![]() |
-Google- |
~ Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli untuk membuat perbandingan harga yang ditawarkan.
~ Senaraikan nama dan harga barangan yang hendak dibeli. Ia dapat mengekang nafsu berbelanja. Ingat! Beli yang benar-benar perlu dan penting saja.
~ Jika tidak dapat mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-eloknya bawalah teman yang boleh membantu untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
~ Gunakan bakul jika barang yang dibeli tidak banyak. Elakkan menggunakan troli kerana ia akan memancing anda untuk membeli yang bukan-bukan.
~ Pastikan barangan keprluan bulanan dibeli mencukupi untuk mengelakkan selalu ke pasar raya yang akan menjejaskan jadual belanjawan.
~ Bagi mengelakkan diri "tergoda" usahlah berlegar di tempat barangan yang tidak diperlukan. Menghalalah terus ke tempat barang-barang yang diperlukan (hendak dibeli).
~ Catatkan setiap perbelanjaan agar dapat memantau aliran keluar wang.
majalah wanita (ringgit & sen)
P/S : Gaji dah masuk!... Tapi kena berjimat-cermat. Huhuhhh...
14 comments:
Morning... Nampak mudah utk kata berjimat berbelanja tapi bila dah sampai supermarket sumer benda rasa nak beli. Cadangan artikel Majalah Wanita tu memang bagus cuma...untuk praktikkannya memerlukan kesabaran juga. Bila meninjau harga terlampau lama, bila bawa rakan tersilap bawa yg memang kaki belanja, bawa senarai barangan tapi ditambah2 masa dah tiba di kedai...ish3
http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/pendengki-adalah-pengecut.html
@Abang Long
LMC ni mcm tak ingat dunia bila membeli-belah. Petua yg LMC amalkan adalah, hanya membawa wang cukup2 untuk beli barang yg diperlukan.. ^^
bagus tips ni..tp selalu tak menjadi sbb biler smpi jek kat market semuapon nak beli...
Memang selalu niat dr rumah mahu berjimat jermat...tapi bila dah sampai sana terutama bawak budak2 mesti ada tersalah sasar...hehehe
@anne
tu la pentingnya buat list barang yg nak dibeli. tp tips paling brkesan, bawa duit cukup2 jer. gerenti tak melalut beli brg2 yg tak perlu... ^^
@Alin Marlini
Yupp, alin... Yg ini LMC memang tak boleh nk kata apa. huhuhh...
yang penting jgn bawak kredit kad.. dan bawak duit cukup2..
@mykhalis
setuju sangat dengan mykhalis....
huwaaa..
walaupun jimat2, tp still rse duit mengalir cam air..huhu.. ='(
saya bawak duit cukup2... then bila x cukup cucuk ATM pulak.. hahaha... planning berjimat x pernah jadi...huhuhu
saya selalu amalkan tip no. 2 tu. tapi kadang2 pandai jg tersasar drp list hahaha
@syufaa
Hahahaaa... Lebih baik sembunyikan duit if mc tu... ^^
@Jawahir Madeaming
LMC pernah pergi beli barang smpai tak cukup duit nak bayar. Nasib baik ada kad debit..
@MyGamanBorNeo
Teguhkan pendirian.. konon... mcm la sndiri tak mcm tu.. hahaaa...
Post a Comment