Showing posts with label ~UnTuK WaNiTa. Show all posts
Showing posts with label ~UnTuK WaNiTa. Show all posts

Wednesday, 2 March 2011

12 SeBaB KeNaPa HaiD AnDa LeWat ~Dari Wanita Untuk Wanita (^-^)


~gambar dipinjam dari si Google~

  • Tekanan:   Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya kitaran haid. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan:   Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan:   Mungkin baru-baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:   Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:  Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:   Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung. 
  • Gemuk:   Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa. 
  • Terlalu kurus:   Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan jadual haid anda semula.
  • Tersilap kira:   Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopause:   Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopause. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah di pangkal rahim.
  • Pencegah hamil:   Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:   Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... 


Sumber : http://wanitadankesihatan.com

  


 
P/S : Ada seorang kawan yang minta aku buat n3 ni... (^^,).. Timba la apa yang patut yerr...

    Tuesday, 11 January 2011

    TiPs MeNcEgAh DaN MeRaWaT RaMbUt BeRcAbAnG



    Rambut bercabang??... Oh! Tidak.... Disebabkan masalah inilah aku terpaksa menggunting rambut kesayangan aku. Sesiapa yang mengalami masalah yang sama aku nasihatkan supaya cepat-cepat "membuang" rambut yang bercabang tu sebelum belahan "cabangnya" melarat ke atas. Nanti jadi macam aku pula. Dari rambut paras pinggang terus ke paras rambut melepasi bahu. Aku suka menyimpan rambut panjang. Tapi sayangnya rambut aku bercabang dan rosak. Huhuhuhu...
    Okeylah... Di sini aku mahu kongsikan TIPS PENCEGAHAN DAN PERAWATAN RAMBUT BERCABANG dengan anda semua. Ni bukan "original" dari aku. Aku buat searching dekat internet. Kumpulkan semua maklumat dan kemudiannya aku tuliskan semula.Jom tengok.....

    • Potong rambut = Sebaik-baiknya, potonglah rambut setiap 6-8 minggu sekali. Ini untuk merapikan hujung rambut yang kering dan kurang sihat. Oh! ya.. Ingat!... Jangan sesekali menggunakan gunting rambut yang tumpul kerana ia akan merosakkan struktur rambut (kalau anda menggunting rambut sendiri di rumah > macam yang pernah aku buat dulu... Kehkehkeh...)

    • Jangan sikat rambut sewaktu basah = Jangan! kalau perlu sikat sekalipun pilihlah sisir yang bermata besar untuk mengelakkan rambut tersangkut pada sisir dan putus. Salah satu punca rambut bercabang adalah rambut putus tau... Erm...

    • Pilih sisir yang sesuai = Jangan gunakan sisir bermata rapat untuk rambut yang halus dan mudah kusut. Ianya akan menyebabkan rambut tersangkut pada sisir dan putus. Berhentilah menyakitkan rambut anda! huhuhuh...

    • Spray Beer = Tahukah anda beer boleh digunakan sebagai pendandan untuk rambut supaya kelihatan lebih sihat, segar, bermaya dan bersinar. Caranya, tuangkan saja beer ke dalam botol spray dan spraykan ke arah rambut. Keringkan sisa-sisa beer yang berlebihan dengan towel dan dandanlah rambut dengan style yang diingini. Bau beer akan hilang dengan sendiri selepas beberapa ketika terdedah pada pengudaraan yang baik. Pelikkan?... Betul-betul hilangkah baunya nanti...?... Erm... Akupun baru tahu tentang ni... Aku berniat hendak mencuba...

    • Mayonaise sebagai conditioner = Yang ni pun aku baru tahu. Rupanya mayonaise bukan saja sedap malah boleh mencantikkan rambut... Hehehe... Caranya, bubuh mayo pada rambut (macam pakai conditioner), biarkan selama 5 minit kemudian bilas. Rambut akan kelihatan lebih lembut dan bersinar. Yang ni dah cuba... Memang betul.... Ooopppsss... Sekali seminggu saja tau. Nanti kepala berbau mayonaise pula... Hahahha... Gurau saja....

    • Elakkan klorin = Jika hendak berenang (di kolam renang atau laut [mempunya kadar garam yang tinggi]), pakailah pelindung kepala.

    • Jangan mencuci rambut terlalu kerap = Cuci rambut 2-5 hari sekali pun sudah memadai. Tapi kena bergantung kepada jenis kulit kepala juga. Contohnya kulit kepala yang berminyak macam aku mahu tak mahu kenalah cuci rambut hari-hari. Paling tidakpun selang sehari. kalau tak, rambut akan mudah gugur disebabkan oleh minyak yang berlebihan di kepala. huhuhu... Jadi, pandai-pandailah pilih syampu yang tidak memudaratkan. pilihlah syampu yang lembut dan sesuai.  Contohnya "daily syampoo"... Nanti rambut terlalu kering pula... Rambut kering mudah terbelah tau...

    • Hindari kepanasan yang melampau = Jangan gunakan blow dry (baru saja kena hari tu > time gunting rambut. Haizzzzz....). Keringkan rambut secara alami contohnya halakan rambut basah ke arah  kipas angin atau usap perlahan-lahan dengan towel lembut. Selain tu, jangan biarkan sinaran matahari terkena secara terus pada rambut. Seboleh-bolehnya, gunakanlah pelindung (contohnya: payung / topi.. etc). Rambut kering punca rambut bercabang wooo... 

    • Sentiasa periksa kelembapan rambut = Kekalkan kelembapan rambut kerana rambut yang kering tu rapuh dan mudah putus. Bila putus, bercabanglah jawabnya. Jadi sentiasa pastikan rambut anda lembab dan sihat. Sapukan pelembab rambut yang sesuai dan buatlah treatment secara berkala untuk memastikan rambut sentiasa sihat. Gunalah produk-produk penjagaan rambut yang terbaik termasuk suplement khas untuk rambut dan yang paling penting, pemakanan yang sihat juga baik untuk rambut.

    Kalau mahu rambut yang cantik dan sihat, manfaatkanlah semua tips tu... Aku dah start jaga rambut ni.... Kamu bila lagi?...






    P/S : Rambut tu mahkota wanita....

    Wednesday, 27 October 2010

    Wanita & Haid




    Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

    Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

    Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

    Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

    Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

    Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

    Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

    Abnormal semasa haid dan cara mengatasi

    Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

    1. Dismenorea

    Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
    Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

    2. Menoragia

    Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

    3. Amenorea

    Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

    4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

    Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

    5. Sindrom prahaid

    Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

    Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

    Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

    Payu dara - ketegangan, bengkak

    Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

    Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

    Kurang kencing

    Kulit berjerawat


    Kenalpasti Sindrom

    Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).

    Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.

    Kaedah rawatan


    Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:

    Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.

    Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.

    Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.

    Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas.

    Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:

    Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit

    NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

    Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol

    Hormon

    Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.

    Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.

    Analog GnRH (suntikan agen hormon)
    Mengurangkan paras hormon estrogen

    Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.

    P/S : Maklumat paling bergunakan?... MySpace

    Wednesday, 20 October 2010

    10 Makanan Sahabat Wanita ^_~



    1. Avokado

    Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

    Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.


    2. Strawberi

    Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.

    Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.


    3. Minyak Kelapa

    Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.

    Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.


    4. Brokoli

    Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.

    Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.


    5. Kacang soya

    Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.

    Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.


    6. Yogurt

    Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.

    Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.


    7. Ikan Salmon

    Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.

    Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.


    8. Tomato

    Kandungan: Antioksida dan likopen.

    Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.


    9. Lobak Merah

    Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.

    Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.


    10. Jus Oren

    Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.

    Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari.

    P/S : Mula hari ni aku akan masukkan benda-benda ni dalam menu harian aku... MySpace
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ~* MaRkETinG

     

    Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men