Aku tidak suka tidur dengan keadaan yang terang-benderang.... Tapi aku rasa masih ada di kalangan kita ni tidur dengan lampu yang berpasang sebab takut gelap... hahahahahahahah.... Ooopppsss... Sorry... Jangan marah ya....(gurau saja...). Tabiat tidur dengan lampu yang terpasang ni tidak patut dijadikan amalan. Nak tahu kenapa?... Bacalah dekat bawah ni...
v
v
v
v
|
Sumber : Google |
Sejak awal kewujudan manusia, sel dalam tubuh kita berkembang dan mengalami perubahan bergantung kepada faktor-faktor sekeliling seperti pemakanan, persekitaran, dan banyak lagi faktor lain (malas cari daaa... kwangkwangkwang). Salah satu yang penting dalam faktor persekitaran adalah pertukaran cahaya pada waktu siang dan malam. Secara alami, malam dijadikan untuk manusia supaya dapat berehat dan sel-sel tubuh akan digantikan dengan sel yang baru dan sel-sel tertentu akan mengekodkan protien yang berfungsi sistem imun, pertumbuhan dan sebagainya. Antara yang paling penting adalah sejenis hormon yang dipanggil MELATONIN yang dirembeskan oleh kelenjar pineal. MELATONIN ni berfungsi untuk menetapkan jam biologi tubuh, menjaga keseimbangan tubuh dengan menetapkan perembesan hormon yang berbeza-beza, meneutralkan bahan kimia yang memberikan kesan tidak elok di dalam tubuh dan menentukan kitar tidur (banyak fungsi Melatonin ni..).
Yang menarik dan ajaibnya (haaaa.....!), MELATONIN ni hanya akan dirembeskan saat bermulanya pembentukan gelap (waktu malamlah tu). Dan menjelang tengah malam (semakin gelap), kadar MELATONIN berada pada tahap yang paling tinggi. Penyelidikan menunjukkan rembesan MELATONIN ini akan terganggu dengan kemunculan cahaya. Malah dalam sesetengah kajian menunjukkan kaitan MELATONIN yang rendah dalam pembentukan kanser, terutamanya pada wanita (Arrrgghhhh.... Takutnya...).. Menurut satu kajian , tidur dalam keadaan lampu yang terpasang atau berjaga sehingga lewat malam dikenalpasti sebagai antara punca seseorang wanita boleh diserang barah payudara (OMG... !). Kajian tersebut juga menunjukkan cahaya lampu pada waktu malam mengganggu salah satu pertahanan semulajadi tubuh yang paling kuat menentang barah iaitu MELATONIN yang juga digelar sebagai ‘hormon kegelapan’ [macam puaka saja nama hormon ni...uhuhuh.).
Adakah anda masih mahu tidur dengan lampu terpasang???....
(Email dari seorang kawan yang sudah diubahsuai dan dioalah dengan penambahan beberapa maklumat yang berkaitan).
P/S : Oh... ya.. Selain daripada menghalang pertumbuhan barah, MELATONIN juga mampu meningkatkan sistem komunikasi.
14 comments:
Nasib baik sa tdr dengan lampu terpadam....tp sometimes ada jua la....
Bahaya kan, beth....
saya pun nda suka lampu kalau tidur..nda dapat tidur ba..
Lenn,theme baru nampak blog kau.. santik suda :)
sia bkn apa.. takut bil tggi! hahahaha
Donny : Sama la... Silau bh kan, donn... Er... iya... baru bikin bh ni.... tp mo tukar tu header.. mcm kabur. mo resize dulu.
Just : Hahahaha... Tu la antara kebaikan off lampu tem tidur, just...
Saya suka tidur dlm keadaan dim light, tida tarang butul2 dan tida galap...in between lah..hehehe, sebab sya takut hantu bah..ahha
mungkin o.k juga bh kalo lampu malap2 saja... Naaa... bucur rahsia ko, guns... ko takut hantu plak... hahaa
sa pn cam c gunsirit. yg dim pnya. tpi d hostel ni xda chance mau dim2..hehe..
Biasa la, nanie... hostel kan... biasalah tu...
aku suka tidur lampu yang romantik, gelap pun aku tak suka hahaha..apa pun aku setuju dgn fakta ni..
thanx lennmommachubby..
uisemen... romantik aarrr.... hehe... wlcome... ^_^
sy tidur tutup lampu. tapi lampu talipon tetap on,tepat sasaran cahaya ke dinding. bila dengar bunyi yg mendukacitakan baru sy tidur sama lampu kalimantang.hehehe
Ooo... takut gelap la ni.... Mngkin lampu kalimantang tu boleh dgantikan dgn lampu tdur... ^_^.. Untuk kesihatan juga bh kan... hehe
yup..betul tu..lampu ni boleh menyebabkan breast cancer n prostate cancer...
research ni ada blogger dah buat untuk master n phd dia...blogger eqbalzack..rasanya semua org kenal
Post a Comment