Friday 1 July 2011

TiPs ELaK KeCuRiAN Di RuMaH


~Google~


(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).


sumber







P/S : Rumah LMC telah dipecah masuk pada 29 June yang lepas. Beberapa benda telah dicuri termasuk komputer riba kesayangan.. Huhuhuhhhh.. Sedihhhhh!........

Tuesday 28 June 2011

JiMaT & BeRHeMaH KeTiKa BeRBeLaNJa


-Google-


~ Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli untuk membuat perbandingan harga yang ditawarkan.

~ Senaraikan nama dan harga barangan yang hendak dibeli. Ia dapat mengekang nafsu berbelanja. Ingat! Beli yang benar-benar perlu dan penting saja.

~ Jika tidak dapat mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-eloknya bawalah teman yang boleh membantu untuk membuat pilihan yang lebih bijak.

~ Gunakan bakul jika barang yang dibeli tidak banyak. Elakkan menggunakan troli kerana ia akan memancing anda untuk membeli yang bukan-bukan.

~ Pastikan barangan keprluan bulanan dibeli mencukupi untuk mengelakkan selalu ke pasar raya yang akan menjejaskan jadual belanjawan.

~ Bagi mengelakkan diri "tergoda" usahlah berlegar di tempat barangan yang tidak diperlukan. Menghalalah terus ke tempat barang-barang yang diperlukan (hendak dibeli).

~ Catatkan setiap perbelanjaan agar dapat memantau aliran keluar wang.




majalah wanita (ringgit & sen)






P/S : Gaji dah masuk!... Tapi kena berjimat-cermat. Huhuhhh...

Monday 27 June 2011

PeNJaGaAN AsAs UnTuK MuKa BeRJeRaWaT


google

MEMBERSIH
Bersihkan wajah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur untuk menyingkirkan kotoran, minyak dan bakteria yang menyumbat pori-pori wajah. Cukup hanya dua kali kerana terlalu kerap membersihkan wajah akan membuatkan wajah menjadi kering, iritasi dan memicu kepada penghasilan minyak berlebihan yang menyebabkan kulit berjerawat.


PENGELUPASAN
Pengelupasan sebenarnya penting untuk semua jenis kulit. Ia bertujuan untuk menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaiki struktur kulit. Gunakan pembersih / srcrub muka khusus untuk kulit berjerawat yang bersesuaian. Proses pengelupasan untuk muka berjerawat boleh juga dilakukan dengan menggosok secara perlahan tuala yang direndam terlebih dahulu dengan air suam. Ia sebagai alternatif bagi kulit muka berjerawat dan terlalu sensitif. Lakukan pengelupasan 1-2 kali seminggu.

ALAT PENJAGAAN WAJAH KHUSUS
Gunakanlah produk-produk khas yang mampu menangani masalah jerawat. Pilihlah krim, pembersih dan pelembab yang mengandungi benzoil peroxyde, salicylic acid atau retin-A. Bersihkan wajah dahulu sebelum membubuh sebarang ubat jerawat. Jangan terlalu sering menggunakan ubat jerawat kerana ia akan membuatkan kulit teriritasi dan sangat kering. Dalam beberapa kes jerawat yang teruk, penghidap perlu menemui doktor dan mungkin akan diberikan ubat untuk dimakan.

MELEMBAB
Walaupun kulit yang berjerawat itu cenderung berminyak, jangan lupa untuk memakai pelembab. Pilihlah pelembab bertekstur ringan dan bebas minyak seperti gel dan losyen. Pastikan pelembab mengandungi sun protection sekurang-kurangnya SPF 17 (paling minima).


PENCEGAHAN 
Cari punca dan jauhi perkara-perkara yang memicu jerawat. Awasi pemakanan dan hindari penggunaan kosmetik yang kurang sesuai. Minumlah air 2 liter sehari.




 www.tipshebat.com






P/S : Menyempat di antara kerja-kerja yang bertimbun!

Saturday 25 June 2011

LaNgKaH MuDaH UnTuK SeNtiAsA TaMpiL SiHaT & CaNtiK


Google


~ Ikuti pola hidup yang sihat dengan rehat yang mencukupi dan amalan bersenam dengan teratur.

~ Jauhi makanan yang mengandungi banyak lemak serta makanan-makanan ringan.

~ Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

~ Minum air putih sekurang-kurangnya 4 liter sehari. Ia baik untuk metabolisme dan menghindarkan gangguan sistem ginjal.

~ Elakkan stress/tekanan. Belajarlah untuk menenangkan diri. Cara paling yang mudah adalah tarik nafas dengan kiraan 1....2....3....4, tahan seketika kemudian dengan kiraan 1..2..3..4..5..6..7..8, hembuskan nafas. Ulangi cara ini sehingga dada terasa lapang dan fikiran mula tenang.

~ Ambillah makanan tambahan (multi-vitamin) yang sesuai untuk memastikan kesihatan dan fungsi tubuh berada pada tahap yang optimum.


-sumber-







P/S : Tak susah sebenarnya tapi malas..T__T

Friday 24 June 2011

6 JeNiS MaKaNaN UnTuK KuLiT LeBiH CeRaH!



1. LIMAU
Semua jenis limau termasuk limau bali merupakan sumber vitamin C yang memberikan manfaat kepada kulit yang mana mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin dalam tubuh yang berfungsi untuk mengurangi kedutan dan memperlambatkan penuaan kulit. Ia juga dapat memperlambatkan penghasilan melanin, pigmentasi yang membuatkan kulit kelihatan gelap. Usahakan menambah limau setiap hari dalam menu anda. Selain limau, tomato juga buah yang kaya dengan Vitamin C.


2. SAYURAN JINGGA DAN HIJAU
Lobak merah san brokoli serta sayuran yang sama warna dengannya mengandungi banyk beta-kerotena yang berfungsi sebangai antioksidan. Selain mencegah kerosakan sel, beta-kerotena juga akan diubah oleh tubuh menjadi vitmin A yang amat berguna untuk memerangi jerawat, memproduksi sel kulit baru dan membuatkan kulit kelihatan cerah dan muda. Adalah lebih baik jika kita mendapat sumber Vitamin A melalui makanan.


3. IKAN
Hidupan air ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang merupakan bahan utama untuk kulit sihat dan cerah. Selain itu tuna dan salmon yang kaya dengan protein dapat melindungi kulit daripada panahan cahaya matahari yang merbahaya dan pencemaran. Protein tersebut juga akan membantu dalam penghasilan semula sel-sel kulit baru dan akan membuatkan kulit bercahaya dari dalam.


4. AVOCADO
Avocado merupan sumber Vitamin E. Ia amat bergunakan untuk menghambat penuaan kulit dan membersihakan kulit daripada flek-flek hitam dan bekas jerawat. Mengambil avocado secara teratur dan berkala akan mencegah kekenduran kulit seiring peningkatan usia.


5. GANDUM
Gandum boleh didapati pada semua jenis sereal dan roti. Gandum mengandungi biotin yang membantu sel tubuh memproses lemak sebagai manfaat yang baik untuk kulit. Kekurangan biotin akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam.


6. MINYAK ZAITUN
Percikkan sedikit minyak zaitu ke dalam salad buah ataupun sayuran. Ia bukan sahaja menambahkan kelazatan tetapi juga kandungan asid lemak yang ada pada minya zaitun akan membuatkan kulit cerah bermaya dan sihat berseri-seri.



Sumber :  www.tipshebat.com   Gambar = Google







P/S : Kulit aku ada kesan jerawat yang sangat degil untuk dilenyapkan... Nak cuba avocado!

Thursday 23 June 2011

TiPs UnTuK KuKu YaNg CaNtiK & SiHaT


~Google~

Mengambil Makanan Yang Sihat
Terdapat perbagai makanan yang dapat menjadikan kuku sihat, cantik dan kuat. Antaranya ialah  kekacang,  bawang putih, bawang besar, timun, telur, hati, salmon, beras perang, asparagus, tuna, anggur, epal, dll. 

Jangan Menggigit Kuku
Jangan sesekali mengigit kuku kerana kebiasaan ini akan menyebabkan kuku rosak dan pecah di hujung.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis, mengigit kuku akan menyebabkan jangkitan kuku.

Penggunaan Kuku
Hati-hati dengan penggunaan kuku anda. Jangan cuba mencungkil atau membuka sesuatu objek yang keras kerana ini akan meyebabkan kuku tercalar kemudian serpih dan patah.

Pengambilan Multi-Vitamin
Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk memelihara kesihatan kuku.

Gunakan Pelembab
Kuku juga perlukan pelembab seperti kulit tubuh. Amalkan menyapu pelembab kuku setiap hari dengan losyen kuku yang sesuai.

Membantu Pertumbuhan Kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakkan pengambilan gula dan alkohol secara berlebihan kerana ia akan merosakkan kuku.



Sumber : seputar kuku






P/S : Kuku LMC sangat rapuh dan mudah patah. Nanti hendak cuba tips ini...

Wednesday 22 June 2011

SeLaLu NaMPaK TaPi TaK TaHu NaMa


Setelah sekian lama membiarkan WAREHOUSE sunyi sepi dan penuh dengan sesawang, aku akhirnya bermula sekali lagi hari ini. Maklumat ringkas untuk sebuah permulaan. Harap memperkayakan lagi pengetahuan anda...


FERRULE

~Bukan hanya terdapat pada pensil tetapi juga 
  pada berus cat / lukisan, etc.



PUNT

~ Lekukan di bawah botol yang bertujuan untuk
   memberi daya kekuatan tambahan pada botol.



 BOLLARD



AGLET



PHILTRUM



 DINGBAT

~Simbol bukan huruf yang menggambarkan
 perkataan tertentu.


KEEPER

 KERF

~ Ruang antara kayu / papan 
yang telah digergaji.


PHOSPHENES

~ Titik-titik cahaya yang dapat dilihat ketika
   menutup mata / menautkan kelopak mata
   dengan erat/kuat.


TRAGUS





Sumber : http://kendati.blospot.com/
Sumber Gambar : Google








P/S : LMC pun baru tahu... ^__^

Thursday 21 April 2011

JaM BiOLoGi SeORaNg MaNuSia NoRMaL


-Google-



Pukul 1-2 Pagi : Fasa Tidur Paling Lena
Aktiviti beberapa sistem organ tubuh direhatkan.Namun bagi ibu yang mengandung, perembesan hormon progesteron akan meningkat sehingga kemungkinan untuk melahirkan bayi pada waktu ini adalah sangat tinggi.

Pukul 4-5 Pagi : Suhu Tubuh Paling Rendah

Pukul 5-6 Pagi : Peningkatan Tekanan Darah
Hormon yang memicu rasa mengantuk akan terhenti dan tekanan darah akan meningkat dengan sangat tajam berbanding pada waktu yang lain. Produksi kortisol atau hormon stres meningkat mendadak sehingga otak tersedia untuk menjalankan tugasan harian. Walaubagaimanapun ia tidaklah sampai memicu stres yang keterlaluan.

Pukul 7 Pagi : Hormon Seks Meningkat
Peningkatan hormon seks bagi lelaki berlaku dan tak terkecuali wanita sehingga mampu membangkitkan ghairah seks.

Pukul 8 Pagi : Pergerakan Usus Lebih Aktif
Kebanyakan manusia akan membuang air besar pada waktu ini kerana pada jam ini proses semulajadi iaitu pergerakan usus lebih aktif daripada yang waktu-waktu lain. Oh! ya.... Jisim berat badan yang tepat adalah selepas membuang air besar pada waktu pagi.

Pukul 9 Pagi : Metabolisma Paling Tinggi
Waktu yang paling tepat untuk bersarapan pagi adalah sekita jam 9 kerana pada waktu ini kadar metabolisma sangat tinggi. Jadi makanan yang diambil tidak akan terkumpul menjadi lemak pada tubuh.

Pukul 10-11 Pagi : Tahap Kewaspadaan Paling Tajam
Ibarat mesin, fizikal dan mental sudah dipanaskan sepenuhnya untuk beraktiviti sepanjang hari. Tahap kewaspadaan sangat tajam dan jarang ada yang mengantuk kecuali mereka yang memang kurang tidur.

Pukul 12 Tengah Hari - 2 Petang : Hormon Stres Bekerja Kuat
Berehat seketika untuk merelekskan tubuh dan minda. Makan tengah hari di luar dapat menyegarkan semula. Biarkan tubuh terkena sedikit sinaran matahri untuk memperkuatkan lagi sistem kekebalan badan.

Pukul 3-5 Petang : Jantung Paling Stabil
Waktu yang tepat untuk bersukan. Adrenalin berada pada level yang tinggi dan denyut jantung serta tekanan darah berada dalam keadaan yang paling stabil. Ia amat sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal. Jadi tidak hairanlah

Pukul 5 Petang - 8 Malam : Proses Pembuangan Toksin
Hati berperanan untuk memproses racun-racun dalam dan menyahtoksinkan tubuh. Pembuangan toksin ini perlu dibantu dengan meminum lebih banyak air putih. Keinginan untuk mengunyah sesuatu juga meningkat kerana kemampuan tahap penghiduan dan deria rasa (lidah) lebih tinggi pada masa ini.

Pukul 8-10 Malam : Metabolisma & Pergerakan Usus Perlahan
Pembakaran lemak sangat sedikit pada malam hari kerana tidak banyak aktiviti fizikal yang dilakukan. Jadi kalau tidak mahu badan jadi gemuk macam aku, jangan makan yang berat-berat selepas pukul 8 atau makanlah dengat kuantiti yang berpatutan.

Pukul 10-11 Malam : Hormon Seks Meningkat Lagi
Jika perbandingan dibuat, libido pada malam hari tidaklah setinggi pada awal pagi kerana secara fizikal, tubuh sudah kepenatan dan memerlukan rehat. Namun peluang pembuahan atau ovulasi amat tinggi pada waktu ini berbanding pagi.






Sumber : Misteri Tubuh Manusia (Jilid IV), Edisi 2006.






P/S : Akhir-akhir ni aku suka membongkar buku-buku lama untuk dikongsikan di sini...  ^__^

Tuesday 19 April 2011

PeTuA BerAsAsKaN LiMaU


Sakit kepala? Minumlah segelas air limau ais. Sakit kepala akan beransur hilang. Bagi yang tidak gemar minuman berais, air limau juga boleh disediakan suam dan dihirup perlahan-lahan. LMC dah cuba. Memang berkesan.

Penat menyental pinggan mangkuk yang berminyak? Perahkan limau ke dalam sebuah bekas yang berisi air suam. Gaulkan dengan sabun pinggan dan mulalah mencuci pinggan seperti biasa. Kesan minyak akan tanggal dengan mudah. (Ramuan pencuci ini boleh juga digunakan untuk membersihkan microwave dan permukaan berminyak yang lain).

Ingin mencerahkan kulit? Tidak perlu berhabis wang untuk mendapatkan produk yang mahal-mahal. Sapukan perahan air limau pada wajah. Biarkan seketika kemudian bilas dengar air bersih. Air limau membantu menanggalkan sel-sel kulit mati membuatkan wajah akan kelihatan bersih dan cerah. Selain itu, Vitamin C yang terkandung dalam limau adalah vitamin yang amat baik untuk kulit.


Amalkan menambah sedikit perahan limau ke dalam minuman kegemaran anda untuk menjauhi penyakit-penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok. Kandungan catechins, antioxidant
dalam limau membantu mencegah penyakit tersebut.


Kempiskan perut buncit macam aku punya perut dengan campuran perahan limau dengan kapur. Ehemm.... Bukan kapur tulis tau, kapur yang boleh makan punya. Sapukan campuran tu pada perut dan biarkan semalaman. Lagi rajin buat, lagilah berkesan. LMC malas... Tu la pasal perut masih macam bulan mengambang penuh walaupun dah cuba petua ni...huhuhuh..

Berasa loya / mual? Cuba petua ini. Hidulah bau segar buah limau. Rasa hendak muntah itu akan hilang. Lagi satu, bagi yang selalu mabuk kenderaan tu gantikanlah botol minyak angin anda dengan sebiji buah limau.. ^^


Untuk mengelakkan kelemumur, selepas membersihkan syampu lumurkan beberapa ulas limau pada kulit kepala. Diamkan seketika kemudian basuh seperti biasa. Ini bukan sahaja mencegah kelemumur tetapi juga meninggalkan bau yang harum pada rambut anda.

Baju yang terkena minyak sangat susah untuk dibersihkan. Malah sudah dibasuh beberapa kalipun kesan minyak tetap juga kelihatan. Dun wori kerana si limau datang menyelamat. Perahkan sebiji limau ke dalam sebuah bekas dan campurkan sedikit garam. Sapukan campuran itu pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Perapkan selama 5-10 minit kemudian cuci.


Badan yang berbau sangat kurang menyenangkan apatah lagi ketika berada di tempat awam. Selepas mandi, sapukan perahan limau yang telah dicampurkan terlebih dahulu dengan tawas pada ketiak anda. Yang ini mengikut kesesuaian kulit yerr... Bagi yang rasa gatal-gatal dan tidak selesa selepas mengamalkan petua ni, sila berhenti serta-merta. Nanti ketiak korang berkudis pula... huhu... Oh yaa.... Petua ni boleh juga digunakan untuk kaki berbau.


Batuk amat mengganggu. Kadang-kadang ia akan membuatkan kita berjaga sepanjang malam. Ermm... Petua untuk ini sangat mudah. Perah sebiji limau sederhana besar(sebaik-baiknya limau kasturi) ke dalam segelas air suam. Campurkan satu sudu makan madu asli. Kacau kemudian minum.





Sumber : Majalah Wanita _ Buku Petua Warisan 1999 (edisi terhad) _  Nenek aku... ^_^
Sumber Gambar : Google






P/S : Amalkanlah petua warisan kita... ^_^


Wednesday 13 April 2011

MaKaNaN YaNg DiAmBiL BeRDaSaRKaN SiTuASi TuBuH


Gambar pinjaman dari Google.
SAKIT KEPALA
Atasi sakit kepala dengan meminum air atau memakan buah yang kaya dengan jus seperti buah tembikai. Pakar pemakanan, Stella Metsovas menerangkan bahawa air yang terdapat dalam buah tembikai serta buah lain yang seumpamanya amat baik untuk meredakan sakit kepala kerana ia kaya dengan mineral dan magnesium. Contoh makanan lain : Timun (timun lagi... ^_^), tomato, beri, dll....

STRES
Makanlah 1.4 auns coklat hitam setiap hari untuk meredakan stres. Kandungan zat di dalamnya dapat menghalanghormon kortisol dan catecholamines di dalam tubuh sehingga tekanan yang dialami akan semakin berkurangan.

LETIH
Sediakan sandwich atau roti berinti kacang dan pisang. Pisang merupakan sumber utama tenaga yang mengandungi karbohidrat, kalium dan serat. Apabila digambungkan dengan kacang dan roti gandum ia akan menghasilkan stok tenaga yang banyak.

SUKAR TIDUR
Sup Miso merupakan sejenis makanan khas dari Jepun yang mengandungi tryptophan, serotonin dan asid amino yang dapat membantu untuk tidur lebih cepat. Contoh makanan lain seperti yogurt Yunani, sup miju-miju dan biji bunga matahari (kuaci??...). Elakkan makanan yang mengandungi alkohol dan gula (termasuk buah-buahan) kerana kandungan insulin pada gula akan membuat mata celik dan terjaga.

MUAL
Kunyah gula-gula getah perisa halia untuk mengatasi rasa mual. Makanan pedas dan manis ini dapat memberi rasa tenang dalam perut serta bertindak sebagai zat antiinflamasi bagi mengurangkan rasa mual.




Sumber : Merata-rata...






P/S : Tiap kali aku migrain aku mesti rasa hendak muntah / mual... Ada sesiapa tahu di mana nak cari gula-gula getah perisa halia?.. ^^

Tuesday 12 April 2011

Ha.. Ha... Haa... KeTaWaLaH UnTuK MeNiNgKaTKaN IMuNiSaSi TuBuH....


-Google-
Ingin tahu cara yang mudah dan cepat untuk menurunkan kadar kolestrol sambil meningkatkan imunisasi anda? Cubalah melihat sesuatu yang boleh membuatkan anda tertawa. Hasil sebuah kajian telah membuktikan bahawa tertawa dan humor mampu menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 10 poin hanya dalam waktu 20 minit.

Dalam kajian tersebut, para responden diminta memilih filem komedi pendek dan filem bertemakan peperangan dalam tempoh yang sama.Selepas itu, para pengkaji mengukur tekanan darah semua responden. Ternyata menonton filem komedi bukan sahaja menurunkan tekanan darah tetapi juga kadar kolestrol dalam darah.

Hal ini berkait rapat dengan peranan hormon stres.Ketika anda ketawa kadar hormon stres yang berkaitan dengan tekanan darah automatik berkurangan.. Sebagai bonus, tertawa juga baik untuk sistem imunisasi!

LMC paparkan beberapa fail funies pictures. Jom ketawa ramai-ramai untuk tekanan darah yang sihat.. ^^





































P/S : Ketawa biar berpada-pada. Jangan sampai orang cakap kita ni kurang siuman pula... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men