Sumber : GOOGLE |
Petang hari ahad. Seperti biasa aku akan temankan kakak pergi menghantar Nicol dan Yong ke Sunday School.. Kali ini Baby dan Junior tak ikut sama. Abah diorang ada di rumah so aku dan kakak bebas sedikitlah berjalan-jalan tengok-tengok barang sementara menunggu Nicol dan Yong siap. Sewaktu menunggu Nicol dan Yong, aku dan kakak menghabiskan masa membelek-belek baju di kedai pakaian dan membeli sedikit barang dapur. Kali ini kami tak pergi jauh. Kami hanya berlegar-legar di kawasan tempat Nicol dan Yong study tu... Bila kami rasa kaki sudah naik penat pusing-pusing keliling
Duduk di tepi jalan ni macam-macam karenah pemandu yang boleh dilihat sekaligus terus boleh buat kesimpulan sendiri tentang pemandu tu (kehkehkeh....). Ketika aku dan kakak sedang sibuk bercerita tentang pets, kami telah menyaksikan satu kejadian yang betul-betul tak sepatutnya terjadi. Memandangkan hari ni hari minggu, jadi orangpun keluarlah jalan-jalan. Di sebelah kanan tempat kami duduk tu ada super market. Setiap hujung minggu, ramai sangat yang pergi bershopping di situ. Tempat letak keretapun tak cukup. Ada yang sampai double parking. Panjangnya ulasan...huhuh... Sebenarnya aku hanya nak cerita tentang seorang lelaki ni saja. Tapi jauhnya berputar-putar sampai ke China....Ngeee...
Dekat-dekat pukul 6 petang, jalan tu makin sesak.. Semua putar-putar cari parking. Ada seorang lelaki ni... Dia bawa kereta proton wira hitam bernombor SS 47** F (Mana boleh kasi tau lengkap-lengkap, matilah aku nanti kalau orang tu dapat tahu). Aku rasa ekzos dah diubah suai coz bunyi deruman kereta tu luar biasa sangat kuatnya.
Di hadapannya, ada seorang lagi lelaki bawa lori (aku rasa umur macam pakcik-pakcik dah...). Pakcik yang bawa lori tu tadi memberhentikan kereta untuk memberikan laluan kepada satu lagi kereta yang hendak keluar dari parking. Mungkin orang yang hendak keluar parking tu belum berapa mahir sangat, so balik-baliklah reverse pas tu maju ke depan... Gerakpun sikit-sikit tekan brek..... Si pakcik lori ni menunggu dengan sabar. Anak muda yang dibelakang pakcik ni tadi pula yang mula naik radang. Dengan kurang ajarnya (maaf.. kalau perkataan ni keterlaluan) dia membunyikan hon bertalu-talu dan menekan pedal minyak sehingga menghasilkan bunyi ngauman enjin kereta yang bingit!. Asap keluar berkepul-kepul. Tak cukup dengan itu, dia memaki-hamun pakcik tu dengan perkataan mencarut yang kebanyakannya dipinjam dari bahasa inggeris... Marah sungguh lelaki tu tapi hendak buat macam mana, pakcik yang di depan tu bukannya sengaja melengah-lengahkan dia. Aku tengok pakcik tu selamba sahaja. Tapi aku rasa dalam hatinya ada juga terselit perasaan hendak bagi penampar dekat lelaki tu... kwangkwangkwang... Tak adalah.... Aku saja buat-buat cerita tambahan... Yang sebenarnya pakcik tu tadi tetap tenang dan bersahaja. Selepas tu, aku nampak dari jauh pakcik tu memberhentikan lorinya di bahu jalan, memberi peluang kepada si lelaki tadi mendahuluinya (pakcik ni terlalu baiklah... bertoleransi). Sewaktu lelaki tu melintas di sebelah pakcik tu, dia sempat unjukkan penumbuk dan isyarat jari tengah (f*ck you) kepada pakcik tu. Pakcik tu diam sahaja. Aku betul-betul pujilah tahap kesabaran pakcik ni... Kalau akulah, mungkin penghujungnya "balai cerita"... <<melampaunya... hehehee. Sampai macam tu sekali?.. Taklah..... Ermm... Itulah kejadian yang aku saksikan petang tadi. Yang benar-benar meninggalkan kesan di hati aku. Geram... Marah... Sayu... Terharu... Macam-macam... Kenapa agaknya nilai sopan dan susila sudah semakin kurang diamalkan oleh remaja-remaja zaman sekarang? (maaf....bukan semua tak mengamalkan ya... ada sebahagian...).. Tak tahu menghormati orang yang lebih tua... Tak sabar... Bla...Bla... Bla... Nak cakap mak bapak tak bagi tunjuk ajar, mustahil...(Parents mana yang suka anak berperangai macam tu?)...Kalau tak ajar sekalipun, kan dekat sekolah ada mata pelajaran Agama Islam dan Pengetahuan Moral (bagi yang bukan beragama Islam)... Takkan tak pergi sekolah...
P/S : Hormatilah orang yang lebih tua.... Tak kira di mana atau dalam situasi apapun....
8 comments:
Sabar kau kodoutulu.. inilah ni perangai manusia zaman sekarang.. semakin teruk
Sa sabar juga bh.... Lagipun bukan semua manusia macam tu...Ada juga yg baik. Kalo jahat, jahat telampau owh...
sabar2...jgn tension2
Tak tension, E.d.Y.... Terkilan tengok orang tak ada budi bahasa...
memang geram kalau tgk orag tak reti bahasa ni.. mau nak kena penampar agaknye..hehehe
Geram sangat, anne... Tp malangnya tak dpt buat apa2... huhuh...
Memang ada org2 macam ini di dunia..Inilah kerenah manusia..yg penting sya sentiasa cool kalau memandu..lebih2 kalau ada sumandak yg ada masalah sya tetap tolong..ehhe
sa tidak cool owh kalo sa guns... sa takut saja ada lori besar yg berselisih dgn sa... Aik... sumadak saja ka yg ko tolong?... kalo aki2 mcm mana?...
Post a Comment