Saturday 30 October 2010

Amalan Harian Yang Menyebabkan Kita Jatuh Sakit


Kebanyakan kita berkongsi satu tanggapan iaitu kita cukup sihat sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanggapan inilah kadangkala membuat kita terlepas pandang banyak tabiat harian boleh menjadi penyumbang kepada penurunan tahap kesihatan.

Antara beberapa tabiat harian yang boleh membuatkan kita sakit:



* Menggunakan tuala dapur yang sama setiap hari - Tahukah anda, dapur adalah tempat paling kotor dan banyak kuman berbanding tandas?

Kajian Kebersihan Rumah Antarabangsa mendapati, secara global, kain lap dapur adalah `peralatan' rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman.

Lebih 89 peratus rumah di seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, manakala 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Di Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.

Menurut Pengerusi Majlis Kebersihan Asia, Dr Christopher Lee, keputusan terperinci kajian menunjukkan bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah Escherichia coli (E coli) yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah.

Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan diletakkan di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah.

Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.

Sebaik-baiknya, kita perlu menggunakan kain lap berbeza untuk mengelap tangan dan dapur. Malah, kain lap ini perlu dibasuh dan ditukar setiap kali selepas memasak untuk membendung pembiakan bakteria E coli yang biasanya menjadi penyebab keracunan makanan.



* Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas - walaupun anda mencuci tangan di dalam tandas, anda harus membersihkan tangan sekali lagi sebelum meninggalkan kawasan tandas dan lap hingga kering. Tahukah anda, tangan boleh menjadi ejen penyebar bakteria paling cepat dan berkesan?

Kita juga perlu mencuci tangan sebelum mengambil makanan. Walaupun disediakan senduk, anda harus mencuci tangan terlebih dulu bagi mengurangkan risiko jangkitan makanan kerana bakteria Staphylococcus epidermis (S epidermis) dan S aureus hidup di atas kulit kita.

Dua lagi bakteria yang sangat dekat dan kerap menimbulkan masalah kesihatan ialah E coli dan salmonella. Untuk mencegah jangkitan, cuci tangan dengan sabun dan bilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kekotoran dan organisme berbahaya.

Kebanyakan orang (80 peratus) mempunyai bakteria S epidermis, manakala 20 peratus lagi membawa bakteria S aureus, terutama yang mengalami masalah ekzema.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 30 peratus kematian di dunia ini disebabkan jangkitan bakteria akibat tahap kesedaran kebersihan yang rendah, terutama di negara membangun.



* Jarang menggantikan cadar dan sarung bantal - Cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekerap mungkin. Secara purata setiap orang `membuang' 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam dan berpeluh sehingga satu liter setiap hari walaupun tidak melakukan apa-apa. Sel mati ini berkumpul pada sarung bantal dan cadar yang mengalu-alukan kedatangan serta pembiakan hama debu.

Kajian menunjukkan berat tilam bertambah dua kali ganda dalam masa 10 tahun. Pertambahan ini disebabkan pengumpulan rambut, sisa `buangan' daripada badan, bulu haiwan, fungus dan kulat, bahan kimia, habuk, serat, hama debu, serpihan anggota serangga dan pelbagai bahan lain.

Dalam masa lima tahun, 10 peratus daripada berat tilam sebenarnya adalah berat hama debu dan bahan ini yang kita sedut setiap kali bernafas ketika tidur malam.

Benda ini boleh menjadi pencetus kepada serangan asma. Di sini pentingnya penggunaan cadar dan sarung bantal kerana ia boleh menjadi `penapis' kepada semua benda yang disenaraikan di atas daripada berkumpul pada tilam dan bantal.

Ini sebabnya kita disaran menukar sarung bantal dan cadar tilam sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Lebih baik jika ia dapat ditukar lebih kerap atau setiap minggu.

Amalan orang dulu yang menjemur bantal juga ada manfaatnya kerana ia bukan saja menghilangkan bau peluh, tetapi dapat membunuh hama.


* Tidak menutup mulut ketika batuk atau bersin - Ini antara cara mudah untuk menyebarkan virus yang menyerang saluran pernafasan. Menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin boleh mencegah orang di sekeliling anda mendapat jangkitan yang anda hidapi.

Ia penting jika anda tinggal serumah dengan kanak-kanak kecil berumur kurang dari dua tahun atau orang tua melebihi 65 tahun kerana daya pertahanan badan mereka lemah.


* Tidak mengamalkan kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik - Ketika menyediakan makanan, kita perlu kerap mencuci tangan, terutama apabila memegang bahan mentah seperti ayam dan daging. Gunakan pisau dan papan pemotong berbeza untuk makanan mentah dan masak.

Makanan perlu diisi dalam bekas bertutup sebelum disimpan di peti sejuk untuk mengelak jangkitan silang. Bagi makanan yang disimpan pada suhu bilik (atas meja), sebaik-baiknya ia tidak dibiarkan melebihi dua jam kerana selepas tempoh ini bakteria boleh membiak dalam makanan anda.


* Cintakan manis dan masin - Ada orang berasa hidupnya tidak lengkap jika tidak minum teh tarik atau kopi susu. Satu ketika dulu, seorang pakar fisioterapi pernah mencetuskan kegemparan apabila membuat kenyataan bahawa teh tarik boleh menyebabkan strok?

Memang teh tarik bukan penyebab strok tetapi jika diambil setiap hari dan kita meneruskan gaya hidup tidak aktif, kandungan gula berlebihan di dalam teh tarik disimpan sebagai lemak yang menyebabkan masalah kegemukan. Daripada kegemukan ini bermulanya cetusan masalah kesihatan lain, termasuk strok.

Sesetengah orang pula suka makanan masin, termasuk snek, kerepek dan keropok. Tahukah anda, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah yang secara tidak langsung mendekatkan kita dengan penyakit jantung?



* Terlalu banyak makan tetapi kurang minum air - Kekurangan air menyebabkan badan mengalami dehidrasi. Ia juga boleh menyebabkan kita keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini membuatkan kita makan lebih banyak sehingga melebihi keperluan harian.

Ramai yang merungut berat badan bertambah walaupun mendakwa kurang makan. Jadi, setiap kali anda terasa hendak makan, minum segelas air masak kerana ia mungkin isyarat badan mahukan air, bukan makanan.


* Terlalu banyak menonton televisyen - Duduk rehat di depan televisyen menjadi agenda wajib bagi masyarakat kita dan ia tidak lengkap tanpa kudapan.

Makan sambil menonton televisyen menyebabkan kita tidak sedar pertambahan kalori berlebihan. Perkara ini menyumbang kepada peningkatan statistik kegemukan dan obesiti di negara kita.

Bukan tidak boleh menonton televisyen, tetapi jangan jadi penonton statik. Lakukan pergerakan seperti berjalan setempat selama anda menonton rancangan kegemaran.

Disiplinkan diri anda supaya tidak makan di depan televisyen kerana ia boleh menyebabkan kita menjadi gemuk dan tua sebelum waktunya.

P/S : Kebiasaan yang memudaratkan... MySpace

Friday 29 October 2010

10 Handphone Dengan Sambungan Internet Terpantas


Berikut adalah senarai 10 Handphone terbaik edisi forbes dalam kemampuannya mengakses internet dengan pantas.



ASUS P565


BLACKBERRY BOLD


HTC IMAGIO


iPHONE


PALM PRE


SAMSUNG 360H1


SAMSUNG JET


SAMSUNG OMNIA HD


SONY SATIO


TOSHIBA TG01 (stf)

P/S : Aku suka SONY SATIO... MySpace

Thursday 28 October 2010

Fakta Tentang TELUR



* Setiap butir telur mengandungi 17 000 bukaan pori-pori pada permukaannya. Melalui pori-pori ini, telur dapat menyerap aroma dari benda-benda lain yang ada di sekitarnya.

* Telur lebih mudah rosak jika dibiarkan terdedah di luar selama sehari berbanding disimpan selama seminggu di dalam peti sejuk

* Telur yang sudah berusia seminggu atau dua minggu lebih mudah dikupas kulitnya sesudah direbus

* Untuk mengetahui samada telur sudah matang atau belum, putar telur di dalam semangkuk air. Jika ia dapat berputar dengan mudah, telur itu memang sudah matang.

* Kuning dan putih telur paling mudah dipisahkan semasa ia berada dalam keadaan sejuk

* Putih telur akan kembang dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik kira-kira 20-30 minit sebelum dipukul

P/S : Wahh... Putih telur akan kembang dengan cepat kalau dibiarkan pada suhu bilik sebelum dipukul? Akan dipraktikkan... MySpace

Wednesday 27 October 2010

Wanita & Haid




Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

Payu dara - ketegangan, bengkak

Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

Kurang kencing

Kulit berjerawat


Kenalpasti Sindrom

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.

Kaedah rawatan


Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:

Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.

Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.

Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.

Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas.

Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:

Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit

NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol

Hormon

Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.

Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.

Analog GnRH (suntikan agen hormon)
Mengurangkan paras hormon estrogen

Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.

P/S : Maklumat paling bergunakan?... MySpace

Tuesday 26 October 2010

~ Kiss... Kiss~



Mungkin tidak baik memperkatakan tentang orang lain. Tetapi sebagai insan yang berpijak di bumi yang sama, sekali-sekala hak untuk saling memperbaiki tidak menjadi satu kesalahan. Lunch time.. Aku dan Beth seperti biasa akan keluar membeli buah terlebih dahulu sebelum makan tengah hari. Dalam perjalanan balik tu, tanpa disangka-sangka mata kami dijamu dengan aksi agak panas sepasang merpati sejoli yang sedang menjamu selera di Burger King >>[Mulanya tak nak sebut nama tempat. Takut kalau-kalau ada teman or orang yang berkenaan terbaca di sini. Tapi bila difikirkan kembali, untuk apa aku takut jika niat aku ni benar-benar ikhlas untuk memperbetulkan. Bukan hanya mengata...]

Dua merpati sejoli yang aku sebutkan tadi tu menjamah burger "berlaukkan" ciuman. Ciuman tu pula bukannya seperti ciuman seorang ibu di pipi anaknya tetapi ciuman erotik! OMG... Apa jadi dengan manusia zaman sekarang ni?... Perlakuan sulit seumpama itu seharusnya dilakukan secara tertutup. maksud aku, bukan di depan khalayak ramai. Aku bukannya berfikiran kolot atau seorang yang tidak mahu menerima perubahan, tapi perbuatan itu seakan-akan menunjukkan betapa tipisnya nilai moral seseorang itu. Ini era moden. Tapi tidak bermakna tatasusila dan budaya ketimuran yang kita pegang itu kita lepaskan. Bukankah kita masih bermastautin di sini....? Jangan dijajah oleh budaya negara luar. Akhlak yang baik mencerminkan siapa kita sebenarnya.


P/S : Aku pula yang malu tengok diorang macam tu... Apapun, cantik tak gambar di atas tu?... -sekadar gambar hiasan saja... hehehe... MySpace

Monday 25 October 2010

Monday punya Story...




Jam 7.27 pagi aku sampai di office. Seperti biasa, aku akan menutup lampu di luar office, pasang lampu dan aircond di area tempat dudukku. Di atas rak bahagian belakang tempat aku duduk terdapat 5 set Operation & Maintenance Manual yang perlu di-"bind"kan. Aku photostate benda ni pada hari jumaat lepas(hari aku MC). Nampaknya yang empunya benda ini tetap juga menunggu aku. ^__^. Sometimes aku rasa pelik bila perkara-perkara mudah dan remeh diserahkan kepada aku sedangkan aku sendiripun ada kerja yang perlu disiapkan.. Mungkin sudah menjadi 1 kebiasaan... >_<.. Satu hal yang disenangi oleh semua staff, ms perfect bercuti hari ini dan esok. Benar-benar mendamaikan...
Sebaik sahaja Sista Weii sampai, aku menyerahkan surat sakit kepadanya. Bimbang dia tolak cuti tahunan aku. Negatiflah jawabnya... ^_^...
Hari ni berjalan macam biasa. Agak sibuk juga.. Sebelah petangnya ada taklimat serba ringkas tentang tender. Kali ini ada banyak dokumen tender yang perlu dilengkapkan sehingga kerja-kerja terpaksa diagihkan mengikut kepakaran masing-masing. ^_^...
Aku "bercengkerama" dengan BQ (tender) sehingga pukul 6.30 petang. Tayar kereta Co pula pancit. Dalam hujan dia menukar tayar keretanya. Huhuhu... Kesian...

P/S : Tak sempat tolong Co. Time aku datang semua dah selesai... Uhuhuh...

Friday 22 October 2010

Aduhai... Fungus! (Kisah Alergik Sabun)




Baru saja hendak sembuh, gatal-gatal dah menyerang semula. Bila aku belek, terdapat pula ruam-ruam air yang tak timbul (Mungkin dalam gambar tu tak nampak sangat ruam-ruamnya ^_^. Tp memang dah gatal gila masa tu. Tengok sajalah, tapak tangan sudah bertukar menjadi merah ->terlalu digaru)). Memang sah, tangan aku kena jangkitan fungus lagi. Salah aku juga.. Berdegil nak pegang "benda alergik" tu... Aku tak mahu fungus ni melarat, so aku belilah krim sapu anti-fungal sebagai langkah awal untuk mematikan anak-anak fungus.


Dulu aku guna krim ni >> CREOBIC CREAM. Dua tube habis aku pakai. Tak juga berkesan. Malah semakin melarat pula. Sampai last sekali sebelum aku pergi ke klinik tu, tapak tangan aku berlubang-lubang dek fungus. Fungus jenis ni memang makan isi punya. Aku sendiripun rasa geli hendak tengok tangan aku waktu tu.. huhuhu...



Bimbang perkara yang sama akan berlaku, akupun bercadang mencari krim anti-fungal yang lain. Sedang tercari-cari tu, datang pula seorang pembantu farmasi (perempuan) mengesyorkan supaya aku membeli CREOBIC GOLD. Menurutnya, krim yang ini lebih "power" daripada CREOBIC CREAM tu. Akupun belilah krim tu tanpa banyak soal.. Dekat hujung box krim tu ada disebut rawatan selama 7 hari berturut-turut. Akupun mula menyapu krim tu ke telapak tangan & celah-celah jari. Agak pedih sedikitlah mulanya tapi kutahan juga dengan harapan tangan aku akan cegera sembuh. Hari kedua aku menggunakan krim tu makin gatal pula. Lepas tu kulit mengelupas dan berair. Ruam-ruam pula semakin merebak ke tepi.





Dengan cemas aku menghubungi kakakku untuk meminta dia menghantar aku ke klinik. Aku terpaksa meninggalkan kerja yang bertimbun di atas meja untuk ke klinik. Aku berjanji pada Sista Weii untuk datang semula ke office selepas berjumpa doktor. Malangnya, aku terpaksa mungkir janji kerana doktor tu memberi aku MC dua hari. huhuhuh....



Inilah ubat yang doctor tu berikan : DHATIFEN (alergik), CHLORAMINE (gatal-gatal) dan injection untuk antibiotik di pangkal lengan. Sakitnya... >> Ngilu sampai keesokan hari... :(

Pagi Sabtu : Tangan sudah tidak gatal lagi dan semakin kering. Aku sudah boleh menggerak-gerakkan dan menggenggamkan tapak tanganku. Aku sudah tidak sabar untuk melihat tangan aku pulih seperti sediakala. Kadang-kala bila aku menghulurkan wang ketika aku membeli barang, cashier tu seakan geli untuk mengambil wang dari tanganku bila melihat keadaan tanganku yang menggelupas dan kemerahan serta berkuping-kuping. Huhuhu... Mahu sahaja aku menjerit padanya mengatakan "dermatitis" ini tidak berjangkit melalui sentuhan... huhuhu... Tapi aku biarkan sahaja... DIA yang maha mengetahui...





Perkembangan positive! Sudah semakin baik.... Dalam bulan ni saja aku keluar masuk klinik sebanyak empat kali atas sebab yang sama > ekzema. Dua kali juga aku diberi injection. Aku tak mahu lagi mengulangi semua ni. Aku hendak tunggu tangan aku benar-benar sembuh dulu baru aku "berjinak-jinak" dangan pinggan dan baju kotor. Buat sementara ni aku perlu mengenakan "glove" bila menyentuh semua jenis sabun.. sabun mandipun doktor syorkan aku guna sabun bayi dulu. Aku jadi bayi kembali.. ^_^

P/S : Aku menjadi PRINCESS sementara. Nasib baik Co begitu understanding dengan memasak, mengemas rumah, membasuh pinggan dan baju aku sekali... Ngeee.....

Thursday 21 October 2010

..Tidak Bertanya Kepada Tuhan..





Arthur Ashe, Seorang Pemain Tenis Legenda dan pemenang Wimbledon sedang mengalami masa-masa kritikal karena jangkitan AIDS yang dia dapatkan dari pemindahan darah sewaktu melakukan pembedahan di hatinya.Dia mendapatkan simpati dari seluruh peminatnya di seluruh dunia, dan salah satu surat yang dia terima berbunyi : “Mengapa Tuhan memberikan kamu penyakit seburuk ini ?”.

Kemudian Arthur Ashe membalas suratnya :

“Di dunia ini — ada 50 juta kanak-kanak yang mulai belajar tenis, 5 juta yang belajar tenis secara rutin,

500.000 orang belajar secara profesional, 50.000 orang yang ikut pertandingan tenis,

5.000 di antaranya berhasil ke Grand Slam, 50 orang yang berhasil ke Wimbledon,

4 orang yang ke semi final, 2 orang yang berhasil ke babak Final,

Ketika Saya merayakan kemenangan dan memegang Piala Wimbledon, SAYA TIDAK PERNAH BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?.

Dan hari ini walaupun sakit, SAYA TIDAK SEHARUSNYA BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?.

P/S : Jangan persoalkan apa yang Tuhan sudah berikan kepada kita.. Terima sahaja dengan hati yang rela... MySpace

Wednesday 20 October 2010

10 Makanan Sahabat Wanita ^_~



1. Avokado

Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.


2. Strawberi

Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.

Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.


3. Minyak Kelapa

Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.

Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.


4. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.

Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.


5. Kacang soya

Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.

Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.


6. Yogurt

Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.

Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.


7. Ikan Salmon

Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.

Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.


8. Tomato

Kandungan: Antioksida dan likopen.

Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.


9. Lobak Merah

Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.

Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.


10. Jus Oren

Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.

Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari.

P/S : Mula hari ni aku akan masukkan benda-benda ni dalam menu harian aku... MySpace

Monday 18 October 2010

Kata Kata Motivasi Dari Tokoh-Tokoh Terkenal




Swarmi Sivanada
'Jika Anda selalu berpikir tentang Kegagalan, maka Anda akan mendapatkannya. Milikilah Pikiran positif dan kuasailah Pikiran Anda dengan Rasa Percaya Diri dan Keyakinan. Inilah cara untuk mempertegas tindakan, Cara untuk memperkaya prestasi dan Cara menghidupkan pengalaman'.


John Wolfgang Von Goethe
'Orang Harus berjuang untuk mendapatkan apa yang diinginkan tetapi tidak ditemukan pejuang tanpa kesalahan dan kegagalan'.


Anthony Robbins
'Kejayan merupakan hasil dari keputusan matang, dan kematangan itu biasanya dihasilkan dari pengalaman yang terkadang penuh kegagalan'.


George B. Shaw
'Ketika Anda melakukan sesuatu dan gagal, maka kegagalan itu bukan saja akan membuahkan kejayaan tetapi yang pasti kegagalan itu lebih berguna dibanding anda tidak melakukan apapun'.



Brian Tracy
'Anda boleh belajar bagaimana mewujudkan kejayaan dari 'kegagalan, sebab hampir tidak ditemukan kejayaan tanpa kegagalan'.



Elbert Hubbard
'Kesalahan terbesar yang boleh dibuat oleh manusia didalam kehidupannya adalah terus menerus mempunyai rasa TAKUT bahwa mereka akan membuat kesalahan'.



Hugh Downs
'Orang yang bahagia bukanlah orang yang hidup di suasana tertentu, melainkan orang dengan sikap-sikap tertentu'.



Alexander Pope
'Semua orang tidak perlu menjadi malu karena berbuat kesalahan, selama dia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya'.




Andrew Jackson
'Musuh paling utama didunia adalah KETAKUTAN dan KEBIMBANGAN, Teman yang paling setia hanyalah KEBERANIAN dan KEYAKINAN yang Teguh'.




Benjamin Franklin
'Semua yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu'.



Winston Churchil
'Kejayaan adalah kemampuan anda mengatasi kegagalan tanpa kehilangan semangat untuk mencapai kejayaan'.



James F. Byrnes
'Penuhi pikiran anda dengan keinginan untuk meraih peluang masa depan dan jangan biarkan pikiran anda dirasuki virus ketakutan terhadap masa depan dengan cara menghindari kegagalan'.



Earl Nightingale
'Anda tidak memerlukan sesuatu yang baru untuk berjaya, kecuali memerlukan cara baru yang lebih baik dalam menggunakan apa yang sudah anda miliki'.


P/S : Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya... MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men