Tuesday 30 November 2010

LEMON & KHASIATNYA



Pengelupasan Kulit Mati
Sel kulit mati membuatkan kulit muka menjadi kasar dan kusam. Untuk membuang sel kulit mati, sapukan air perahan lemon yang telah dicampurkan dengan satu sudu makan gula.
(Gula? Mesti muka melekit ni... Tapi kalau berkesan 'hentam' sajalah...)
MySpace

Memudarkan Kedutan
Lemon juga berguna untuk memudarkan kedutan pada wajah. Didihkan setengah cawan susu yang dicampur dengan tiga sudu makan jus lemon. Diamkan sebentar kemudian lumurkan di seluruh wajah dan leher sewaktu campuran itu suam-suam kuku. Biarkan selama 10 minit barulah bilas dengan air sejuk.
(Susu dan lemon. Ermm... Macam sedap saja bunyinya tu... hehe...)
MySpace


Mencerahkan Kulit
Lemon kaya dengan vitamin C yang bermanfaat untuk mencerahkan wajah. Belahkan sebiji lemon kepada dua bahagian, lalu usapkan satu bahagian lemon itu pada wajah selama lima hingga sepuluh minit. Selepas itu, cuci muka dengan air sejuk. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukannya setiap hari.
(Yang ini aku dah cuba... Memang bagus... Ada rasa pedih sikitlah bagi yang berkulit sensitif)
MySpace


Melembabkan Kulit
Kulit yang kering terlihat bersisik dan tidak bermaya. Untuk melembabkannya, campur sebiji lemon (yang telah diperah) dengan dua sudu makan minyak zaitun. Gosokkan pada wajah dan tubuh. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Kemudian bilas dengan air suam.
(Mungkin minyak kelapa boleh dijadikan sebagai alternatif kalau tiada minyak zaitun...)
MySpace

Membasmi Ketombe / Kelemumur
Lemon juga dapat membasmi ketombe / kelemumur. Caranya, usapkan perahan air lemon pada rambut dan kulit kepala. Urut perlahan-lahan selama lima minit. Kemudian bilaskan rambut dengan air. Untuk kesan yang maksima, lakukan setiap hari.
(Tentu rambut sentiasa wangi kalau buat perawatan ni setiap hari)

MySpace

Menguatkan kuku
Rendamkan kuku selama 5 minit dalam air suam yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Keringkan kuku kemudian gosokkan dengan seulas lemon. Rendamkan kembali kuku ke dalam dalam air sejuk.
(Lemon bukan sahaja menguatkan kuku malah ia mampu menjadikan kuku kelihatan lebih bersih dan sihat - Mingguan Wanita)

MySpace


(Sumber : Rapi)

P/S : Aku akan cuba satu-satu...
MySpace

Monday 29 November 2010

LUCUkah? Entahlah...... (hahahahahahahaha.... Ooopppsss!)


Pagi yang membosankan muncul lagi. Dengan 'monday mood'nya aku membuat kerjaku. Bukan banyak sangatpun. Bolehlah buat sambil lewa coz kerja ni bukan submit dekat boss. Saja memudahkan aku untuk buat P.O yang seterusnya.

Sedang sibuk mengedit PR form, aku terdengar riuh di block sebelah. Akupun pergilah tengok... Rupanya bigboss ter"lock" dalam toilet. Guna kunci penduapun tak dapat buka pintu tu. Sudah beberapa kali lock pintu toilet tu meragam. Pasal tu lah aku tak suka guna toilet blok sebelah. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinanlah katakan... Erm...

May be dalam hampir 8 minit bigboss terkunci di dalam toilet barulah dia berjaya keluar. Akupun tidak tahu siapa yang jadi "hero" kali ini (yang berjaya membuka pintu toilet). Kelam-kabut dia (bigboss) ke bilik mesyuarat.

"Sorry... I locked in the toilet just now.." MySpace
Hahahahahahahaha.... Jujur sungguh kata-kata bigboss tu. Nasib baik yang sedang menunggu tu bukan orang luar >> Senior QS kami.
Mungkin tak lucu. Tapi percayalah bila kejadian ni berlaku di depan mata, walaupun kamu tidaklah mampu ketawa sampai keluar air mata, yang pasti senyuman kambing tu tetap ada...Heeee... MySpace

P/S : Hiburkan hati di hari yang 'boring' ni... hehe

Sunday 28 November 2010

Layakkah Jadi Ibu?



Selepas makan, aku dan Co balik. Dalam perjalanan meninggalkan kawasan Kompleks Karamunsing tu, aku terlihat satu pemandangan yang sungguh memyakitkan mata (ehem... ni bukan romance-romance yer....)MySpace

Di tepi jalan tu, aku tengok ada satu family sedang melintas jalan. Ibunya berlenggak-lenggok sedangkan si ayah 'sarat' dengan pautan anak-anak pada tangannya. Kalau tak silap 5 orang semuanya termasuk seorang kanak-kanak yang masih terlalu kecil untuk dibiarkan berjalan sendiri.. Salah seorang anak tu (mungkin anak sulung coz antara semua tu dialah yang paling besar) cuba memanggil si ibu.. "Mak!... Tunggu"... Diikuti dengan isyarat tangan sekali (melambai-lambai ke arah ibunya). Tapi si ibu itu hanya mengerling kemudian melangkah pantas menuju ke seberang MySpace. Si ayah terpinga-pinga sambil mengawasi anak-anak. Terkial-kial mencari peluang untuk meredah jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.

Ke mana perginya sifat mulia seorang ibu/isteri?.. Aku sensitif sangat dengan perkara-perkara macam ni. Kalau melintas jalanpun tak dapat menunjukkan ciri-ciri seorang ibu, apatah lagi dalam perkara-perkara yang lain?.. Orang macam ni LAYAKKAH JADI IBU?... (maaflah kalau keterlaluan) MySpace. Aku simpati sangat dengan suami dan anak-anak tu. Sepanjang jalan aku asyik sebut tentang scene tu. Membebel dan memprotes tak habis-habis. Sampai naik menanah teling Co mendengar (Agaknya... Tapi macam cool saja aku tengok. hehe...)



P/S : Bertuahlah si ibu yang sentiasa berpeluang untuk bersama dengan anak (24jam sehari) Berbanding aku yang dapat bersama -sama dengan anak hanya sekali dua dalam tempoh 3 bulan. Kenapa tak hargainya??... MySpaceUhuhuhuh..

Thursday 25 November 2010

Wifi Bahaya?!...




Sudah baca kosmo o9 hari ini?
Ada kajian mengatakan rangkaian gelombang tanpa wayar itu menghasilkan radiasi yang merbahaya. Bayangkan sahaja daun pokok yang terletak berdekatan dengan peranti penghala internet tanpa wayar itu berubah menjadi kekuningan dan lapisan luar pokok mula mati. Inilah hasil kajian yang dibuat selama 5 tahun. Pertumbuhan pokok terhambat dan kemudian akan mati. Jadi bagaimana pula kesan Wifi ini kepada manusia? Kadang-kadang kemajuan yang kita kecapi ni ada ada kelebihan dan kelemahannya. Sungguh menakutkan bila satu benda yang memudahkan kita itu lama-kelamaan akan memberkan kesan buruk kepada kita.
Kalau nak tahu lebih detail lagi sila baca di sini

( Ilustrasi daripada Google)

P/S : Hari-hari aku terdedah kepada gelombang bahaya ni. Office aku guna Wifi... Takutnya.... MySpace

Monday 22 November 2010

G*ANT pasaraya dengan harga barangan yang rendah tapi...........................


Memang tidak dapat dinafikan G*ant ni merupakan salah satu pasaraya besar yang menawarkan harga terendah. Malah terdapat banyak cawangan yang telah dibuka di seluruh negara. Bukan hendak memburuk-burukkan pasaraya ni, cuma sebagai pelanggan/pengguna, aku ada hak bersuara. Setakat dalam blog. Bukannya hendak mengadu pada pihak-pihak berwajibpun.

Okeylah... Kisahnya macam ni. Semalam, aku dan Co keluar pergi cuci kereta di Kasigui carwash. Lepas tu kami terus ke G*ant. Hendak beli sedikit barang dapur dan makanan Ten. Hampanya... Makanan Ten tak dijual di G*ant... Sewaktu sedang round-round tu, aku ternampak ikan yang sudah di'packing' elok-elok, siap dilumur dengan serbuk kari dan harga yang berpatutan. Tanpa berfikir panjang, aku terus memasukkan ikan tu ke dalam basket. Sampai rumah tinggal hendak goreng saja lagi.. Nilah kerja si pemalas. Asyik cari benda yang senang sahaja MySpace.
Dipendekkan cerita, selepas menjelaskan harga barang di kaunter, kamipun baliklah.

Dalam perjalanan pulang, aku terhidu sesuatu yang busuk. Rupanya bukan aku seorang saja yang terhidu. Co pun turut terhidu bau busuk yang sama. Siasat punya siasat, bau busuk tu datang dari ikan yang baru kami beli tadi. Ini bukan pengalaman pertama. Dulu.. (tidaklah 'dulu' sangat.. dalam tahun ni juga) Aku dan Co beli daging ayam. Oleh sebab nak cepat, kami ambil saja apa yang di depan mata. Seperti kisah tadi, kami terhidu bau yang kurang menyenangkan dan menyedari bau tu datang dari daging ayam yang kami beli dari G*ant.MySpace

Mungkin ada yang menyalahkan kami coz tak belek betul-betul baru beli. Tapi adakah ini 100% kesilapan kami?... Bukan hendak membela diri, tetapi sepatutnya barangan yang sudah rosak tidak boleh dijual. Kalau tak silap, ini terdapat dalam akta pengguna... MySpace

Selain tu, terdapat juga pengumuman jualan murah melalui risalah ataupun news paper yang diiklankan oleh pasaraya ni... Bila kita datang nak beli, mesti habis stok (walaupun aku pergi pada hari yang sama iklan itu dikeluarkan). Sepantas itukah habis stok??... Gimik agaknya MySpace Maklumlah, bila ada iklan jualan murah ramailah pelanggan-pelanggan yang datang. Kalau tak dapat beli barang yang diiklan sebagai "jualan murah" itupun sudah tentu akan mencari barang lain. Iyalah... Kan dah terlanjur ke sana. Jualan meningkat dan inilah pelan pemasaran yang paling berkesan (berkesankah??? MySpace)Entahlah, Labuuuuuu..........


P/S : Semoga kesilapan-kesilapan kecil ini akan disedari sebelum menjadi 'kesilapan besar'............

Tuesday 16 November 2010

KESAN NEGATIF DARI DOKUMEN TENDER....



Aku asyik mengantuk. Badan rasa letih. Macam tak ada tenaga. Rasa hendak demampun ada. Bila tengok kerja berlambak atas meja aku jadi semakin pening. Aku memang cuba hendak menyiapkan semua kerja-kerja tu tapi entahlah... Kelesuan pula yang bermaharajalela.
Meja akun pun berserabut habis ni... Hendak mengemas, rasa tak larat pula. MySpace

Keinginan aku untuk ber"facebook" pun turun mendadak. Login sekadar tengok gambar-gambar kawan. Blog pun macam tu juga. Tak ada mood hendak meng"up-date" blog. Aku masuk sekejap hanya untuk buat draf. Dah bertimbun draf aku. Entah bilalah agaknya aku dapat 'menukarkan' draf-draf tu menjadi post. Uhuhuhuh... MySpace

Yang ni paling pelik... Selera makan aku hilang. Pelik sangatlah.. Aku memang jenis yang 'suka' makan. Pendek kata, makan ni memang hobi aku (food lover lah katakan MySpace) Dalam kepelikan tu, aku rasa berat badan aku dah turun 1gram.. hehehe... What? 1gram saja?! Iyalah... Better then nothing kan... Actually aku tak ada timbang berat badan pun... Saja cakap lebih-lebih.. Ngee...

Muka aku nampak kusam dari sebelumnya. Entah ke mana perginya seri wajah aku (ceh! perasan). Bawah mata jadi gelap dan tak sekata @ mata panda.. OMG! Please dont come to me Mr/Ms Eye Bag. Bertitiktolak dari masalah yang aku dapat kesan dari cermin ni, akupun bertukar jadi rajin membuat rawatan muka sendiri di rumah... Makin pulih sedikit...... (Perasan lagi..)MySpace

P/S : Dengar-dengar ada tender yang bakal menyusul bulan depan... MySpace

I Laughs, I Smiles, I'm joking and talk nicely. Act like happy go lucky but no one know i'm dying inside...





Kata orang, hidup ni ibarat roda. Kekadang kita berada di atas, dan ada ketikanya kita di bawah. Demikianlah juga dengan perasaan. Ada masa kita happy dan ada masa juga kita bersedih. Setiap orang pula menghadapi semua tu dengan cara yang berlainan. Maksud aku reaksi yang ditonjolkan oleh setiap individu itu adalah berbeza-beza. Rambut saja yang sama hitam. Tapi hatikan lain-lain.. MySpace Bagi aku, seperi yang tertera di atas tu, aku akan berlagak seolah-olah semuanya dalam keadaan baik. Aku tak mahu orang lain terlibat dalam konflik dalaman aku. Aku mahu jadi "profesional" [kalau boleh]. Oleh sebab tu lah aku memilih untuk memendamkan semua tu dan cuba melupakannya bila bersama dengan kawan-kawan aku ataupun sewaktu aku berada di tempat kerja. Memang tak semudah yang difikirkan. Terpaksa bergelut dengan perasaan sehingga kadang-kadang aku hampir tewas. Korang faham-fahamlah apa maksud tewas tu. Mulanya memang sukar, tapi lama-kelamaan aku dapat melenturkan hati dan fikiran aku. Aku belajar daripada masa lalu dan menjadikan ketabahan orang lain sebagai guru yang terbaik.
Dah banyak yang aku lalui dalam hidup, pengalaman jadi sahabat sejati untuk menghadapi hari esok.. Sekali lagi aku hendak ingatkan di sini >> AKU BUKANNYA PLASTIK YANG CUBA BERLAGAK JADI ORANG LAIN. Aku ada niat baik untuk berkelakuan seperti itu... Percayalah, ianya memang niat baik... MySpace


P/ S : Inilah aku..... MySpace

Monday 15 November 2010

CELCOM >> Gangguan "Line"..... Mencipta Peristiwa..


Dokumen tender dah siap tapi tak tahu macam mana hendak menghubungi Co minta dia datang menjemput aku. Aku tak boleh memanggil dan menghantar 'SMS'. Asyik fail saja. Guna telefon officepun tak dapat. Beth cakap CELCOM ada line problem. Tapi kenapa tak ada pemberitahuan awal???... Haizzz... Kadang-kadang CELCOM ni menghampakan akulah.. Kalau bukan hampir semua family member aku guna CELCOM ni, aku dah lama bertukar kepada sesuatu yang lebih baik.. OOoooooppppssss... Telebih suda... MySpace

Melihat kesulitan yang aku alami tu, Sista Weii dengan murah hatinya meminjamkan aku telefon bimbitnya. Mujurlah kakak aku yang seorang tu juga menggunakan nombor berpangkal "016-" punya. Jadi dengan handphone Sista Weii tu, aku mendail no. telefon kakak aku kemudian menjelaskan serba ringkas tentang masalah line dan meminta dia datang mengambil aku di tempat kerja. Kakak aku ni jenis orang yang tak banyak songeh punya so senang sikit la... hehehehe...

Sementara menunggu kakak aku sampai, kami merancang untuk makan malam di Fukurou -restaurant makanan Jepun yang letaknya berhampiran dengan office kami. Malangnya, meja dah penuh.. Kami diminta menunggu beberapa ketika tapi kami akhirnya berubah hati untuk mencuba set dinner di Vegas. Hampir 3 tahun di sini, aku belum pernah menjejak kaki ke situ. Lucukan... Padahal Vegas tu area tempat kerja aku juga... hehe...

..VEGAS..
Agak mewah tempat ni. Mulanya nak makan tepi dinding dengan tempat duduk berhadapan dengan T.V. Bila kami mendapati ada satu sudut yang agak selesa (aku rasa ini dikhaskan untuk family coz ada dua meja dan sofa panjang mengelilingi meja tu), kamipun menukar haluan lagi. Nak pilih hidangan bukan setakat 10 minit. Oleh kerana makan malam kami ni akan kami claim (hehehe...) nak juga merasa makanan yang mahal sikit kononnya. Paling tidakpun, makanan yang pelik sikit. Ermm... Maksud aku yang belum pernah dijamah sebelum ni... But sebelum buat order tu ada pula sesi fotografi. Saja tangkap-tangkap gambar. Sebagai kenang-kenangan.. Ni la antara gambar yg sempat aku ambil dengan menggunakan handphone aku...


Sista Weii & Ms. Yapp dengan smiley face diorang..



Capture gambar sendiri... hahaha...



Menu....


Walaupun setakat air sejuk, aku tetap bersemangat tangkap gambar gelas berkaki ni... Cuba tengok dekat belakang gelas tu... Ada satu benda misteri - bekas egg tart dengan egg tartnya sekali... MySpace Misteri tak?... hehehehe...

Sedang menunggu makanan yang dipesan tu sampai, kakak aku call (Sista Weii punya handphone). Dia cakap dah sampai... Huhuhu... Kempunan aku nak merasa chicken chop ala-Vegas... Erm... Aku meninggalkan Sista Weii dan Ms. Yapp / Ms. Iphone MySpace. Memang kami bertiga saja malam tu... Yang lain dah balik...

Aku menunggu kakak aku di depan Post Office. Hampir 5 minit berdiri, bayang keretanya nampak. Akupun membawa diri ke 7-Eleven (membawa diri?... isk... isk... melampaunya... haha) Dengan coin 20sen aku mendail nombor telefonnya di pondok telefon awam. "Aku tunggu depan 7-Eleven"..
sejurus selepas tu, aku nampak kereta kakak aku. Dia berhenti di hadapan pintu 7-Eleven tu then akupun naik. Anak-anak buah aku ada sama. Rupanya diorang pergi Church petang tadi... Aku juga yang "terponteng" hari ni...

P/ S : Di sepanjang jalan tu, aku dan kakak sibuk bercerita tentang Facebook... MySpace

Monday Blues! >>Selepas Bekerja Selama 7 Hari Seminggu (malah lebih dari 10 jam sehari).



Ikutkan hati, aku teringin sangat hendak bercuti hari ini. Letih lesu semacam badan aku. Terlalu mengerah tenaga agaknya. Otakpun ikut penat. Gerenti Migrain ni...
Aku betul-betul stress bila telefon balik-balik berbunyi. Bila diangkat, tiada siapa pula yang bercakap. Hari memang serba tak kena bagi aku. Semua kerja yang aku hendak buat tak menjadi. Tak ada mood. Meja akupun masih bersepah dengan barang-barang tender minggu lepas.
Mr. BigBoss dan Ms Perfect mungkin perasan aku kurang buat kerja hari ni. Ahh... Lantaklak... Aku tak kisah langsung. Aku ni manusia. Bukannya robot. MySpace
Lunch time!.. Keluar beli buah dan makan. Lepas tu tidur di bilik mesyuarat. Adalah dalam hampir setengah jam aku tidur. Ter"charge" juga sedikit tenaga aku.
Petang ni aku malas nak masak. Baik makan saja dekat luar. Bukannya selalupun. Benar-benar tak larat ni... Huhuhu... Kalau tak makan dekat luar, harap-harap ada "tangan ajaib" yang tolong masakkan makan malam... MySpace


P/S : Aku tak mahu apa-apa... Aku hanya mahu berehat sebentar... MySpace

Sunday 14 November 2010

Hari Sibuk Aku... (Final Part)


Malam tadi aku balik pukul 10 lebih. Macam hendak berkampung dekat office.. Hahahahaha... Pagi tadi aku bangun awal coz fikir aku nak pergi Church hari ni. Tapi lastly aku baru ingat yang aku terpaksa turun kerja hari ni untuk menyiapkan tender yang tinggak sedikit saja lagi. Aku dengan selambanya menghabiskan beberapa minit di depan lappy kemudian barulah aku ke bilik air. aku malas sebenarnya nak turun ke office tapi apa kan daya, aku hanya seorang kuli... Uhuks.. Uhukss... MySpace

Aku dan Beth sudah berjanji untuk breakfast sama-sama. Dia menunggu aku di depan post office. Darlingnyapun ikut sama. Aku rasa macam segan pula. Iyalah... Kan macam kacau daun saja kalau orang tengok... huhu... Kami bersarapan di tempat kegemaran kami Fook Yuen. Tempat ni memang selalu ramai orang. Tak pernah kosong. If lambat sikit, tak ada tempat. Makanan semua sedap-sedap dan menu roti kahwin diorang ni jadi dambaan utama MySpace. Erm... sambil makan, aku dan Beth berbual tentang tender. Tentang bagaimana last minutenya pengurusan dan kebengapan sesetengah pihak yang akhirnya membuatkan kami terpaksa turun bekerja pada hujung minggu.. Darling Beth hanya diam pasang telinga mendengar rungutan kami. Tapi sekali-sekala dia menyampuk juga... Hehehe...

Hampir pukul 11 barulah kami berlenggang-lenggok masuk ke office. Yang lain dah lama sampai. Macam rasa bersalahpun ada... Nasib baik semua o.k2 sahaja. Tender masih macam biasa. Belum ada progress yang "memberangsangkan"... Aku dan Beth terus turun padang. Hah... Kamipun start "beramah-mesra" dengan buku-buku tender....

Inilah antara scene yang sempat aku rakamkan...




Inilah dokumen-dokumen tender yang sudah menyeksa kami selama hampir seminggu.



Sempat memberikan "peace" ketika sedang mem"photostate" dokumen tender.



Cuba teka ni tangan siapa?... >> Beth...



Buat kerja sambil draf post untuk blog.. Siapalah agaknya ni.... hehe



Baju Hitam : Ms Yapp _ Baju Hijau : Beth _ Baju Biru : Sista Weii



Dalam photo ni ada Ms Perfect.. .



Salinan dokumen tender telah siap di"photostate"...



Dokumen tender yang dah lengkap dan sudah ready untuk dimasukkan ke dalam envelope.



Dokumen tender yang sudah dimasukkan ke dalam envelope.



Proses "melakri" sedang dijalankan. (Dari kiri : Ms. Theresa, Ms. Yapp dan Sista Weii)



Dokumen tender yang sudah siap sepenuhnya I.



Dokumen tender yang sudah siap sepenuhnya II.



Dokumen tender yang sudah siap sepenuhnya III.



Sibuk-sibukpun ada juga masa untuk teh herba rebusan sendiri -Ms Theresa.


"PEACE" untuk semua tender- Beth [Gambar ni sengaja di'blur'kan sedikit atas permintaan yang empunya gambar]


Oooooopppsss... Siapa punya ni?... ehehehehe...

Lapang dada selepas semuanya selesai... MySpace. Muka aku memang tak ada dalam semua gambar tu coz aku yang jadi camerawoman < Adakah istilah ni?.... Apa-apapun, segalanya akan berjalan dengan lancar dan menjadi lebih mudah jika kita tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa menunggu arahan-- Ini sahaja kesimpulan yang aku dapat selepas bekerja-keras selama hampir lebih daripada 6 hari. Ngee... P/S : Lega rasa hati. Hari-hari yang menyeksakan dah berlalu akhirnya... MySpace Yahoo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men