Sumber : Google |
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG) untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Contohnya ialah semua sayur yang berwarna hijau termasuklah teh hijau dan epal hijau.
MERAH
Mengandungi likopen dan asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel. Ia boleh diperoleh daripada epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri dan tomato.
KUNING-JINGGA
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin yang penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya ketahanan badan; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Sumbernya ialah oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.
PUTIH
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah serta merangsang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur dan buah berwarna putih ialah buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang dan kentang,
BIRU-UNGU
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan. Ia boleh didapati daripada buah dalam tin, beri biru, kubis ungu, anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bawang merah dan bit.
Dipetik Dari : www.hmetro.com.my
P/S : Vege & fruit lover!
13 comments:
tak tau pulak warna memainkan peranan penting dan ada khasiat2 tertentu...good info
dulu tahu sikit2 saja... skrg dah tahu bnyk2... hehe... kalau nak diet yg seimbang dan paling baik, makanlah buah atau sayur dari kelima-lima jenis warna ni...
diantara khasiat2 diatas yg mana 1 paling sedap d mkn erk?? :P
Smua pun sedap, fiz... hehehehe
info yang menarik gia ni.
kenapa tiada pink?haha
menarik! aku makan semua jenis gak haha tp x dptlah makan selalu haah
Saya suka vage... ngap2 makan macam karabau haha
MrsGamanBorneo : ya lorr..... sa suka ni info... pasal tu la sa mo share dgn kamurang..
Liling : Ada ka sayur warna pink?... kalo ada, sa pun mau owh....
Pert : Baguslah, pert.... baik untuk kesihatan ni...
Donn : hahahahaha.. sdap bh kan... hehe
info tentang nanas di SIHAT SELALU - Khasiat Nanas
info tentang nanas di SIHAT SELALU - Khasiat Nanas
Sa suka makan sayur bah
armouris : Info yg bagus.....
Beth : Kita ni penggemar sayur... hahaha
Post a Comment