnya, kami makan mee segera saja.. Masih kenyang sebenarnya. Saja memampatkan lagi [cakap nak diet...huhuh]. Tengok TV sampai pukul 10. Kemudian sambung main mahjong dalam lappy. Bila dah rasa hendak tidur, akupun terus masuk tidur. Besok kerja, nanti tak cukup rest pula.. Itu sajalah story aku time cuti Deepavali tu.. Tak adalah yang menarik sangat. Tapi bolehlah... Kan story juga... Ehehehe....

P/S : Habiskan lebih banyak masa di rumah.. Better kan???....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men