Dokumen tender dah siap tapi tak tahu macam mana hendak menghubungi Co minta dia datang menjemput aku. Aku tak boleh memanggil dan menghantar 'SMS'. Asyik fail saja. Guna telefon officepun tak dapat. Beth cakap CELCOM ada line problem. Tapi kenapa tak ada pemberitahuan awal???... Haizzz... Kadang-kadang CELCOM ni menghampakan akulah.. Kalau bukan hampir semua family member aku guna CELCOM ni, aku dah lama bertukar kepada sesuatu yang lebih baik.. OOoooooppppssss... Telebih suda...
Melihat kesulitan yang aku alami tu, Sista Weii dengan murah hatinya meminjamkan aku telefon bimbitnya. Mujurlah kakak aku yang seorang tu juga menggunakan nombor berpangkal "016-" punya. Jadi dengan handphone Sista Weii tu, aku mendail no. telefon kakak aku kemudian menjelaskan serba ringkas tentang masalah line dan meminta dia datang mengambil aku di tempat kerja. Kakak aku ni jenis orang yang tak banyak songeh punya so senang sikit la... hehehehe...
Sementara menunggu kakak aku sampai, kami merancang untuk makan malam di Fukurou -restaurant makanan Jepun yang letaknya berhampiran dengan office kami. Malangnya, meja dah penuh.. Kami diminta menunggu beberapa ketika tapi kami akhirnya berubah hati untuk mencuba set dinner di Vegas. Hampir 3 tahun di sini, aku belum pernah menjejak kaki ke situ. Lucukan... Padahal Vegas tu area tempat kerja aku juga... hehe...
..VEGAS..
Agak mewah tempat ni. Mulanya nak makan tepi dinding dengan tempat duduk berhadapan dengan T.V. Bila kami mendapati ada satu sudut yang agak selesa (aku rasa ini dikhaskan untuk family coz ada dua meja dan sofa panjang mengelilingi meja tu), kamipun menukar haluan lagi. Nak pilih hidangan bukan setakat 10 minit. Oleh kerana makan malam kami ni akan kami claim (hehehe...) nak juga merasa makanan yang mahal sikit kononnya. Paling tidakpun, makanan yang pelik sikit. Ermm... Maksud aku yang belum pernah dijamah sebelum ni... But sebelum buat order tu ada pula sesi fotografi. Saja tangkap-tangkap gambar. Sebagai kenang-kenangan.. Ni la antara gambar yg sempat aku ambil dengan menggunakan handphone aku...
Sista Weii & Ms. Yapp dengan smiley face diorang..
Capture gambar sendiri... hahaha...
Menu....
Walaupun setakat air sejuk, aku tetap bersemangat tangkap gambar gelas berkaki ni... Cuba tengok dekat belakang gelas tu... Ada satu benda misteri - bekas egg tart dengan egg tartnya sekali... Misteri tak?... hehehehe...
Sedang menunggu makanan yang dipesan tu sampai, kakak aku call (Sista Weii punya handphone). Dia cakap dah sampai... Huhuhu... Kempunan aku nak merasa chicken chop ala-Vegas... Erm... Aku meninggalkan Sista Weii dan Ms. Yapp / Ms. Iphone . Memang kami bertiga saja malam tu... Yang lain dah balik...
Aku menunggu kakak aku di depan Post Office. Hampir 5 minit berdiri, bayang keretanya nampak. Akupun membawa diri ke 7-Eleven (membawa diri?... isk... isk... melampaunya... haha) Dengan coin 20sen aku mendail nombor telefonnya di pondok telefon awam. "Aku tunggu depan 7-Eleven"..
sejurus selepas tu, aku nampak kereta kakak aku. Dia berhenti di hadapan pintu 7-Eleven tu then akupun naik. Anak-anak buah aku ada sama. Rupanya diorang pergi Church petang tadi... Aku juga yang "terponteng" hari ni...
P/ S : Di sepanjang jalan tu, aku dan kakak sibuk bercerita tentang Facebook...
Monday, 15 November 2010
CELCOM >> Gangguan "Line"..... Mencipta Peristiwa..
Monday, November 15, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
heheh..owh p Vegas lagi o ko kan
P saja tu... Tak sempat makan. Sikit lagi kempunan temasuk parit... huhuh...
Post a Comment