Sakit kepala? Minumlah segelas air limau ais. Sakit kepala akan beransur hilang. Bagi yang tidak gemar minuman berais, air limau juga boleh disediakan suam dan dihirup perlahan-lahan. LMC dah cuba. Memang berkesan.
Penat menyental pinggan mangkuk yang berminyak? Perahkan limau ke dalam sebuah bekas yang berisi air suam. Gaulkan dengan sabun pinggan dan mulalah mencuci pinggan seperti biasa. Kesan minyak akan tanggal dengan mudah. (Ramuan pencuci ini boleh juga digunakan untuk membersihkan microwave dan permukaan berminyak yang lain).
Ingin mencerahkan kulit? Tidak perlu berhabis wang untuk mendapatkan produk yang mahal-mahal. Sapukan perahan air limau pada wajah. Biarkan seketika kemudian bilas dengar air bersih. Air limau membantu menanggalkan sel-sel kulit mati membuatkan wajah akan kelihatan bersih dan cerah. Selain itu, Vitamin C yang terkandung dalam limau adalah vitamin yang amat baik untuk kulit.
Amalkan menambah sedikit perahan limau ke dalam minuman kegemaran anda untuk menjauhi penyakit-penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok. Kandungan catechins, antioxidant
dalam limau membantu mencegah penyakit tersebut.
Kempiskan perut buncit macam aku punya perut dengan campuran perahan limau dengan kapur. Ehemm.... Bukan kapur tulis tau, kapur yang boleh makan punya. Sapukan campuran tu pada perut dan biarkan semalaman. Lagi rajin buat, lagilah berkesan. LMC malas... Tu la pasal perut masih macam bulan mengambang penuh walaupun dah cuba petua ni...huhuhuh..
Berasa loya / mual? Cuba petua ini. Hidulah bau segar buah limau. Rasa hendak muntah itu akan hilang. Lagi satu, bagi yang selalu mabuk kenderaan tu gantikanlah botol minyak angin anda dengan sebiji buah limau.. ^^
Untuk mengelakkan kelemumur, selepas membersihkan syampu lumurkan beberapa ulas limau pada kulit kepala. Diamkan seketika kemudian basuh seperti biasa. Ini bukan sahaja mencegah kelemumur tetapi juga meninggalkan bau yang harum pada rambut anda.
Baju yang terkena minyak sangat susah untuk dibersihkan. Malah sudah dibasuh beberapa kalipun kesan minyak tetap juga kelihatan. Dun wori kerana si limau datang menyelamat. Perahkan sebiji limau ke dalam sebuah bekas dan campurkan sedikit garam. Sapukan campuran itu pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Perapkan selama 5-10 minit kemudian cuci.
Badan yang berbau sangat kurang menyenangkan apatah lagi ketika berada di tempat awam. Selepas mandi, sapukan perahan limau yang telah dicampurkan terlebih dahulu dengan tawas pada ketiak anda. Yang ini mengikut kesesuaian kulit yerr... Bagi yang rasa gatal-gatal dan tidak selesa selepas mengamalkan petua ni, sila berhenti serta-merta. Nanti ketiak korang berkudis pula... huhu... Oh yaa.... Petua ni boleh juga digunakan untuk kaki berbau.
Batuk amat mengganggu. Kadang-kadang ia akan membuatkan kita berjaga sepanjang malam. Ermm... Petua untuk ini sangat mudah. Perah sebiji limau sederhana besar(sebaik-baiknya limau kasturi) ke dalam segelas air suam. Campurkan satu sudu makan madu asli. Kacau kemudian minum.
Sumber : Majalah Wanita _ Buku Petua Warisan 1999 (edisi terhad) _ Nenek aku... ^_^
Sumber Gambar : Google
P/S : Amalkanlah petua warisan kita... ^_^
15 comments:
wah nda sia2 sa gemar minum limau dan lemon ahahahha...
bagus ko kasi cdang ni elak kelimumur sama si ninik
@Wen
Bh teruskan minum... baik untuk kesihatan tu...
@beaty Hahaha.. Mana la dia mau amalkan petua2 mcm ni, beth.. Dia tu kaki saloon...
nak kempiskan perut tanpa guna limau senang jer..ikut petua akak ni.
kempiskan perut!hahahaha..hati2 jangan sampai biru muka menahan nafas.
@hani@debumelukut Kalo ikut petua akak ni memang senang nak kempiskan perut. Bukan setakat biru muka jer... Hijau, kelabu, purple pun ada.... ^^
saya paling suka air limau. paling best minum time ngantuk ... gerenti segar.
@Mrs.MyGaman BorNeo Yupp.... Trus segar-bugar tu....
wow...bagus2
wahahah~i like petua2 cenggini. memang inspirasi betul... thanx LMC :)
@tice sha
Memang bagus.... Lebih baik amalkan petua-petua ni drpd pergi farmasi (kalau simptom tak serius la)
@segenap dimensi
Welcome.... Manfaatkanlah apa yg telah sy kongsikan di sini ya... Itu memang tujuan utama sy berblog... ^^
wahh ~ Banyak manfaat kan yang bole digunakan dengan buah limau :)
@BΛBYDIΣRΛツ
sebenarnya bukan buah limau saja yg banyak khasiat n kegunaannya.. Ada banyak lagi.....
info2 bermanfat thanks yahh
Post a Comment