Monday 31 January 2011

LiMaU MaNdAriN Di SaNa-SiNi


Sumber : GOOGLE

Arrrrkkkkkkhhh!!!..... Tekak dah naik perit makan LIMAU MANDARIN. Sejak dua minggu yang lepas, asyik hentam LIMAU MANDARIN saja sebagai snek.. Ramai betul yang bermurah hati menghantar LIMAU MANDARIN. Penuh dah peti sejuk office. Masuk saja office, semerbak bau segar LIMAU MANDARIN. Di ambang CNY (Chinese New Year) ni, mana-manapun LIMAU MANDARIN (selain tanglung laa...).

Memandangkan aku rasa akhir-akhir ini aku kerap sangat makan LIMAU MANDARIN, akupun 'google'kanlah apa kelebihan-kelebihan LIMAU MANDARIN ni.. Aku jumpa ini.... >>>>

Vitamin C
- Melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsangkan pengaliran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman mahupun luaran.

Kalsium
- Menguatkan gigi dan meningkatkan ketahanan badan terhadap serangan pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B
- Mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan menentang penyakit jantung.

Serat
- Pektin (serat yang larut di dalam air) terbukti mampu manahan rasa lapar serta dapat menguragkan tahap kolestrol dalam darah.

Antioksida
- Melindungi kulit daripada radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

Jus Limau Mandarin
- Mampu mengubati asma, tuberkulosis, demam dan penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk mengeluarkan kahak berlebihan kemudian melindungi paru-paru daripada jangkitan berulang.
- Mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit dan dispepsia.




Sumber : Khasiat Limau Mandarin





P/S : Tak ragu-ragu lagi makan LIMAU MANDARIN.  ",

Sunday 30 January 2011

10 PeRkArA YaNg MaMpu TiNgKaTkAn DaYa InGaTan


Sumber : Google


Seperti bahagian tubuh yang lain, otak juga memerlukan latihan fizikal dan mental disusuli dengan nutrisi khusus bagi meningkatkan kekuatan daya ingatannya.


1. Kacang Soya
    ~ Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang    estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori.

2. Zat Besi
    ~ Pengambilan zat besi yang kurang boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak.

3. Kopi
    ~ Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak serta boleh mengaturnya dalam keadaan tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi.        Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan jika dibandingkan dengan mereka yang meminum kopi tanpa        kafein.

4. Latihan Mental
    ~ Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh mengekalkan otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang baik dan cemerlang cenderung mempunyai        pelbagai keinginan dan boleh mengatasi cabaran latihan mental. Teknik latihan mental adalah seperti puzzle, teka-teki dan minat mendalam terhadap bidang sosial dan budaya.

5. Latihan Fizikal
    ~ Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk        mengepam darah lebih efektif.

6. Mengunyah Gula-Gula Getah
    ~ Kajian yang telah dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti               Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yang dihantar ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

7. Ginkgo Biloba
    ~ Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat untuk menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut Dr. George Lewith,  ginkgo boleh memperbaiki peredaran darah ke otak dengan memperbesarkan        pembuluh darah sehingga mampu meningkatkan bekalan oksigen.

8. Minyak Ikan
    ~ Minyak ikan mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dalam membran sel otak. Ia boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

9. Rosemary Dan Sage
    ~ Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

10. Vitamin B
      ~ Vitamin B berfungsi menghantar oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
          - B3 (Niacin) sangat baik untuk menguatkan otak.
          - B6 penting untuk memproduksikan neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood.
          - B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan.
        Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, salah satu bahan kimia otak yang diperlukan untuk memori.







P/S : Sentiasa mengamalkan latihan mental.... ^_^

Friday 28 January 2011

KhAsiAt TeRsEmBuNyi DaLaM WaRnA BuAh-BuAhAn & SaYuRaN


Sumber : Google
HIJAU
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG) untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Contohnya ialah semua sayur yang berwarna hijau termasuklah teh hijau dan epal hijau.

MERAH
Mengandungi likopen dan asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel. Ia boleh diperoleh daripada epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri dan tomato.

KUNING-JINGGA
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin yang penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya ketahanan badan; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Sumbernya ialah oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

PUTIH
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah serta merangsang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur dan buah berwarna putih ialah buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang dan kentang,

BIRU-UNGU
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan. Ia boleh didapati daripada buah dalam tin, beri biru, kubis ungu, anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bawang merah dan bit.


Dipetik Dari :  www.hmetro.com.my







P/S : Vege & fruit lover!

Thursday 27 January 2011

KaSuT TiNgGi : CaNtiK UnTuK SaKiT


Sumber : Google

Sebagai seorang wanita, kadang-kadang aku hendak juga bergaya dengan high heels untuk meningkatkan keyakinan diri. Selain daripada ia membuatkan aku kelihatan lebih tinggi coz aku ni rendah, aku rasa aku akan berubah jadi perempuan yang seksi bila mengenakan kasut tinggi >>perasan betul. Dulu aku kerap mengenakan high heels ke pejabat. Tapi apabila mendapati kaki aku mula sakit-sakit, akupun menghentikan tabiat ini. Tak kisahlah tak seksi. Yang penting tak sakit kaki. Mulanya aku ingatkan aku sakit kaki coz badan aku yang berat ni tak sesuai memakai kasut tumit tinggi kerana ia terlalu memberi beban pada kaki. Rupa-rupanya memakai kasut tinggi ni memang memberikan kesan yang buruk terhadap kaki. Tak kiralah gemuk, sederhana atau kurus, ia tetap memberikan kesan yang tidak baik. Terima kasih kepada KoMbUrOnGoH yang telah menghantar email kepada aku tentang ni.


Dia telah meng-emailkan gambar ini kepada aku. Aku tak tahu dia dapat dari mana. Oleh kerana tak jelas sangat, jadi akupun carilah gambar yang sama macam ni dari google. Untuk gambar yang lebih jelas, sila klik di sini. Kata kawan aku dalam emailnya itu, pakai high heels ni boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kekal. Yang buat aku panas tu, kawan aku ni cakap "perempuan suka tahan sakit demi untuk kelihatan cantik".. Akupun terasalah coz aku kan perempuan. Sedap betul dia tuduh-tuduh. Mungkin ada segelintir sahaja yang macam tu tapi bukan semua.. Pellisss laa...(sorry... out topic... hehehe). Walaubagaimanapun, aku berterima kasihlah juga kerana gambar tu benar-benar membuatkan aku "insaf"....

Kepada sesiapa yang gemar mengenakan high heels setiap hari khususnya yang bekerja di office tu, aku sarankan anda menanggalkan kasut ketika sedang bekerja. Rehatkan kaki seketika..







P/S : Aku pakai selipar jepun saja di office... Ngeeeee....

Wednesday 26 January 2011

MiToS PeMaKaNaN SiHaT


Sumber Gambar : Google

Seperti yang sudah diketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat itu sangat penting tetapi terdapat juga mitos yang boleh menjejaskan kesihatan kita jika kita mempercayainya.

Berikut adalah mitos-mitos itu :-

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut berkeroncong, bermakna ia cuba memberitahu kita sesuatu [lapar.... huhu]. Jika kita tidak menghiraukannya, maka kita memaksa badan kita untuk bekerja tanpa bahan bakar. Sebaiknya sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan mengambil makanan ringkas terlebih dahulu seperti sebiji epal.


2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.

Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.


3. Tidak mengambil sarapan pagi.

Tidak mengambil sarapan bukanlah satu idea yang bagus kerana sarapan pagi adalah sumber tenaga untuk  memulakan hari. Badan amat  memerlukan bahan bakar secepat mungkin pada awal pagi.


4. Diet rendah karbohidrat.

Badan kita memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.


5. Makan apa saja.

Bersenam setiap hari tidak memberi lesen untuk memakan apa saja yang kita mahu. Makanlah makanan yang seimbang.


6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 0.5kg dalam masa 2 minggu. Pastikan kita mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan berfungsi dengan sempurna.


7. Kurang minum.

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Kita perlu kerap minum dan tidak perlulah menunggu sehingga kita dahaga. Apabila kita merasa dahaga, badan kita mengisyaratkan  bahawa kita sebenarnya sudah sudah kekurangan air.



Sumber : Majalah Rapi (telah diubahsuai).





P/S : Aku rasa, aku tak ambil karbohidrat seminggu pun badan aku tetap dapat sumber tenaga daripada lemak-lemak tepu aku...

Tuesday 25 January 2011

BaHaYa YaNg TeRsEmBuNyi DaLaM BoToL PLaStiK & BeKaS PLaStiK


Aku rasa perkara ini menarik dan perlu dikongsikan untuk pengetahuan umum. Pernahkah kamu minum dari botol plastik (mineral, coke, dll..) dan ternampak simbol segitiga di bahagian bawah botol yang ada nombor di dalamnya? Pernah?... Mesti pernahkan..... Kalau tak pernah tengok, ni lah gambar simbol-simbol tu...







Tahukah kamu apa maksud nombor tersebut? Atau kamu hanya meneka bahawa itu merupakan 1 simbol untuk dikitar semula? Jika itu yang kamu fikirkan, kamu SALAH !!!!!! (amboi... macam marah jew...)
NOMBOR tersebut memberitahu kamu tentang BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN/MEMBUAT BOTOL PLASTIK tu.

1)    Polyethylene terephalate (PET)
2)    High density polyethylene (HDPE)
3)    Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4)    Low density polyethylene LDPE
5)    Polypropylene (PP)
6)    Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7)    Other, including nylon and acrylic

Adakah kamu tidak pernah tahu bahawa banyak bekas-bekas plastik tu mempunyai racun dan bahan kimia yang boleh mencair dari bekas plastik dan mampu meresap ke dalam makanan/minuman kamu? (aku rasa ramai yang tahu tapi buat tak tahu ni..)
Berapa kali kamu pernah bercakap macam ni >> "Saya tak mahu makan/minum yang ini.. Rasanya macam plastiklah..." Memang rasa plastik kerana kamu sedang 'mencicipi' plastik! (yaiksss.... aku pernah ni...) Dan yang PALING MERBAHAYA antara semua list tu adalah No: 3, 6, dan 7!
JANGAN GUNAKAN BOTOL YANG MEMPUNYAI NOMBOR INI. >> 3, 6 & 7
Sila teliti dulu simbol yang terletak di bahagian bawah botol sebelum membeli/menggunakannya..





(Sumber : Hasil campur-aduk dari beberapa buah laman web yang memperkatakan tentang keburukan botol plastik.)







P/S : Takutlah... Semalam aku minum kopi ping dalam botol..... Uhuk...Uhukzzz...

Sunday 23 January 2011

TiDaK BaiK TiDuR DeNgAn LaMpU TeRpAsAnG


Aku tidak suka tidur dengan keadaan yang terang-benderang.... Tapi aku rasa masih ada di kalangan kita ni tidur dengan lampu yang berpasang sebab takut gelap... hahahahahahahah.... Ooopppsss... Sorry... Jangan marah ya....(gurau saja...). Tabiat tidur dengan lampu yang terpasang ni tidak patut dijadikan amalan. Nak tahu kenapa?... Bacalah dekat bawah ni...

v

v

v

Sumber : Google

Sejak awal kewujudan manusia, sel dalam tubuh kita berkembang dan mengalami perubahan bergantung kepada faktor-faktor sekeliling seperti pemakanan, persekitaran, dan banyak lagi faktor lain (malas cari daaa... kwangkwangkwang). Salah satu yang penting dalam faktor persekitaran adalah pertukaran cahaya pada waktu siang dan malam. Secara alami, malam dijadikan untuk manusia supaya dapat berehat dan sel-sel tubuh akan digantikan dengan sel yang baru dan sel-sel tertentu akan mengekodkan protien yang berfungsi sistem imun, pertumbuhan dan sebagainya. Antara yang paling penting adalah sejenis hormon yang dipanggil MELATONIN yang dirembeskan oleh kelenjar pineal. MELATONIN ni berfungsi untuk menetapkan jam biologi tubuh, menjaga keseimbangan tubuh dengan menetapkan perembesan hormon yang berbeza-beza, meneutralkan bahan kimia yang memberikan kesan tidak elok di dalam tubuh dan menentukan kitar tidur (banyak fungsi Melatonin ni..).

Yang menarik dan ajaibnya (haaaa.....!), MELATONIN ni hanya akan dirembeskan saat bermulanya pembentukan gelap (waktu malamlah tu). Dan menjelang tengah malam (semakin gelap), kadar MELATONIN berada pada tahap yang paling tinggi. Penyelidikan menunjukkan rembesan MELATONIN ini akan terganggu dengan kemunculan cahaya. Malah dalam sesetengah kajian menunjukkan kaitan MELATONIN yang rendah dalam pembentukan kanser, terutamanya pada wanita (Arrrgghhhh.... Takutnya...).. Menurut satu kajian , tidur dalam keadaan lampu yang terpasang atau berjaga sehingga lewat malam dikenalpasti sebagai antara punca seseorang wanita boleh diserang barah payudara (OMG... !).  Kajian tersebut juga menunjukkan cahaya lampu pada waktu malam mengganggu salah satu pertahanan semulajadi tubuh yang paling kuat menentang barah iaitu MELATONIN yang juga digelar sebagai ‘hormon kegelapan’ [macam puaka saja nama hormon ni...uhuhuh.).
Adakah anda masih mahu tidur dengan lampu terpasang???....


(Email dari seorang kawan yang sudah diubahsuai dan dioalah dengan penambahan beberapa maklumat yang berkaitan).






P/S : Oh... ya.. Selain daripada menghalang pertumbuhan barah, MELATONIN juga mampu meningkatkan sistem komunikasi.

Saturday 22 January 2011

TaG DaRi EZURAH


Memandangkan orang yang tag aku ni menjawab soalan peperiksaan ni dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan, so aku dengan automatiknya akan menggunakan bahasa yang sama. Lagipun B.I aku sebenarnya hancusss...... huhuhuhuh (pengakuan berani mati)... Ni lah foto rasmi pencetus soalan yang lebih kurang macam sesi suai kenal ni....



~Two questions about your blog~

What is your blog's title and reason to make it yours
Mindai Haring tu dalam bahasa ibunda aku (Rungus) bermaksud ibu yang mempunyai seorang anak. So, Si Mindai Haring tu merujuk kepada akulah. Kan ni blog aku... hehee...



Your blog is categorized as a? ;personal, photography, food, place, fashion etc...
Mula-mula aku create blog aku ni memang agak personal lah juga coz lebih banyak kisah aku (label : My story). Tapi sekarang aku lebih suka sharing benda-benda yang aku rasa penting dan menarik untuk dikongsi. Jadi... Apa kategori blog aku hah??!! Aku sendiripun tak tahu ni... etc kot.... kwang3...



 ~Randomly about you~


Your favorite colors.
Minat gila >> Hijau
Minat >> Hitam
Minat gitu-gitu saja >> Brown, Biru, dll...


What is your happiest childhood memory?
Banyaklah.... Nanti kalau senaraikan satu-satu jadi macam novel pula... Erm...Yang paling happy dan aku tak pernah lupa, Birthday aku pada setiap tahun,... mandi hujan sampai demam, main masak-masak (masak berudu dalam tin sardin. pakai api betul. selepas mendidih, sepupu aku makan betul-betul berudu tu... hahahaha)..

What is your all time favorite song? Link it from youtube etc.
Melawan Kesepian -Dato' Siti Nurhaliza


What was the last song you heard?

The Show >> Lenka


What is your favorite song during exercise/working out?
Mulan Jameela >> Wonder Woman.... ^_^



What song will you hear to get you sleep at night?
Debussy Collection...


Who was the last person you messaged?
Mama.



What was the best vacation you ever had?
Jangan tergelak kalau aku terlalu berterus-terang. Aku belum pernah pergi ke mana-mana yang di anggap sebagai "vacation"... [Kesiankan....]



Food and beverages?
Tuna Sandwich, Chocolate, Tea dan semua jenis masakan mama aku... heeee... OOoooopppsss.... Tertinggal satu benda. Ais Krim.... Yummy.....



~Your favorite quote~
There are no accidents…
there is only some purpose
that we haven’t yet understood.


(Deepak Chopra)



~Your inspiration photo~



~A smiling picture of you~



Sorry la kalau bukan macam gambar senyum.. Ni saja yang aku ada dalam PC (office).

Aku TAG semua follower aku... Inilah masanya untuk mengetahui serba sedikit tentang diorang... Kepada semua follower, sila check blog anda ya.... ^_^






P/S : Banyak sangat "dugaan" sewaktu aku menyiapkan benda ni. Telefon berdering.... Kena sound oleh "ms. perfect"...dll.... Nasib baik siap juga akhirnya....

Friday 21 January 2011

SaKiT JaNtUnG


Sumber : Google

Jantung manusia terdiri daripada serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah tersebut tidak mencukupi adalah disebabkan oleh salur darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak.

SERANGAN SAKIT JANTUNG

~Digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
~Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, maka lebih merbahayalah serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan SERANGAN SAKIT JANTUNG.

FAKTOR PENYEBAB

Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan perasaan = degupan jantung akan meningkat.
  • Tekanan darah meningkat.
 Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Makanan tinggi lemak seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak adalah makanan yang merbahaya jika diambil berlebihan.
 Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
 Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis 
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung


ANDA BERISIKO JIKA:-
  • Anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Anda merokok.
  • Anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Anda kurang bersenam.
  • Anda kurang memakan sayur dan buah segar.

CARA-CARA UNTUK MEMINIMAKAN RISIKO
  • Sekiranya ada di kalangan keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolestrol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolestrol yang diserap oleh badan.

Sumber maklumat dan rujukan : Kementerian Kesihatan













P/S : Semenjak dua menjak ni, banyak sangat kematian yang disebabkan oleh sakit jantung.... huhuh....

Thursday 20 January 2011

KHaSiAt COKLAT


Sumber : GOOGLE

~Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

~Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

~Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

~Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

~Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

~Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

~Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

~Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

~Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

~Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

~Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

~Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

~Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.




Dirujuk & Diolah Daripada: Majalah Jelita 2000 & Buku Rahsia Coklat 2005.




 




P/S : Coklat... Oh! Coklat.... i Luv U... huhuhuhuh....

Wednesday 19 January 2011

MaKaNaN YaNg MaMpU MeNiNgKaTkAn KaDaR MeTaBoLiSmE



Apa itu metabolisme? Metabolisme merupakan satu proses pengolahan (pembentukan dan penguraian) zat-zat yang diperlukan oleh tubuh agar ia dapat menjalankan fungsinya. Dalam sesetengah kes, metabolisme yang perlahan akan membuatkan seseorang itu mengalami kegemukan macam aku. Huhuhuh....Tapi berdasarkan kajian, ada beberapa jenis makanan yang mampu merangsangkan peningkatan kadar metabolima tubuh manusia. Satu malam aku cari benda-benda ni. Sekadar ingin berkongsi... Sudah semestinya akan diamalkan... 



~ EPAL
   Membataskan sel untuk menyerap lemak dan dalam masa yang sama ia mendorong penyerapan air berlebihan untuk membantu melepaskan lemak dari badan.

~ KEKACANG
   Meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak dan sentiasa merasa kenyang.

~ BUAH-BUAHAN yang mengandungi VITAMIN C
   Membantu dalam proses metabolisme.

~ PROTIEN
   Makanan yang kaya dengan protien dan serat adalah makanan terbaik untuk membakar lemak dalam perut.

~ TEH HIJAU
   Membakar lemak dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyerap lemak.

~ PISANG
   Kalium yang terdapat dalam pisang akan membantu meningkatkan metabolisme dan mengekalkan keseimbangan air dalam badan.

~ SALMON / TUNA
   Omega 3 yang terkandung dalam ikan laut dalam ini merupakan pembakar lemak alami kerana mampu mengurangkan paras kolestrol.

~ CILI
    Mempunyai capsaicin yang meningkatkan kadar metabolisme. Cili merupakan makanan yang memiliki  kesan termogenik. Tubuh akan membakar kalori selama 20 minit selepas mengunyah cili. 









P/S : Hoooorayyy!... Aku suka cili....

                

Monday 17 January 2011

TiDuR.... 1 CaRa UnTuK KuRuSkAn BaDaN (...biar betul....)


SUMBER ; GOOGLE

Berdasarkan satu penyelidikan yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, didapati bahawa individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan.  (Macam betul saja ni... Aku diet habis-habisan dah ni... Tapi tak kurus-kurus juga... Asyik tidur pukul 12 lebih. Kadang-kadang jam 1 pagi barulah tercari-cari bantal....Ermmm...)

 Oleh itu, siapa yang berazam hendak kurus tu tak terkecuali aku cubalah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tak payahlah berjaga sehingga larut malam. Cubalah selesaikan tugas-tugas yang penting dengan lebih awal supaya dapat tak lewat sangat masuk tidur Jika kualiti tidur terpelihara, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil boleh turun beberapa kg atau lebih pada bulan-bulan yang mendatang. Jom ubah tabiat tidur kita.... Selain untuk kurus bagi yang gemuk macam aku, ia juga untuk kesihatan sebenarnya...










P/S : Pukul 10 lebih dah... Nak tidur dulu... Daaaa.....

Sunday 16 January 2011

KeSoPaNaN & KeSuSiLaAn... (mana perginya nilai ini?....)


Sumber : GOOGLE

Petang hari ahad. Seperti biasa aku akan temankan kakak pergi menghantar Nicol dan Yong ke Sunday School.. Kali ini Baby dan Junior tak ikut sama. Abah diorang ada di rumah so aku dan kakak bebas sedikitlah berjalan-jalan tengok-tengok barang sementara menunggu Nicol dan Yong siap. Sewaktu menunggu Nicol dan Yong, aku dan kakak menghabiskan masa membelek-belek baju di kedai pakaian dan membeli sedikit barang dapur. Kali ini kami tak pergi jauh. Kami hanya berlegar-legar di kawasan tempat Nicol dan Yong study tu... Bila kami rasa kaki sudah naik penat pusing-pusing keliling [lemak dah terbakar... yeah....], kamipun duduklah di tepi jalan sambil makan jeruk buah (tempat duduk ada disediakan bersebelahan dengan gerai jeruk buah tu). Tempat Nicol dan Yong study tu di seberang jalan saja. Senang sikit hendak pastikan bila diorang habis kelas. Dari tempat kami duduk tu, boleh nampak diorang keluar.

Duduk di tepi jalan ni macam-macam karenah pemandu yang boleh dilihat sekaligus terus boleh buat kesimpulan sendiri tentang pemandu tu (kehkehkeh....). Ketika aku dan kakak sedang sibuk bercerita tentang pets, kami telah menyaksikan satu kejadian yang betul-betul tak sepatutnya terjadi. Memandangkan hari ni hari minggu, jadi orangpun keluarlah jalan-jalan. Di sebelah kanan tempat kami duduk tu ada super market. Setiap hujung minggu, ramai sangat yang pergi bershopping di situ. Tempat letak keretapun tak cukup. Ada yang sampai double parking. Panjangnya ulasan...huhuh... Sebenarnya aku hanya nak cerita tentang seorang lelaki ni saja. Tapi jauhnya berputar-putar sampai ke China....Ngeee...

Dekat-dekat pukul 6 petang, jalan tu makin sesak.. Semua putar-putar cari parking. Ada seorang lelaki ni... Dia bawa kereta proton wira hitam bernombor SS 47** F (Mana boleh kasi tau lengkap-lengkap, matilah aku nanti kalau orang tu dapat tahu). Aku rasa ekzos dah diubah suai coz bunyi deruman kereta tu luar biasa sangat kuatnya.
Di hadapannya, ada seorang lagi lelaki bawa lori (aku rasa umur macam pakcik-pakcik dah...). Pakcik yang bawa lori tu tadi memberhentikan kereta untuk memberikan laluan kepada satu lagi kereta yang hendak keluar dari parking. Mungkin orang yang hendak keluar parking tu belum berapa mahir sangat, so balik-baliklah reverse pas tu maju ke depan... Gerakpun sikit-sikit tekan brek..... Si pakcik lori ni menunggu dengan sabar. Anak muda yang dibelakang pakcik ni tadi pula yang mula naik radang. Dengan kurang ajarnya (maaf.. kalau perkataan ni keterlaluan) dia membunyikan hon bertalu-talu dan menekan pedal minyak sehingga menghasilkan bunyi ngauman enjin kereta yang bingit!. Asap keluar berkepul-kepul. Tak cukup dengan itu, dia memaki-hamun pakcik tu dengan perkataan mencarut yang kebanyakannya dipinjam dari bahasa inggeris... Marah sungguh lelaki tu tapi hendak buat macam mana, pakcik yang di depan tu bukannya sengaja melengah-lengahkan dia. Aku tengok pakcik tu selamba sahaja. Tapi aku rasa dalam hatinya ada juga terselit perasaan hendak bagi penampar dekat lelaki tu... kwangkwangkwang... Tak adalah.... Aku saja buat-buat cerita tambahan... Yang sebenarnya pakcik tu tadi tetap tenang dan bersahaja. Selepas tu, aku nampak dari jauh pakcik tu memberhentikan lorinya di bahu jalan, memberi peluang kepada si lelaki tadi mendahuluinya (pakcik ni terlalu baiklah... bertoleransi). Sewaktu lelaki tu melintas di sebelah pakcik tu, dia sempat unjukkan penumbuk dan isyarat jari tengah (f*ck you) kepada pakcik tu. Pakcik tu diam sahaja. Aku betul-betul pujilah tahap kesabaran pakcik ni... Kalau akulah, mungkin penghujungnya "balai cerita"... <<melampaunya... hehehee. Sampai macam tu sekali?.. Taklah..... Ermm... Itulah kejadian yang aku saksikan petang tadi. Yang benar-benar meninggalkan kesan di hati aku. Geram... Marah... Sayu... Terharu... Macam-macam... Kenapa agaknya nilai sopan dan susila sudah semakin kurang diamalkan oleh remaja-remaja zaman sekarang? (maaf....bukan semua tak mengamalkan ya... ada sebahagian...).. Tak tahu menghormati orang yang lebih tua... Tak sabar... Bla...Bla... Bla... Nak cakap mak bapak tak bagi tunjuk ajar, mustahil...(Parents mana yang suka anak berperangai macam tu?)...Kalau tak ajar sekalipun, kan dekat sekolah ada mata pelajaran Agama Islam dan Pengetahuan Moral (bagi  yang bukan beragama Islam)... Takkan tak pergi sekolah... [Ataupun memang dia yang tak masuk ajar]... Aku rasa peliklah... Apalah nak jadi ni....... Dunia makin maju, perangaipun makin maju ke arah kesetanankah?... Oooopppppsssss... Telebih sudah... Okeylah... Aku hendak berhenti di sini.. Makin panjang ulasan, semakin kurang elok pula bahasa yang aku gunakan... Tak bermaksud begitu sebenarnya.. Mungkin hanya untuk melepaskan geram...








P/S : Hormatilah orang yang lebih tua.... Tak kira di mana atau dalam situasi apapun....

Friday 14 January 2011

SeLsEmA oH! SeLsEmA......


Sumber : Google
 Aku MC hari ni gara-gara selsema. Ni lah cuti sakit aku yang pertama dalam tahun 2011 ni... Sebenarnya dari kelmarin aku rasa tak sedap badan. Tekakpun macam ada perit sedikit. Selepas aku minum panadol (soluble), aku rasa okey sudah... Tapi semalam aku bersin tak henti-henti. Mukuspun membiaklah dengan jayanya dalam rongga tekak dan hidung aku. So terpaksalah aku ambil MC. Betul-betul tak larat... Minta kakak hantarkan pergi klinik coz Co kerja hari ni. Kebetulan kakak ada urusan dekat KK jadi aku pergilah sekali... Baiklah... memandangkan aku sedang selsema sekarang ni jadi aku hendak berkongsi serba- sedikitlah tentang SELSEMA ni...

     * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * *

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala
-          Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
-          Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
-          Bersin.
-          Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bagi bayi.
-          Sakit kepala.
-          Adakalanya, demam yang ringan.
-          Sakit badan.
-          Mata berair.




 Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
  • Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C atau demam ringan yang berpanjangan.
  • Berlakunya sakit dada.
  • Terdapat kesusahan bernafas.
  • Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang  itu ialah:

- Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
- Tidur secukupnya.
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan  makanan.
- Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
- Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya.     Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
-Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

 
Jangan:-
  • Merokok.
  • Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
  • Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin akan mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
  • Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema. Ubat yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Lakukan :-
  • Berehat
  • Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
  • Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
  • Inhalasi (sedutan).

  Jika selsema teruk tidak dirawat, ia akan membawa kepada :-
  • Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
  • Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
  • Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
  • kanak-kanak.
  • Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
  • Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
  • Jangkitan bakteria sekunder.
  • Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah :
 -Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
-Warga-warga tua
-Golongan yang sangat muda.








P/S : Harap-haraplah cepat sembuh... huhuhuh.....


Thursday 13 January 2011

MaRi KeNaLi JeNiS FoBiA... (Part 1)


Sumber : GOOGLE
Aku rasa ramai di antara anda yang mempunyai lebih dari satu jenis fobia macam aku. Dan mungkin ada yang masih tidak tahu nama 'rasmi' fobia yang dihidapi. Aku ada buat research dengan Co sikit-sikit  malam tadi tentang jenis-jenis fobia (Jenis-jenis saja tau... Tidak termasuk cara mengatasi). Rupa-rupanya, fobia ni ada baaaaaaaaanyak sangat jenis (banyaknya "a".... Tu bermakna, banyak sangat-sangatlah tu... hikhikhik). Senarai jenis-jenis fobia tu dari terdiri daripada huruf A sampailah ke huruf Z... Banyakkan?....  Fobia yang pelik-pelikpun tersenarai sama. Baiklah.... Untuk kali ini aku hendak share jenis-jenis fobia yang bermula dengan huruf "A" dulu. Ni pun dah setengah mati nak translatekan ke B.M.. Jom check fobia masing-masing....>>>>


Achluophobia – Takut  pada kegelapan.
 Acousticophobia – Takut pada kebisingan.
Acrophobia /Altophobia - Takut pada ketinggian.
Agoraphobia – Takut berada di ruangan terbuka atau berada di tempat awam.
Ailurophobia - Takut pada kucing.
Alektorophobia - Takut pada ayam.
Alliumphobia – Takut pada bawang putih.
Allodoxaphobia – Takut pada pendapat orang.
Amaxophobia - Takut menaiki kereta.
Ambulophobia – Takut untuk berjalan.
Ancraophobia /Anemophobia -Takut pada angin.
 Androphobia – Takut pada lelaki.
Anglophobia – Takut kepada budaya Inggeris, dll.
Anthrophobia – Takut pada bunga.
 Antlophobia - Takut pada banjir.
 Anuptaphobia - Takut tinggal sendirian.
 Apeirophobia – Takut pada infiniti (sesuatu yang tidak berkesudahan).
Aphenphosmphobia - Takut disentuh.
Apiphobia - Takut pada lebah.
Apotemnophobia – Takut pada amputasi (pemotongan/pengeratan/pengudungan)
Arachnephobia / Arachnofobia  - Takut pada labah-labah.
Arithmophobia - Takut pada nombor.
Arrhenphobia – Takut pada lelaki.
Arsonphobia - Takut pada api.
Astraphobia / Astrapophobia – Takut pada guruh dan petir.
Astrophobia – Takut pada bintang / ruangan.
 Ataxophobia - Takut kekacauan atau keselekehan.
Atelophobia - Takut pada ketidaksempurnaan.
Athazagoraphobia – Takut diabaikan / dilupakan.
Atychiphobia - Takut pada kegagalan.
Aurophobia – Takut pada emas.
 Automatonophobia – Takut pada bunyi-bunyian patung/ boneka , makhluk animatronik, patung lilin
Automysophobia - Takut dikotori  / menjadi kotor.
Autophobia - Takut pada kesunyian.
Aviophobia / Aviatophobia - Takut terbang.

P/S : Kamu takut apa? 

Wednesday 12 January 2011

FoBiA...... [Tiada Kaitan Dengan Thai's Horror Movie tu ya....)


Fobia... Sebut saja perkataan ni aku terus terfikir tentang suatu situasi yang mana seseorang itu mengalami ketakutan yang melebih-lebih dan tidak munasabah terhadap sesuatu keadaan, tempat ataupun benda > ni aku punya definisi berdasarkan pemahaman aku....  Setiap orang ada fobianya sendiri. Yang membezakannya hanyalah tahap keseriusan fobia tu. Aku tidak terkecuali... Aku fobia pada lipan, ular, cacing, etc. (segala benda yang seumpama dengannya). kadang-kadang belt yang diletakkan di tempat yang tak sepatutnyapun buat aku terjerit-jerit macam orang gila sambil berlari panjat kerusi... Lepas tu tak mahu lalu tempat tu lagi (walaupun aku dah tahu apa yang aku nampak tadi tu bukannya ularpun... huhu...) >Teruknya...


*    *    *    *    *    *    *    *    *

Sumber : Google
 Definisi / Pengertian fobia oleh pakar psikologi : Penolakan yang dilahirkan dengan perasaan takut yang melampau dan tidak berasas terhadap bahaya yang dipercahayai terkandung  pada sesuatu objek atau situasi. [ Hampir sama dengan aku punya definisi...hehe...]

Kategori fobia :
~ Fobia Spesifik = ketakutan yang disebabkan oleh sesuatu objek dan tempat yang konkrit.
                             (contohnya : binatang & lif)  
~ Fobia Sosial = ketakutan yang tidak rasional terhadap beberapa situasi yang sedang dialami.
                           (contohnya : berada di khalayak ramai)
                
Jenis-jenis fobia : [sebenarnya ada banyak lagi...]
  1.   Claustrophobia = takut berada di tempat ruang yang sempit dan tertutup.
  2.   Agoraphobia = takut berada di tempat awam (tempat yang ramai oranglah ni...)
  3.   Acophobia = takut berada di tempat tinggi. 
  4.   Scopophobia = takut dilihat/direnung orang lain (lebih kurang dengan yang no. 2 tu..)
  5.   Ephebiphobia = takut melihat golongan remaja (macam-macamlah... hehe)
  6.   Trichophobia = takut melihat rambut yang gugur 
  7.   Vomitophobia = takut termuntah apabila melihat orang yang muntah
  8.   Motorphobia = takut akan semua jenis kenderaan yang bermotor.
  9.   Pentheraphobia = takut akan ibu pasangan/mertua (luculah...)
  10.   Vestiophobia = takut kepada pakaian-pakaian yang tertentu (contohnya pakaian sendat)
  11.   Animal phobia = takut kepada binatang/haiwan tertentu (akulah ni...)
  12.   Blood phobia = takut darah (aku rasa kebanyakan orang ada fobia ni...)

Cara menangani atau merawat fobia :

  • Kaedah Systematc Desensitization = Membayangkan objek, tempat atau situasi yang ditakuti ketika berada dalam keadaan rileks.
  • Kaedah Flooding = Terapi psikologi di mana penghidap dipaparkan secara langsung dengan bahan yang menjadi sumber fobianya.
  • Kaedah Modelling = Pendedahan terhadap pelbagai situasi pemicu fobia. 
  • Kaedah Biology = Penggunaan sedatif, transqiulizer, anxyolitic.  








Dirujuk dan diubahsuai dari :- Psikologi Abnormal.

P/S : Apa fobia anda? Atasinya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men