Monday 28 February 2011

Segmen : Saya & Nama Blog




Princess tag aku lagi.. Memang dia sudah ketagih tag-mentag contest/GA ni... ^^. Tak menjadi masalah bagi aku coz aku memang suka contest/GA. Balik-balik cakap ayat ni... Ngeee...   Sila klik di sini untuk melompat ke page tuan punya segmen.. Syarat-syarat ada dalam tu..

URL Blog aku http://kodoutulu.blogspot.com/..Perkataan ini aku ambil dari bahasa Dusun/Rungus [salah satu etnik di Sabah.. Maklumlah... aku ni kan anak jati Sabah  ^^]. Perkataan tu membawa maksud keras kepala. kodou = keras, tulu = kepala. Pasal apa aku pilih URL ni?.. Pasal aku memang keras kepala dari dulu lagi... kwang3..... Oopppsss... Tak adalah... Sekadar mahu buat kelainan.....Hahaa...
Okey.... Nama Blog : LennMommaChubby Punya Blog... Dan yang berikut ni adalah penjelasan untuk nama blog tersebut... Lenn = nama panggilan untuk aku...  Momma = seorang ibu....  
Chubby = memang chubby la... apa nak dikata... -_-

Aku tag kawan-kawan blog yang sama coz diorang mesti buat kalau kena tag... 
(jangan marah balik-balik aku tag kamu k......^^)










P/S : Busy-busy macam ni, inilah n3 segera yang dapat aku buat... 

Sunday 27 February 2011

LuAHaN RaSa ^_^











P/S : N3 yang ni pun dekat sejam baru dapat post... Slow gila la line sekarang ni... ermm...


Saturday 26 February 2011

* Contest Gambar Aku & Kereta *



Yuhuuu.... Contest lagi tau... Princess tag aku join contest ni. Sejak dia mula join contest/GA, dia asyik tag aku... Tapi aku suka....^^. Dan aku memang buat punya... Baiklah.... terma dan syarat-syarat contets serta hadiah-hadiahnya ada dalam  Blog Budak Separa Matang. Dia ni lah tuan punya contest   ^__^



 Aku tag >> Beth, Mrs.MyGamanBorneo, Jue, & Wen

Good Luck semua.... ^^,..









P/S : Gambar lama... Tahun lepas punya.. Itu saja gambar aku dengan kereta...

Friday 25 February 2011

ALaHaN TeRHaDaP MaKaNaN


Aku dapat imej ni dari Google tapi memang macam ni lah keadaan tangan aku pada tahap kritikal... ^^

Sejak 28hb Jan yang lepas, tangan aku bertukar jadi tak sihat. Apa tidaknya kalau aku bantai seafood time company punya annual dinner hari tu. Tak ada pilihan lain.. Semuapun seafood... Aku tak makan banyak.. Tapi kalau dah memang alergik tu makan secubitpun memberi kesan juga kan... Ditambah pula dengan kerajinan aku [perasan gila...^^] membuat kerja-kerja rumah (cuci pinggan, basuh kain -yang berkaitan dengan sabun), maka makin terbongkarlah isi-isi telapak tangan aku ni. Huhuhhh..  Okeylah... Hari ni aku hendak cerita pasal alergi atau alahan makanan setelah sekian lama aku asyik buat n3 tentang GA/contest saja.. ^^..

_ ...._...._...._...._...._...._

Alahan / alergi makanan merupakan tindak balas yang kurang baik (advers) terhadap komponen atau protien tertentu yang terdapat dalam sesuatu makanan tu. Alahan akan di tunjukkan melalui 4 keadaan iaitu intolerans terhadap makanan, sindrom gangguan usus, tekanan fizikan dan keracunan makanan.


GEJALA :
~ Tekak terasa gatal
~ Sakit perut
~ Loya
~ Muntah
~ Anafilaksis (boleh mnyebabkan kematian)
~ Kejang otot perut
~ Gatal-gatal / urtikaria
~ Penyumbatan ronggah hidung / hidung berair
~ Angioederma pada kelopak mata dan bibir
~ Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
~ Sesak nafas


RAWATAN:
Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan yang khusus. Krim penyaman akan disapu untuk melegakan ruam dan gatal-gatal. Manakala gejala yang teruk memerlukan rawatan khusus dengan kortikosteroids.


LANGKAH MENGATASI YANG BOLEH DIAMALKAN:
~ Elakkan makanan yang mendatangkan alahan.
~ Mengenalpasti semua jenis ramuan dalam makanan sebelum mengambil makanan tersebut untuk mengelakkan bahan alergen.




Sumber : Info Kesihatan (21/12/2009)




P/S : Janji tak makan C-fud lagi...  -_-


Thursday 24 February 2011

"Saya nak join Bloglist Nelly The Strange"



Memang betul-betul pantang kena tag la aku ni... ^^ ... Yang ni, Beth tag aku. Bila dah kena tag, mesti kena buat. Lambat atau cepat tu belakang kira. Yang penting ada... Wokeyyy... Syarat-syaratnya adalah (aku copy & paste saja) : -
  1. Copy BANNER yang Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry ini.   >done..
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk :    >done..
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange"     >done
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow ye . .    >done..
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool      >cool  ^^..
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.     >done..
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011    >noted
  8. Tag dekat 3 orang ok  . .    >Jue   >Princess   >Wen  








P/S : Perasan tak kadang-kadang aku asyik tag orang yang sama saja?... Hehehe... Bcoz aku tahu diorang mesti buat punya if kena tag... kwang3...



Mak Dara 1st Giveaway!!




Kali ini me220784 tag aku secara rasmi. Tangan aku dah gatal dari awal pagi nak buat n3 tapi ada sedikit kerja yang aku kena siapkan. 1st GA MAK DARA ni uniklah (sila klik untuk syarat-syarat GA). Dia minta tajuk drama. Dalam bab-bab macam ni aku memang lembam sikit... Aku tulis sajalah apa yang terlintas di fikiran aku. Aku terlalu minat dengan cerita yang berunsur seram dan misteri. Maka tercetuslah tajuk ini... Memandangkan aku hanya mampu bagi tajuk, jadi aku bagi menarik sket lah appearance tajuk ni... Letak background picture... hehehe....
  
"ketika bulan separa penuh"

Aku bagi tajuk saja tau. Tak pandai  tulis sinopsis menarik seperti mana yang si me220784 dah buat tu. Hadiah untuk GA ni teramat-sangatlah menarik. Berbaloi-baloilah kalau dapat. [klik di sini untuk melihat hadiah-hadia GA... Da seperti biasa, kalau dah join contest or GA kenalah tag kawan-kawan lain untuk join pula kan....? So aku tag Beth, Wen & Princess.. (Wahai... Princess, inilah masanya... Jom! ^^)








P/S :  Aku ni pantang kena tag... hehee

Wednesday 23 February 2011

CONTEST JIKALAU AKU DORAEMON...



Kan dah cakap aku suka contest/GA... hehehe... Janganlah bosan kalau akhir-akhir ni n3 aku asyik contest/GA saja yaaa... ^^. Tuan punya contest (IKA) telah meninggalkan comment pada salah satu n3 contest/GA yang aku join. Dia ajak aku join dia punya contest pula. Inilah hasilnya.... Syarat-syarat contest ada di sini.



Heheheeee... Aku tag Beth (saja nak kenakan dia... hehe), Wen & Zeah... Dengan ucapan "korang carilah idea yg kreatif-kreatif coz Tarikh Tutup contest ni jatuh pada 31 Mar 2011. Ada banyak masa lagi.."..





P/S : Harap-harap aku tak keluar tajuk contest la yerr... huhuhh...




Monday 21 February 2011

"GiveAway EdY : KATA KAU! "



Okey peeps..... Ada GA lagi.... Ni GA kedua EdY yang aku join. Aku memang suka GA or Contest. Jom tengok syarat-syarat GA ni di sini
Dah check syarat-syarat GA tu?.. Mudah saja kan?.... ^^, 
Aku tag Beth coz dia suka sangat tag aku if dia join GA / Contest.


Dan aku pilih gambar ni coz bagi aku ia mempunyai nilai sentimental...
...Suatu ketika dulu, aku pernah berjasa... Pengorbananku tidak ternilai harganya...

 (Tepat 10 Patah Perkataan)






GooD LucK aLL..... !!!!!!







 P/S : Hari Contest & GA.... ^^




SmileY BaggY GiveawaY




Tadaaaa... Ada GA.... ^^... Ditag dengan jayanya oleh si Beth. Aku memang pantang kena tag.. Mesti semangat berkobar-kobar aku akan muncul (Ngeeee....). Inilah GA paling senang yang pernah aku tahu. Syarat-syaratnya tersangatlah mudah...Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang GA ni. Gambar hadiah GA pun ada dipamerkan di sana [beg tangan wooo..... hehee]. Jom join .... >> _ Jue _ Just _ Wen _ ZeahMrs.MyGamanBorneo  _ & sesiapa sahaja yang "terbuka hati" hendak join. Mari kita sama-sama memeriahkan GA ni... ^^,..
Oh! ya... GA ni akan berlangsung dari 17 FEB 2011 sehingga  17 MAC 2011. Jadi tunggu apa lagi?..








P/S : Dalam keadaan yang sibuk dengan tender, ini sajalah post yang mampu aku buat.

Sunday 20 February 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL



Yeeeehhaaaaa!!!!! Aku hendak join contest lagi... me220784 yang telah bertanggungjawab mengajak aku untuk men'join'kan diri dalam contest ni. Contest ni agak menarik kerana menjadikan gambar black & white sebagai bahan yang dibawa ke muka "pengadilan" ^^,. Hadiahnya >> RM100.00. Siapalah yang tak nak kan...?? Hehehee...

Syarat-syaratnya mudah sahaja... Seperti biasa kenalah follow si empunya contest dulu.. Kemudian, letakkan banner contest ni di side bar blog beserta dengan linknya sekali. Lepas tu buatlah entry tentang contest dan idea hadiah yang di'damba'kan sekiranya menang ^_^. Ayat tak perlulah melalut-lalut. Tuan punya contest mahu yang simple-simple saja. Lagi senang dia nak buat perbandingan... Contoh ayat ada di sini. Haaaa... Inilah syarat yang paling aku suka, tagkan 5 orang untuk join contest ni. Aku tag Beth, Jue, Mrs.MyGamanBorneo, Zeah &Wen .Tarikh Tutup 01 Mac 2011.    


Dan inilah pic yang aku pertaruhkan... 
 


 Kalau menang, aku akan masukkan terus RM100 tu ke dalam akaun anak aku sebagai tambahan wang simpanannya..



Good LucK ALL....!!!! 







P/S : Suka join contest ^^

Friday 18 February 2011

MiGrAiN


~Google~


MIGRAIN adalah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan prubahan dalam kimia otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala terjadi disusuli dengan rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. ( here.)



JENIS-JENIS MIGRAIN

1) Migrain Tanpa Aura
    - Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala
    - Pesakit ternampak bayangan bergaris-garis
    - Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
    - Berasa sangat loya ataupun muntah
    - Terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
    - Denyutan yang dirasakan amat sakit dan apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain Dengan Tanda Aura
    - Jarang berlaku
    - Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar yang kemudiannya hilang
    - Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum
      serangan. 
3) Opthalmoplegic Migrain
    - Terlalu jarang berlaku
    - Sakit kepala yang keterlaluan dan boleh menyebabkan mata jadi juling ataupun buta sementara
    - Mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (Retinal Migraine)
    - Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa hanya beberapa minit
4) Status Migrain
    - Berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
    - Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
    - Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit
      perut yang berterusan.



PUNCA-PUNCA

1. Genetik.

2. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’  menjadikan urat darah sempit dan kembang kemudian mengakibatkan rasa sakit.

3. Tekanan perasaan atau ‘stress’.

7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.

8. Cahaya yang sangat terang.

9.  Tidak cukup tidur / tidur berlebihan.

10. Letih yang keterlaluan.

11. Bau-bauan ‘perfume’ yang terlalu kuat.

12. Pengambilan pil ‘contraceptive’.

13. Haid.

14. Pengambilan pemanis tiruan.

15. Makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’.



KAEDAH RAWATAN

a) Rawatan Semasa Serangan
    - Sesetengah  kes memberikan respon positif selepas mengambil aspirin atau parasetamol yang dikombinasikan dengan ubat tahan muntah (metochorlpramide).
   - Ubatan antiradang (bukan steroid/NSAIDs) seperti diclofenac dan ibuprofen.
   - Ubatan jeni perencat (COX-2) seperti meloxicam dan etoricoxib.
   - Ergotamine digunakan bagi migrain jenis aura yang sukar dikawal. Tetapi ubat ini tidak boleh diberikan kepada penghidap penyakit kadviovaskular.
   - Sumatriptan (agonis 5-HT1) mengawal sakit kepala dan mual dalam masa yang singkat.

b) Rawatan Pencegahan
    - Rawatan ini dilakukan kepada pesakit yang mengalami lebih daripada 3 insiden migrain teruk yang berlaku setiap bulan.
    - Contoh ubatan yang diberikan:-
       a. Pizotifen
       b. Beta blocker
       c. Amitryptilline
       d. Sodium valporate
    - Ubatan tersebut mempunya kesan sampingan yang tidak baik contohnya seperti Pizotifen-meningkatkan berat badan dan Amitryptilline boleh menyebabkan sedasi (kesan tenang dan tenteram).



Sumber : www.migrain.com, www.biovco.com,
 






    P/S :  Fuhhhh... Dekat 6 jam aku buat benda ni... Huhuhu...





    Thursday 17 February 2011

    HaRi YaNg PaLiNg TeRuK


    ~Google~

    Hola.... Minta maaf sangat-sangat kepada zeah kerana tidak dapat menunaikan permintaannya semalam (n3 tentang jerawat) dan juga followers yang sudah mengunjungi aku. Maaf... Tidak ada n3 untuk hari ini dan aku tidak dapat bw... Betul-betul tidak larat. Hari ni merupakan hari yang sanagt teruk bagi aku kerana MIGRAIN aku  menggila kembali setelah sekian lama ia menyepikan diri (hampir setengah tahun). Aku kena berehat banyak-banyak untuk cepat pulih coz besok aku kena masuk kerja semula. Okey la... Jumpa malam nanti....Luv u'olls....




                                                                                                                         

    Wednesday 16 February 2011

    CaRa-CaRa MeMbAnTuTKaN PeNiNgKaTaN KaLoRi DaLaM TuBuH..


    ~Google~


    1) Setkan fikiran untuk cepat-cepat mencapai segelas air suam setiap kali teringin untuk mengudap snek.

    2) Kosongkan almari makanan dan peti sejuk. Selain menjimatkan wang, ia juga membantu menggagalkan percubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

    3) Buat sesuatu yang memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar diri sendiri ketika badan masih langsing dan pamerkan baju idaman di bilik tidur.

    4) Kerap menggunakan rempah-rempah seperti halia, lada sulah dan lada hitam yag ternyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).

    5) Tidur merupakan aktiviti yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kecenderung mengunyah makanan. Kajian yang telah dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras metabolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yang cukup.

    6) Jadilah pembeli yang bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan.

    7) Kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABC iaitu dengan menjauhkan alkohol [A], bread (roti putih) [B] dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks) [C]. Amalkan diet ini.

    8) Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan di kalangan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau berada dalam bilik yang gelap/malap. Cubalah mempercepatkan waktu makan malam dan tidur awal bagi mengelakkan  diri daripada memakan benda yang tidak perlu.

    9) Jangan sesekali 'ponteng' sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga kepada tubuh setelah tidak mendapat sumber sepanjang malam. Ia juga membantu supaya tidak mengambil makanan terlalu banyak pada waktu makan tengah hari.

    10) Pilihlah snek yang betul seperti biskut jagung tanpa gula dan buah-buahan ketika teringin mengunyah makanan.

    11) Amalkan mendengar muzik yang memberikan ketenangan pada jiwa. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yang lembut dan tenang mampu mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

    12) Kajian yang dijalankan oleh University of Switzerland menjelaskan bahawa teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dicadangkan mengambil  3 cawan sehari.

    13) Perhatikan apa yang kita makan. Ketepikan semua jenis makanan ketika menonton TV / wayang dan sedang bersantai.

    14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah untuk mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencari sumber makanan sebelum makan malam. Tapi ingat! Jangan berjalan-jalan di kompleks membeli-belah pula kerana di situ terdapat banyak kedai-kedai makanan yang cukup menggoda.

    15) Bila makan di luar, pesanlah salad, yogurt atau minuman kacang soya yang membuatkan kita cepat berasa kenyang.





    Sumber : Sihat Forum 2009.




    P/S : Peti sejuk aku kosong. Sayur dan buah saja yang ada... ^^

    Monday 14 February 2011

    AsAL-UsUL VaLeNtiNe DaY / HaRi KaSiH SaYaNg


    HaPPy VaLenTine Day!!!! Hari ini aku ingin berkongsi tentang asal usul Hari Valentine ini dengan anda semua. Tetapi sebelum itu aku terlebih dahulu memohon maaf jika ada segelintir di antara anda yang berbeza fahaman dengan aku kerana entry aku kali ini dirujuk daripada sebuah buku yang memperkatakan tentang ASAL-USUL VALENTINE DAY DARIPADA PERSPEKTIF KRISTIAN. Jadi aku berharap sangat supaya ini tidak bakal dijadikan sebagai isu perdebatan k.. Aku hanya ingin berkongsi dan tidak lebih daripada itu... Sekian dan Terima Kasih...


    ~Google~
    Valentine day yang diraikan pada setiap 14 Februari sebenarnya merupakan nama seorang pendeta yang hidup di Rom pada abad ke-3 (St. Valentine), yang ketika itu dipimpin oleh Kaisar Claudius yang sangat terkenal dengan kekejaman. Kaisar Claudius mempunyai impian untuk memiliki pasukan askar yang besar dan menginginkan semua lelaki (dewasa/remaja) di bawah pemerintahannya itu mengambil bahagian.. Akan tetapi, para lelaki enggan terlibat dalam peperangan kerana mereka tidak mahu meninggalkan keluarga dan kekasih mereka. Hal ini membuatkan Kaisar Claudius sangat marah kemudian segera membentuk satu undang-undang baru. Kaisar Claudius melarang perkahwinan kerana dia beranggapan jika kaum lelaki tidak berkahwin, mereka akan ke medan perang tanpa halangan.


    St. Valentine tidak menyetujui dasar baru itu dan menolak untuk mematuhinya. Dia masih menjalankan tugasnya sebagai pendeta dengan mengahwinkan pasangan-pasangan yang bercinta secara rahsia. Hal ini diketahui oleh Kaisar Claudius dan kaisar itu telah memberi amaran kepadanya. Namun, St. Valentine tidak menghiraukan amaran itu. Dia masih menikahkan pasangan-pasangan walaupun pernikahan itu dilakukan secara sulit.


    Pada suatu malam,  St. Valentine telah dikepung ketika sedang mengahwinkan satu pasangan. Pasangan pengantin itu berjaya melarikan diri manakala St. Valentine telah ditangkap. St. Valentine disumbat ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Di situ, dia dikunjungi rakyat yang sentiasa memihak kepadanya. Salah seorang yang paling setia mengunjungi St. Valentine adalah anak perempuan kepada pengawal penjara itu. Si ayah mengizinkan anaknya untuk melawat St. Valentine. Anak perempuan pengawal penjara itu menyakinkan St. Valentine bahawa tindakannya itu betul dan ramai yang sentiasa menyokong dan berpihak padanya. Ini menaikkan kembali keyakinan dan semangat St. Valentine.


    Pada 14 Februari iatu hari hukuman mati dilaksanakan, St. Valentine sempat menuliskan sebuah pesanan  untuk anak gadis pengawal penjara itu di atas segala perhatian, sokongan dan bantuan selama dia berada di penjara. Pesanan itu diakhiri dengan ayat : “With Love From Valentine.” Dan pesanan itu telah mengubah segalanya. Kini setiap 14 Februari pada setiap tahun, seluruh pelusuk dunia meraikannya sebagai 
    HARI KASIH SAYANG / VALENTINE DAY... St. Valentine dikenang sebagai pejuang cinta.




    Sedikit Ulasan Peribadi :   Sebenarnya Hari Kasih Sayang ni bukanlah semata-mata untuk diraikan  oleh pasangan kekasih. Ia juga boleh disambut bersama family dan sahabat-sahabat tersayang. Ia hari untuk kasih sayang.... Bukan hari untuk melakukan maksiat... Semua agama pun melarang perbuatan terkutuk tu kan... Tapi masih ramai yang tidak faham... Huhuhuhhh....









    P/S :  Ada planning dengan BETH malam ni... Miahahahaha....

    Saturday 12 February 2011

    AdA ApA DaLaM PiSaNg??..



                                                             Sumber : GOOGLE

    Siapa suka makan pisang, sila angkat tangan..... (Teruknya intro... hehehe. Tiada idea lain sudah ni...)
    Kamu tahu tak ada beberapa zat baik yang terkandung dalam pisang? Pisang yang betul-betul masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya sudah berubah menjadi glukos semulajadi membuatkan proses penyerapan serta peredarannya di dalam darah juga menjadi lebih cepat. Ini antara khasiat pisang yang aku dapat cari. [Mungkin ada banyak lagi.. Tapi ini saja yang sempat.]


    1. Sebagai Sumber Tenaga
    ~ Pisang dapat dicerna dengan mudah. Gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara pantas. Ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat. (Untuk yang menjalani hidup aktif setiap hari. Tak payah makan benda lain untuk tambahkan tenaga, makan pisang sudah memadai..)

    2. Penderita Anemia.
    ~ Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. (Yang ini aku dah cuba. Doctor tu sendiri yang syorkan untuk aku. Dulu aku menghidap anemia sel sabit).

    3. Penyakit Usus & Perut
    ~ Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai ubat untuk penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu, ia disarankan juga untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan bagi menyeimbangkan semula jumlah asid di dalam perut. (Bila perut aku berasid, aku akan makan apa saja yang penting dapat isi perut. Lain kali hendak cuba makan pisang..)

    4. Mengubati Luka Akibat Terbakar (Ni daun pisang.Bukan buah.Tak apa.Yang penting, Pisang. LoL)
    ~ Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapukan abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Ia memberi kesan yang menyejuk sehingga di bawah kulit. (Ni petua dari nenek aku... hehee...)


    5. Mencantikkan Wajah
    ~ Pisang lenyek dicampurkan dengan sedikit susu dan madu disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Basuh wajah dengan air suam, diikuti dengan membilasnya dengaN air sejuk atau ais. Wajah akan nampak sihat dan bercahaya. Jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut . (aku sedang mencuba yang ini... ^_^).

    6. Mengawal Berat Badan
    ~ Pisang juga berperanan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari mampu menurunkan berat badan. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah 1250 kalori sahaja. (Diet pisang... tak makan benda lain. Gerenti terus kurus-murus macam tiang letrik. Tapi aku tak tahan... Wuwuwuwuwu). Bagi yang hendak menambahkan berat badan, nikmati segelas ‘bana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan. Ia amat berkesan. (Macam sedap saja resepi ni... Tapi takkan aku mahu menambah lemak tepu yang menggelember ni pula kan...)






    -Dipetik daripada pelbagai jenis sumber.




    P/S : Aku mula jatuh cinta pada pisang!

    Friday 11 February 2011

    BLoG TaG GaMes DaRi Mrs.MyGamanBorneo


    ~google~

    Terima kasih kepada Mrs.MyGamanBorneo kerana dengan murah hatinya men'tag' aku. Sebenarnya akupun tiada idea hendak update blog di awal-awal pagi macam ni... Ooooooopppssss... Bukan tak ada idea, Sedang Cari Idea...hehehehee..  Soalan nampak mudah dan tidak berbeli-belit. Maka senanglah aku untuk menjawabnya...^_^ (Nasib baik 20 soalan saja).

    1. Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu.~>  Dengar radio... (dalam perjalanan ke tempat kerja).
         
    2. Dua jam yang lalu?~>  Mandi dan bersiap untuk pergi kerja...
       
    3. Anda suka~>  Masa bersama keluarga, semua yang horror-horror, pets dan cuti...


    4. Minggu lepas~>  Best... Dapat bersama dengan family sepanjang cuti CNY...


    5. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang ulang kali~>  *Melawan Kesepian (CT Nurhaliza)... *Teruskanlah (Agnes Monica)... *From This Moment (versi Shania Twain)...
       

    6. Tiga binatang yang anda tidak suka.~>  Lipan, Ular, Lipas...
       
    7. Lima fakta tentang anda.~>  *Keluarga adalah keutamaan yang paling utama... *Penderita alergik yang tegar (i hate seafood & sabun)... *Boleh menyanyi dengan key yang betul (walaupun suara tak sedap)... *Si tembam yang sedang berusaha untuk slim... *Single mother yang happy go lucky...


    8. Tahun depan mungkin~>  Bekerja di tempat lain...
       
    9. Saya tidak reti~>  Makan pakai chopstik!...
       
    10. Saya pandai~>  Menguji kesabaran orang... (kwangkwangkwang)
         
    11. Kawan saya~>  Sentiasa menyenangi saya...  ^_^ (perasan tahap dewa)
         
    12. Saya ada.~>  Seorang anak lelaki dan gerak hati yang kuat...
         
    13. Saya seorang ~> Yang gila-gila dan biasa-biasa saja.
         
    14. Adik saya~>  Saya tak ada adik.. Sayalah yang paling 'adik' sekali...
         
    15. Saya tidak pernah bosan dengan (senaraikan 4)~>  *Family... *Bercengkerama dengan internet... *Makan... *Kosmetik... (ada banyak lagi... tapi dia minta 4 saja)

    16. Bilakah kali pertama anda bercinta.~>  Waktu sekolah rendah dulu... Cinta monyet... hehe
         
    17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda.~>  Mampu kurus macam supermodel...
     

    18. Saya rindu~>  Anak dan keluarga saya... :(
        
    19. Saya tak sabar~>  Untuk bercuti lagi...
         

    20. Lima laman yang selalu anda layari.~>  *Blog... *Facebook... *You Tube... *4Shared... *Mudah.com...  


    Aku akan tag beberapa rakan blog aku. Jaga-jaga... Aku akan tiggalkan jejak dalam blog anda-anda yang berkenaan.. (Ermm... hendak tag lebih dari 3 orang boleh tak???)...







    P/S : Aku sembunyi-sembunyi buat n3 ni.. Ada seekor lil-monter sedang memerhatikan aku!

    Thursday 10 February 2011

    TiPs MeNgAtAsi / MeNaNgAni KeMaRaHaN


    Pagi-pagi lagi aku dah panas hati dengan c ms. sarang burung kasawari. Aku sibuk-sibuk dengan BQ, menyelit pula dengan kerja yang orang tutup mata pun boleh buat. Tak kan kerja macam tu pun hendak minta orang buatkan untuk dia.... Haizzzzz.... Bikin panas!!!!!... [aku mudah sangat panas coz sindrom bendera jepun...kwangkwangkwang...]        Kalau diikutkan hati, mahu saja aku berperang mulut dengan dia. Tapi aku kena sabar....  Nak tahu macam mana caranya?..... Okey... Aku share dengan anda semua............




    *  *  *  * *


    Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
    Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.



    Langkah 2 ( Teknik 10 saat )

    Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.



    Langkah 3 ( Teknik 30 saat )

    Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.




    Langkah 4 ( Teknik 45 Saat )

    Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.



     Langkah 5 ( Teknik 60 Saat)
    Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, toleransi, murah hati. tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat mudah untuk anda melihatnya. Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja dan di rumah pula tampalkan di cermin solek anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah, lihat kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahawa diri anda sebenarnya amat diharagai.


    ~> Gambar-gambar hiasan dipinjam dari si GOOGLE.







    P/S : Cara ni memang berkesan... Cuba sendiri kalau tak percaya!

    Wednesday 9 February 2011

    SeBaB WaNiTa CePaT KeLiHaTaN TuA


    Gambar Hiasan (Google)



    1. Diet Tinggi Protein

    Jika kamu mengamalkan diet tinggi protein kemungkinan besar menjadikan kamu kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini kamu menggemari daging merah cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.


    2. Minuman Berkafein

    Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk antaranya ialah ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya pula minum air enam hingga lapan gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.



    3. Makanan Tinggi Gula

    Ramai yang telah mengetahui bahawa gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi namun sebenarnya gula juga menjadikan kamu kelihatan lebih tua.. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. jadi awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.



    Sumber : Majalah Rapi 





    P/S : Sungguh menggerunkan........

    Saturday 5 February 2011

    HARI YANG BERMAKNA BUAT SI DIA...







    Hari ini kawan aku, BETH akan melangsungkan pertunangan. Sorry... Tak dapat datang. Aku masih di kampung ni... Apapun, aku hendak mengucapkan tahniah kerana sudah melangkah naik satu anak tangga lagi sebelum ke jinjang pelamin. Tahniah ya.... 
    (Naaa.... kena ikat sudah ko, beth... Ndak boleh ko lari sudah... hehehee...)
    Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang sudah dirancangkan... Berkekalan hendaknya dan diberkati TUHAN...





    Ikhlas Dari :  LennMommaChubby a.k.a Kawan ko yang paling gila-gila.



     
    P/S : Tumpang happy... ^_^

    Thursday 3 February 2011






    EpAL HiJaU BuAh AjAiB..



    Sumber Gambar : GOOGLE

    * Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh dicegah dengan zat yang terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.


    * Selain itu zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yang berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yang terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yang sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yang bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.


    * Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yang terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.


    * Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.

    * Epal juga mengandungi kandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji buah epal yang berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi daripada kandungan kebanyakan produk berasaskan bijirin. Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.




    * Selain itu, masalah sembelit yang biasanya menghantui golongan yang gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian mereka.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat untuk meredakan cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yang ingin berdiet macam aku.





              


    P/S : Mula-mula tak suka epal hijau coz masam...  hehehe                                                                                       
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ~* MaRkETinG

     

    Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men