Memang tidak dapat dinafikan G*ant ni merupakan salah satu pasaraya besar yang menawarkan harga terendah. Malah terdapat banyak cawangan yang telah dibuka di seluruh negara. Bukan hendak memburuk-burukkan pasaraya ni, cuma sebagai pelanggan/pengguna, aku ada hak bersuara. Setakat dalam blog. Bukannya hendak mengadu pada pihak-pihak berwajibpun.
Okeylah... Kisahnya macam ni. Semalam, aku dan Co keluar pergi cuci kereta di Kasigui carwash. Lepas tu kami terus ke G*ant. Hendak beli sedikit barang dapur dan makanan Ten. Hampanya... Makanan Ten tak dijual di G*ant... Sewaktu sedang round-round tu, aku ternampak ikan yang sudah di'packing' elok-elok, siap dilumur dengan serbuk kari dan harga yang berpatutan. Tanpa berfikir panjang, aku terus memasukkan ikan tu ke dalam basket. Sampai rumah tinggal hendak goreng saja lagi.. Nilah kerja si pemalas. Asyik cari benda yang senang sahaja .
Dipendekkan cerita, selepas menjelaskan harga barang di kaunter, kamipun baliklah.
Dalam perjalanan pulang, aku terhidu sesuatu yang busuk. Rupanya bukan aku seorang saja yang terhidu. Co pun turut terhidu bau busuk yang sama. Siasat punya siasat, bau busuk tu datang dari ikan yang baru kami beli tadi. Ini bukan pengalaman pertama. Dulu.. (tidaklah 'dulu' sangat.. dalam tahun ni juga) Aku dan Co beli daging ayam. Oleh sebab nak cepat, kami ambil saja apa yang di depan mata. Seperti kisah tadi, kami terhidu bau yang kurang menyenangkan dan menyedari bau tu datang dari daging ayam yang kami beli dari G*ant.
Mungkin ada yang menyalahkan kami coz tak belek betul-betul baru beli. Tapi adakah ini 100% kesilapan kami?... Bukan hendak membela diri, tetapi sepatutnya barangan yang sudah rosak tidak boleh dijual. Kalau tak silap, ini terdapat dalam akta pengguna...
Selain tu, terdapat juga pengumuman jualan murah melalui risalah ataupun news paper yang diiklankan oleh pasaraya ni... Bila kita datang nak beli, mesti habis stok (walaupun aku pergi pada hari yang sama iklan itu dikeluarkan). Sepantas itukah habis stok??... Gimik agaknya Maklumlah, bila ada iklan jualan murah ramailah pelanggan-pelanggan yang datang. Kalau tak dapat beli barang yang diiklan sebagai "jualan murah" itupun sudah tentu akan mencari barang lain. Iyalah... Kan dah terlanjur ke sana. Jualan meningkat dan inilah pelan pemasaran yang paling berkesan (berkesankah??? )Entahlah, Labuuuuuu..........
P/S : Semoga kesilapan-kesilapan kecil ini akan disedari sebelum menjadi 'kesilapan besar'............
Monday, 22 November 2010
G*ANT pasaraya dengan harga barangan yang rendah tapi...........................
Monday, November 22, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment