TIMUN ( sumber : Google ) |
1. Timun mengandungi sebahagian besar vitamin yang kita perlukan setiap hari. Timun mengandungi Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, asid folat, Vitamin C, Kalsium, Iron, Magnesium, Fosforus, Kalium dan Zink .
[LMC : Tak perlu lagi beli makanan tambahan di farmasi. Makan timun secara berkala saja sudah memadai]
2. Merasa letih di siang hari? Jangan ambil minuman isotonik atau minuman berkafein. Makanlah timun kerana ia merupakan sumber Vitamin B yang baik. Ia dapat memberi kesegaran dengan cepat dan berlangsung selama berjam-jam.
[LMC : Timun lebih baik daripada kafien... ^^]
3. Penat mengelap cermin bilik mandi yang sering berkabut? Cuba gosokkan sepotong timun pada cermin. Ia akan menghilangkan kabut serta memberikan aroma yang menenangkan seperti Spa.
[LMC : Bau timun sungguh menyegarkan... ]
4. Adakah hama,ulat dan siput merosakkan tanaman anda? Masukkan beberapa keping hirisan timun ke dalam tin kecil. Kemudian letakkan tin di kebun anda. Kebun akan bebas dari hama,ulat dan siput di sepanjang musim .Bahan kimia dalam timun bertindak balas dengan aluminium untuk mengeluarkan bau yang tidak dapat disedari oleh manusia tetapi hanya dapat dikesan oleh hama, ulat dan siput menjadi dan membuatkan mereka melarikan diri.
[LMC : Hendak cuba yang ini...]
5. Mencari cara yang cepat dan mudah untuk menghilangkan selulit sebelum berpakaian singkat atau ke kolam renang? Gosok sepotong dua timun di bahagian selulit selama beberapa minit. Phytochemical dalam timun mengencangkan kolagen dalam kulit dengan pantas.
[LMC : Baru tahu tentang ni.... ^_^]
6. Ingin mengelakkan mabuk atau sakit kepala yang teruk? Makanlah beberapa keping hirisan timun sebelum tidur. Anda akan bangun dengan segar tanpa sakit kepala.Timun mengandungi vitamin B dan elektrolit penting untuk menambah nutrisi badan yang hilang dan menjaga keseimbangan dalam badan.
[LMC : Bagi yang selalu mabuk laut / darat, cubalah makan timun sebelum tidur di sepanjang perjalanan... ' ',]
7. Timun telah digunakan selama berabad-abad. Ia sering digunakan oleh pemburu Eropah, peniaga dan penjelajah sebagai makanan segera untuk mengelakkan kelaparan.
[LMC : Mungkin juga boleh dijadikan sebagai snek bagi yang food lover macam aku.. Berkhasiat dan tidak akan menambah berat badan...]
8. Tiba-tiba ada mesyuarat penting atau temuduga pekerjaan dan anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai cukup waktu untuk mengilap kasut. Gosokkan timun yang baru dipotong pada kasut anda. Bahan kimia dalam timun memberikan kilauan dengan cepat pada kasut dan tahan lama malah ia juga kalis air!
[LMC : Bagi yang memakai kasut kulit, anda dipelawa untuk mencuba. Yang macam aku (pakai sandal saja pergi kerja) baik diam-diam yerr.... ^^]
9. Anda memerlukan gris untuk menghilangkan bunyi bising pada engsel pintu anda? Tidak perlu.. Hanya ambil sehiris timun dan gosokkan pada engsel yang berbunyi itu.Bunyi itu akan hilang !
[LMC : Akan beli timun petang ni untuk buat eksperimen pada engsel pintu stor yang asyik meraung2 tu...]
10. Stress atau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke Spa?. Potong sebiji timun ke dalam periuk dengan air yang sedang mendidih. Kemudian hidu aromanya. Bahan kimia dan nutrisi dalam timun bertindak balas dengan air mendidih dan mengeluarkan wap dengan aroma yang amat menenangkan.
[LMC : Secara tak sengaja aku dah cuba ini sewaktu aku masak sup mentimun. Memang betul.. Ia membuatkan aku rasa lapang dada ^^]
11. Mulut berbau? Potong nipis timun dan tekan ke lelangit mulut dengan lidah selama 30 saat untuk menghilangkan bau mulut. Phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau.
[LMC : Ding.. Ding.. Tak payah ubat kumur lagi....]
12. Ingin membersihkan paip, sinki atau barangan stainless steel? Oleskan sepotong timun pada permukaan yang ingin dibersihkan. Ia akan kembali bersih dan bersinar.
[LMC : Korang perasan tak selepas memotong timun pisau kelihatan bersih dan berkilat?.. ^^]
Diterjemah dari The New York Times.
P/S : Timun, buah penyelamat..... ^ ^,
22 comments:
Add on:- put slices of cucumber on your tired eyes while taking a nap. mata akan lebih segar!
hahaha..jgn marah kio lenn
hu hu tips lagi kan....
@Haryati Molly @ Tunung
Kebiasaan suda gia kalo itu.. Tp bagi org yang inda tau boleh tau la dr komen ko ni.... Thnx, Tunung... ^^
@beaty
Tips penting bah beth.... Sebagai alternatif... ^^
sia plg suka yg engsel pintu tu! heheheh... mari kita cuba!
@Just
Bah mari...... hehee
banyak khasiat timun..
uihh..khasiatnye blh lawan dngn pisang ek..banayk sngguh faedahnya..
Tips supaya blog sentiasa diingati
Kenangan lahir 80-an
Ada apa dengan dara
khalis datang ziarah di sini
@Shah_Real
Yupp... Sebenarnya banyak lagi khasiat timun yg kita tak tahu...
@mykhalis
Semua buah-buahan ada khasiat tersendiri... ^^
WAH...TQ 4 D INFO...:)
lenn happy bday! ur bday sama mcm bapa sa punya bday hihi..
byk pula kebaikan timun ni. baiklah. sa mo makan timun la lepas ni.. x suka bah timun x tau kenapa haaha
Timun ada lah kegemaran saya, kasi campur lada, belacan dan limau...wow...kakanan tumpung..hehe
Bnyak betul rupanya khasiat timun ni..TQ..info yg berfuna..
@tice SHA
Welcome,,,
@-ilyannur-
TQ, ilya.. wahh... ya ka?.. Bh happy belated bday la sm ppa ko tu... ^^
sa suka makan timun. Masak atau ulam, semua masuk... hehe
@gunsirit
Pusas ka tu, guns.. hahahahaaa
@MulutPayau
TQ... TQ... ^^
Taggie for you sis..
Sorry ah inform sini..
http://mohdasynor.blogspot.com/2011/04/ga-ourkizunastore.html
info yg bgus..nice entry..:P
@EB
Its o.k bh, EB... ^^
@zora
thnx, Zora.. Hanya ingin berkongsi... ^^
Post a Comment