Thursday 21 April 2011

JaM BiOLoGi SeORaNg MaNuSia NoRMaL


-Google-



Pukul 1-2 Pagi : Fasa Tidur Paling Lena
Aktiviti beberapa sistem organ tubuh direhatkan.Namun bagi ibu yang mengandung, perembesan hormon progesteron akan meningkat sehingga kemungkinan untuk melahirkan bayi pada waktu ini adalah sangat tinggi.

Pukul 4-5 Pagi : Suhu Tubuh Paling Rendah

Pukul 5-6 Pagi : Peningkatan Tekanan Darah
Hormon yang memicu rasa mengantuk akan terhenti dan tekanan darah akan meningkat dengan sangat tajam berbanding pada waktu yang lain. Produksi kortisol atau hormon stres meningkat mendadak sehingga otak tersedia untuk menjalankan tugasan harian. Walaubagaimanapun ia tidaklah sampai memicu stres yang keterlaluan.

Pukul 7 Pagi : Hormon Seks Meningkat
Peningkatan hormon seks bagi lelaki berlaku dan tak terkecuali wanita sehingga mampu membangkitkan ghairah seks.

Pukul 8 Pagi : Pergerakan Usus Lebih Aktif
Kebanyakan manusia akan membuang air besar pada waktu ini kerana pada jam ini proses semulajadi iaitu pergerakan usus lebih aktif daripada yang waktu-waktu lain. Oh! ya.... Jisim berat badan yang tepat adalah selepas membuang air besar pada waktu pagi.

Pukul 9 Pagi : Metabolisma Paling Tinggi
Waktu yang paling tepat untuk bersarapan pagi adalah sekita jam 9 kerana pada waktu ini kadar metabolisma sangat tinggi. Jadi makanan yang diambil tidak akan terkumpul menjadi lemak pada tubuh.

Pukul 10-11 Pagi : Tahap Kewaspadaan Paling Tajam
Ibarat mesin, fizikal dan mental sudah dipanaskan sepenuhnya untuk beraktiviti sepanjang hari. Tahap kewaspadaan sangat tajam dan jarang ada yang mengantuk kecuali mereka yang memang kurang tidur.

Pukul 12 Tengah Hari - 2 Petang : Hormon Stres Bekerja Kuat
Berehat seketika untuk merelekskan tubuh dan minda. Makan tengah hari di luar dapat menyegarkan semula. Biarkan tubuh terkena sedikit sinaran matahri untuk memperkuatkan lagi sistem kekebalan badan.

Pukul 3-5 Petang : Jantung Paling Stabil
Waktu yang tepat untuk bersukan. Adrenalin berada pada level yang tinggi dan denyut jantung serta tekanan darah berada dalam keadaan yang paling stabil. Ia amat sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal. Jadi tidak hairanlah

Pukul 5 Petang - 8 Malam : Proses Pembuangan Toksin
Hati berperanan untuk memproses racun-racun dalam dan menyahtoksinkan tubuh. Pembuangan toksin ini perlu dibantu dengan meminum lebih banyak air putih. Keinginan untuk mengunyah sesuatu juga meningkat kerana kemampuan tahap penghiduan dan deria rasa (lidah) lebih tinggi pada masa ini.

Pukul 8-10 Malam : Metabolisma & Pergerakan Usus Perlahan
Pembakaran lemak sangat sedikit pada malam hari kerana tidak banyak aktiviti fizikal yang dilakukan. Jadi kalau tidak mahu badan jadi gemuk macam aku, jangan makan yang berat-berat selepas pukul 8 atau makanlah dengat kuantiti yang berpatutan.

Pukul 10-11 Malam : Hormon Seks Meningkat Lagi
Jika perbandingan dibuat, libido pada malam hari tidaklah setinggi pada awal pagi kerana secara fizikal, tubuh sudah kepenatan dan memerlukan rehat. Namun peluang pembuahan atau ovulasi amat tinggi pada waktu ini berbanding pagi.






Sumber : Misteri Tubuh Manusia (Jilid IV), Edisi 2006.






P/S : Akhir-akhir ni aku suka membongkar buku-buku lama untuk dikongsikan di sini...  ^__^

Tuesday 19 April 2011

PeTuA BerAsAsKaN LiMaU


Sakit kepala? Minumlah segelas air limau ais. Sakit kepala akan beransur hilang. Bagi yang tidak gemar minuman berais, air limau juga boleh disediakan suam dan dihirup perlahan-lahan. LMC dah cuba. Memang berkesan.

Penat menyental pinggan mangkuk yang berminyak? Perahkan limau ke dalam sebuah bekas yang berisi air suam. Gaulkan dengan sabun pinggan dan mulalah mencuci pinggan seperti biasa. Kesan minyak akan tanggal dengan mudah. (Ramuan pencuci ini boleh juga digunakan untuk membersihkan microwave dan permukaan berminyak yang lain).

Ingin mencerahkan kulit? Tidak perlu berhabis wang untuk mendapatkan produk yang mahal-mahal. Sapukan perahan air limau pada wajah. Biarkan seketika kemudian bilas dengar air bersih. Air limau membantu menanggalkan sel-sel kulit mati membuatkan wajah akan kelihatan bersih dan cerah. Selain itu, Vitamin C yang terkandung dalam limau adalah vitamin yang amat baik untuk kulit.


Amalkan menambah sedikit perahan limau ke dalam minuman kegemaran anda untuk menjauhi penyakit-penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok. Kandungan catechins, antioxidant
dalam limau membantu mencegah penyakit tersebut.


Kempiskan perut buncit macam aku punya perut dengan campuran perahan limau dengan kapur. Ehemm.... Bukan kapur tulis tau, kapur yang boleh makan punya. Sapukan campuran tu pada perut dan biarkan semalaman. Lagi rajin buat, lagilah berkesan. LMC malas... Tu la pasal perut masih macam bulan mengambang penuh walaupun dah cuba petua ni...huhuhuh..

Berasa loya / mual? Cuba petua ini. Hidulah bau segar buah limau. Rasa hendak muntah itu akan hilang. Lagi satu, bagi yang selalu mabuk kenderaan tu gantikanlah botol minyak angin anda dengan sebiji buah limau.. ^^


Untuk mengelakkan kelemumur, selepas membersihkan syampu lumurkan beberapa ulas limau pada kulit kepala. Diamkan seketika kemudian basuh seperti biasa. Ini bukan sahaja mencegah kelemumur tetapi juga meninggalkan bau yang harum pada rambut anda.

Baju yang terkena minyak sangat susah untuk dibersihkan. Malah sudah dibasuh beberapa kalipun kesan minyak tetap juga kelihatan. Dun wori kerana si limau datang menyelamat. Perahkan sebiji limau ke dalam sebuah bekas dan campurkan sedikit garam. Sapukan campuran itu pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Perapkan selama 5-10 minit kemudian cuci.


Badan yang berbau sangat kurang menyenangkan apatah lagi ketika berada di tempat awam. Selepas mandi, sapukan perahan limau yang telah dicampurkan terlebih dahulu dengan tawas pada ketiak anda. Yang ini mengikut kesesuaian kulit yerr... Bagi yang rasa gatal-gatal dan tidak selesa selepas mengamalkan petua ni, sila berhenti serta-merta. Nanti ketiak korang berkudis pula... huhu... Oh yaa.... Petua ni boleh juga digunakan untuk kaki berbau.


Batuk amat mengganggu. Kadang-kadang ia akan membuatkan kita berjaga sepanjang malam. Ermm... Petua untuk ini sangat mudah. Perah sebiji limau sederhana besar(sebaik-baiknya limau kasturi) ke dalam segelas air suam. Campurkan satu sudu makan madu asli. Kacau kemudian minum.





Sumber : Majalah Wanita _ Buku Petua Warisan 1999 (edisi terhad) _  Nenek aku... ^_^
Sumber Gambar : Google






P/S : Amalkanlah petua warisan kita... ^_^


Wednesday 13 April 2011

MaKaNaN YaNg DiAmBiL BeRDaSaRKaN SiTuASi TuBuH


Gambar pinjaman dari Google.
SAKIT KEPALA
Atasi sakit kepala dengan meminum air atau memakan buah yang kaya dengan jus seperti buah tembikai. Pakar pemakanan, Stella Metsovas menerangkan bahawa air yang terdapat dalam buah tembikai serta buah lain yang seumpamanya amat baik untuk meredakan sakit kepala kerana ia kaya dengan mineral dan magnesium. Contoh makanan lain : Timun (timun lagi... ^_^), tomato, beri, dll....

STRES
Makanlah 1.4 auns coklat hitam setiap hari untuk meredakan stres. Kandungan zat di dalamnya dapat menghalanghormon kortisol dan catecholamines di dalam tubuh sehingga tekanan yang dialami akan semakin berkurangan.

LETIH
Sediakan sandwich atau roti berinti kacang dan pisang. Pisang merupakan sumber utama tenaga yang mengandungi karbohidrat, kalium dan serat. Apabila digambungkan dengan kacang dan roti gandum ia akan menghasilkan stok tenaga yang banyak.

SUKAR TIDUR
Sup Miso merupakan sejenis makanan khas dari Jepun yang mengandungi tryptophan, serotonin dan asid amino yang dapat membantu untuk tidur lebih cepat. Contoh makanan lain seperti yogurt Yunani, sup miju-miju dan biji bunga matahari (kuaci??...). Elakkan makanan yang mengandungi alkohol dan gula (termasuk buah-buahan) kerana kandungan insulin pada gula akan membuat mata celik dan terjaga.

MUAL
Kunyah gula-gula getah perisa halia untuk mengatasi rasa mual. Makanan pedas dan manis ini dapat memberi rasa tenang dalam perut serta bertindak sebagai zat antiinflamasi bagi mengurangkan rasa mual.




Sumber : Merata-rata...






P/S : Tiap kali aku migrain aku mesti rasa hendak muntah / mual... Ada sesiapa tahu di mana nak cari gula-gula getah perisa halia?.. ^^

Tuesday 12 April 2011

Ha.. Ha... Haa... KeTaWaLaH UnTuK MeNiNgKaTKaN IMuNiSaSi TuBuH....


-Google-
Ingin tahu cara yang mudah dan cepat untuk menurunkan kadar kolestrol sambil meningkatkan imunisasi anda? Cubalah melihat sesuatu yang boleh membuatkan anda tertawa. Hasil sebuah kajian telah membuktikan bahawa tertawa dan humor mampu menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 10 poin hanya dalam waktu 20 minit.

Dalam kajian tersebut, para responden diminta memilih filem komedi pendek dan filem bertemakan peperangan dalam tempoh yang sama.Selepas itu, para pengkaji mengukur tekanan darah semua responden. Ternyata menonton filem komedi bukan sahaja menurunkan tekanan darah tetapi juga kadar kolestrol dalam darah.

Hal ini berkait rapat dengan peranan hormon stres.Ketika anda ketawa kadar hormon stres yang berkaitan dengan tekanan darah automatik berkurangan.. Sebagai bonus, tertawa juga baik untuk sistem imunisasi!

LMC paparkan beberapa fail funies pictures. Jom ketawa ramai-ramai untuk tekanan darah yang sihat.. ^^





































P/S : Ketawa biar berpada-pada. Jangan sampai orang cakap kita ni kurang siuman pula... ^^

Thursday 7 April 2011

12 KeGuNaAn TiMuN YaNg UniK


TIMUN  ( sumber : Google )

1. Timun mengandungi sebahagian besar vitamin yang kita perlukan setiap hari. Timun mengandungi  Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, asid folat, Vitamin C, Kalsium, Iron, Magnesium, Fosforus, Kalium dan Zink .
[LMC : Tak perlu lagi beli makanan tambahan di farmasi. Makan timun secara berkala saja sudah memadai]

2. Merasa letih di siang hari? Jangan ambil minuman isotonik atau minuman berkafein. Makanlah timun kerana ia merupakan sumber Vitamin B yang baik. Ia dapat memberi kesegaran dengan cepat dan berlangsung selama berjam-jam. 
[LMC : Timun lebih baik daripada kafien... ^^]


3. Penat mengelap cermin bilik mandi yang sering berkabut? Cuba gosokkan sepotong timun pada cermin. Ia akan menghilangkan kabut serta memberikan aroma yang menenangkan seperti Spa.
[LMC : Bau timun sungguh menyegarkan... ]

4. Adakah hama,ulat dan siput merosakkan tanaman anda? Masukkan beberapa keping hirisan timun ke dalam tin  kecil. Kemudian letakkan tin di kebun anda. Kebun akan bebas dari hama,ulat dan siput di sepanjang musim .Bahan kimia dalam timun bertindak balas dengan aluminium untuk mengeluarkan bau yang tidak dapat disedari oleh manusia tetapi hanya dapat dikesan oleh hama, ulat dan siput menjadi dan membuatkan mereka melarikan diri.
[LMC : Hendak cuba yang ini...]

5. Mencari cara yang cepat dan mudah untuk menghilangkan selulit sebelum berpakaian singkat atau ke kolam renang? Gosok sepotong dua timun di bahagian selulit selama beberapa minit. Phytochemical dalam timun mengencangkan kolagen dalam kulit dengan pantas.
[LMC : Baru tahu tentang ni....  ^_^]

6. Ingin mengelakkan mabuk atau sakit kepala yang teruk? Makanlah beberapa keping hirisan timun sebelum tidur. Anda akan bangun dengan segar tanpa sakit kepala.Timun mengandungi vitamin B dan elektrolit penting untuk menambah nutrisi badan yang hilang dan menjaga keseimbangan dalam badan.
[LMC : Bagi yang selalu mabuk laut / darat, cubalah makan timun sebelum tidur di sepanjang perjalanan... ' ',]

7. Timun telah digunakan selama berabad-abad. Ia sering digunakan oleh pemburu Eropah, peniaga dan penjelajah sebagai makanan segera untuk mengelakkan kelaparan.
[LMC : Mungkin juga boleh dijadikan sebagai snek bagi yang food lover macam aku.. Berkhasiat dan tidak akan menambah berat badan...]

8. Tiba-tiba ada mesyuarat penting atau temuduga pekerjaan dan anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai cukup waktu untuk mengilap kasut. Gosokkan timun yang baru dipotong pada kasut anda. Bahan kimia dalam timun memberikan kilauan dengan cepat pada kasut dan tahan lama malah ia juga kalis air!
[LMC : Bagi yang memakai kasut kulit, anda dipelawa untuk mencuba. Yang macam aku (pakai sandal saja pergi kerja) baik diam-diam yerr.... ^^]

9. Anda memerlukan gris untuk menghilangkan bunyi bising pada engsel pintu anda? Tidak perlu.. Hanya ambil sehiris timun dan gosokkan pada engsel yang berbunyi itu.Bunyi itu akan hilang !
[LMC : Akan beli timun petang ni untuk buat eksperimen pada engsel pintu stor yang asyik meraung2 tu...]

10. Stress atau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke Spa?. Potong sebiji timun  ke dalam periuk dengan air yang sedang mendidih. Kemudian hidu aromanya. Bahan kimia dan nutrisi dalam timun  bertindak balas dengan air mendidih dan  mengeluarkan wap dengan aroma yang amat menenangkan.
[LMC : Secara tak sengaja aku dah cuba ini sewaktu aku masak sup mentimun. Memang betul.. Ia membuatkan aku rasa lapang dada ^^]

11. Mulut berbau? Potong nipis timun dan tekan ke lelangit mulut dengan lidah selama 30 saat untuk menghilangkan bau mulut. Phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria yang menyebabkan mulut  berbau. 
[LMC : Ding.. Ding.. Tak payah ubat kumur lagi....]

12. Ingin membersihkan paip, sinki atau barangan stainless steel? Oleskan sepotong timun  pada permukaan yang ingin dibersihkan. Ia akan kembali bersih dan bersinar.
[LMC : Korang perasan tak selepas memotong timun pisau kelihatan bersih dan berkilat?.. ^^]  




Diterjemah dari The New York Times.











P/S : Timun, buah penyelamat..... ^ ^,

Tuesday 5 April 2011

KeNaLi DiRi BeRDaSaRKaN UBaT GiGi


~google~

Memicit Ubat Gigi Di Bahagian Atas
Dia adalah seorang yang tidak peka. Suka ambil jalan mudah. Buat sesuatu kerja asal siap tanpa pedulikan mutu hasil kerjanya. Hidupnya berprinsip biar bersenang-senang dahulu, bila susah baru cari jalan. Pentingkan diri sendiri.


Memicit Ubat Gigi Di Bahagian Tengah
Dia adalah seorang yang sederhana. Sukar di duga. Kadang-kadang bersikap baik. Kadang-kadang sebaliknya. Biasanya seorang Happy Go Lucky.


Memicit Ubat Gigi Di Bahagian Belakang
Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Orang yang berhati-hati dan berfikir panjang. Suka berfikir tentang akibat dari setiap perkara sebelum mmbuat keputusan pada sesuatu perkara. Tidak mementingkan diri sendiri. Suka menggembirakan orang. Selalu mementingkan orang lain sebelum diri dia.



Sumber : http://pelbagaitafsiran.blogspot.com/












P/S : Aku suka picit ubat gigi di tengah. Tapi bila ubat gigi tu dah nak habis, aku akan picit dari bawah.. heheee....

Saturday 2 April 2011

10 MaKaNaN YaNg MeMpUnYai RaCuN TeRsEmBuNyi



TOMATO
Buahnya sendiri tidak mengandungi racun tetapi daun dan batangnya mengandungi bahan kimia Glycoalkaloid. Paras Glycoalkaloid dikatakan tinggi pada buah Tomato yg tumbuh meliar tetapi yang ditanam untuk komersialpun masih juga mengandungi bahan kimia ini. Ia boleh memberi masalah kepada perut. Glycoalkaloid sangat merbahaya dan mempunyai kesan yang kuat sehingga dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak.
[LMC : Suka makan ulam tomato]


EPAL
Epal mengandungi Cyanide tetapi bukan dalam paras yg tinggi. Cyanide tidak dijumpai dalam buah Epal tetapi di dalam bijinya. Memakan Epal dengan bijinya sekali sememangnya tidak akan membunuh tetapi tidak digalakkan Jika biji-biji Epal dikunyah dan dimakan, ia boleh menyebabkan kompilasi.
[LMC : Selalu gigit-gigit biji selepas makan epal. Nasib baik tak keracunan.. Erm... Bad habit..]

CERI
Ceri boleh dimakan mentah, dimasak dan boleh dijeruk masam atau manis. Walaupun Ceri kelihatan tiada masalah untuk dimakan, ia sebenarnya beracun. Jika kamu pernah memakan Ceri tanpa membuang bijinya, kamu sebenarnya telah membebaskan Hydrogen Cyanide ke dalam badan. Jika biji Ceri diambil dalam kuantiti berlebihan, ia boleh menyebabkan pening kepala, kekeliruan, gelisah dan muntah-muntah. Dos yang terlalu banyak membawa kepada kesusahan bernafas, tekanan darah tinggi, dan kerosakan buah pinggang.
[LMC : Tak suka makan ceri, o.k...]

BADAM / ALMOND
Buah Badam sangat beracun jika tidak mendedahkannya kepada suhu yang tinggi. Buah Badam yang pahit perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu untuk menghilangkan racun. Ianya mengandungi Cyanide dan di kebanyakan negara adalah dilarang menjual Badam yang belum dibuang racunnya.
[LMC : Pernah makan almond yang rasa pahit sedikit. Beracun rupanya kalau rasa pahit... Huhuhuhh]

KENTANG
Batang dan daun termasuklah ubi adalah beracun. Jika diperhatikan betul-betul, kamu akan mendapati ubi Kentang berubah menjadi kehijauan. Ini disebabkan oleh paras Glycoalkolid yang ada di dalamnya. Dalam sejarah, pernah dilaporkan kematian disebabkan keracunan ubi Kentang. Keracunan boleh berlaku dengan meminum air rendaman daun dan memakan ubi Kentang yang telah bertukar kehijauan. Ia boleh menyebabkan badan lemah dan koma.
[LMC : Kentang putar... yummy... ^_^]

CILI
Setiap Cili mengandungi bhan kimia bernama Capsaicin. Capsaicin inilah yang membuatkan Cili mempunyai pedas dan hangat. Jika diambil dalam jumlah yangg banyak, ia boleh mengundang kematian. Bahan kimia ini sangat kuat kesannya sehingga boleh digunakan sebagai peluntur cat dan pepper spray. Cili yg terlalu pedas seperti Habaneros, boleh dirasa Capsaicin nya pada kulit ketika dipotong.
[LMC : Sanagt-sangat menggilai cili!]

KACANG / BIJI GAJUS
Tahukah kamu kacang gajus yang dijual di pasaraya sebenarnya tidak mentah sepenuhnya tetapi telah distimkan. Ini kerana kacang gajus yang mentah mengandungi Urushiol iaitu bahan kimia yang sama terdapat dalam Poison Ivy. Bila urushiol diambil dalam kuantiti yang banyak, ia bolah menyebabkan kematian. Keracunan gajus memang jarang berlaku, tetapi orang yang terdedah kepadanya ketika dalam proses memasarkannya kadang-kadang berisiko untuk mendapat kesan sampingan.
[LMC : Last year punya Christmas ada orang bermurah hati bagi biskut gajus. Tak berani makan coz bentuknya pelik sangat..keng3]

CENDAWAN
Terdapat 5000 spesis Cendawan yang ditemui dan 100 daripadanya adalah beracun. Dalam kebanyakan kes keracunan, cendawan boleh menyebabkan gastrointestinal (radang usus). Oleh kerana cendawan termasuk dalam kategori fungi, ia sangat sukar untuk dibezakan yang mana selamat untuk dimakan dan yang beracun. Dipercayai cendawan yang dijumpai dalam kawasan pedalaman berkemungkinan beracun. Salah satu jenis racun Cendawan yang merbahaya adalah Alpha-amanitin, yang boleh menyebabkan kerosakan hati.
[LMC : Kakak LMC pembekal cendawan tiram di supermaket & restoran. Siapa nak beli contact LMC << Promosilah pula...]

IKAN BUNTAL
Vertebra kedua paling beracun di dunia. Sangat popular di Korea dan Jepun untuk sebagai hidangan makanan dan dikenali sebagai Fugu. Bahagian hati ikan ini sangat beracun dan boleh menyebabkan kematian. Racun dalam ikan dikenali sebagai tetrodotoxin dan ianya boleh mengakibatkan kebas, tekanan darah tinggi dan kekejangan otot.
[LMC : Suka makan ikan tapi ikan ni tak sanggup nak makan. Bukan sebab beracun but ikan ni nampak cute bila 'mengembang'... ^ ^]

UBI KAYU
Ubi kayu banyak dijumpai di Caribbean dan Amerika Selatan. Bau dan rasa bergantung kepada jumlah Cyanogenic Glucosidal yang terdapat di dalamnya yang dibuktikan sangat beracun. Jika disediakan dengan cara yang salah ia boleh menyebababkan kematian. Ia sangat beracun kerana paras cyanide yang boleh meningkat jika penyediaan salah. Boleh menyebabkan kelumpuhan badan.
[LMC : Siapa dah cuba makan ubi kayu rebus cecah madu yang asli???? Sedap......]



Diubahsuai dan diterjemaah ikut suka hati di www.toptenz.net
Semua gambar dipinjam dari Google...








P/S :  Pernah dengar satu kes kematian di kampung dulu -keracunan ubi kayu.

Friday 1 April 2011

TeLiTi AmArAn BeRiKuT PaDa TuBuH AnDa


-Google-
MATA
* Membran Pucat
   - Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu an pucat, ia adalah kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Atur pertemuan dengan doktor untuk buat ujian lanjut.  

* Benjolan Kuning
   Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.


GUSI
* Gusi Merah & Berdarah
   - Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risikopenyakit jantung, kencing manis dan keguguran.
*  Gusi Mengecut
    - Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.


KUKU
*  Kuku Tidak Rata
    - Ada di antara anda yang mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir. Namun jika kuku anda tiba-tiba mengalaminya, ini berkemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.
* Tanda Putih Pada Kuku
Ini menujukkan anda kekurangan minerak zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.


BIBIR & LIDAH 

* Bengkak & Kemerahan
   - Petanda masala anemia. Berjumpalah dengan doktor. Selain itu tambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalah ini juga mungkin petanda bahawa tbuh anda kekurangan vitamin.
* Ulser Mulut
Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.

* Bengkak Mulut
   - Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.


KAKI & TUMIT
*  Urat Timbul
Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.
* Tumit Mengembang
Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein, teh pelawas dan minuman keras.


NAJIS & AIR KENCING
*  Kencing Berwarna Kuning Pekat
    - Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah teh herba dan buah-buahan segar.
*  Kencing Berwarna Merah/ Merah Jambu
    - Terdapat jangkitan pada pundi kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.
* Najis Berdarah
   - Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.





www.tubuhdankesihatan.com 










P/S : Masa tak cukup untuk up-date blog selalu. Bersawang dah WAREHOUSE aku. Nak buat auto-post la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men