![]() |
~Google~ |
Mengambil Makanan Yang Sihat
Terdapat perbagai makanan yang dapat menjadikan kuku sihat, cantik dan kuat. Antaranya ialah kekacang, bawang putih, bawang besar, timun, telur, hati, salmon, beras perang, asparagus, tuna, anggur, epal, dll.
Jangan Menggigit Kuku
Jangan sesekali mengigit kuku kerana kebiasaan ini akan menyebabkan kuku rosak dan pecah di hujung.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis, mengigit kuku akan menyebabkan jangkitan kuku.
Penggunaan Kuku
Hati-hati dengan penggunaan kuku anda. Jangan cuba mencungkil atau membuka sesuatu objek yang keras kerana ini akan meyebabkan kuku tercalar kemudian serpih dan patah.
Pengambilan Multi-Vitamin
Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk memelihara kesihatan kuku.
Gunakan Pelembab
Kuku juga perlukan pelembab seperti kulit tubuh. Amalkan menyapu pelembab kuku setiap hari dengan losyen kuku yang sesuai.
Membantu Pertumbuhan Kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakkan pengambilan gula dan alkohol secara berlebihan kerana ia akan merosakkan kuku.
Sumber : seputar kuku
P/S : Kuku LMC sangat rapuh dan mudah patah. Nanti hendak cuba tips ini...
3 comments:
nice entri..:P
@ZORA
Thnx..... ^^
ahaha pasal gigit kuku kan sa teringat c yondokut ni
Post a Comment