Saturday, 13 November 2010
Hari Sibuk Aku... (Part 5)
Saturday, November 13, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Aduhhhh......... Masih sibuk lagi... Hari ni Beth tak ada pada sebelah pagi kerana dia ada urusan rasmi di kampungnya.. BQ masih dalam proses. Ketika aku memberi tumpuan BQ sepenuhnya, Ms. Perfect minta aku keluar beli envelopes untuk dokumen tender pula.. Mulanya hendak pergi dengan Sista Weii. Oleh kerana dia busy (masih dengan tandatangan pentender dan dokumen-dokumen wajib), maka terpaksalah aku keluar seorang diri. Uhuhuh...
Panas terik betul hari ni . Aku ke AA Stationery.. Kemudian singgah di 2L.. Envelopes hampir sama saja. Kena cari yang berbeza sikit kata Ms. Perfect. Hadoiiiiii..... Cerewet betullah. Aku kemudiannya ke Keng Lian. Hendak cari kepelbagaian sampul tapi hanya penat saja yang aku dapat. Size semua sama cuma colour lain sikit. Tu pun taklah ketara sangat perbezaannya tu. Ada gelap sikit... Ada cerah... Bolehlah...
Aku basah dengan peluh time masuk office [nasib baik badan aku bukan yang jenis berbau... huhu]. Semua kehairanan coz aku macam baru balik dari marathon. Memang aku terkejar-kejar. BQ aku belum siap. Takut tak sempat siap hari ni...
Aku menyediakan envelopes selepas menyudahkan BQ (akhirnya siap juga... ehehehe ). Bukan mudah untuk menghasilkan 21 buah sampul yang berlainan jenis font juga susun letak tajuk tender dan nombor tender. Aku hampir kehabisan idea. Aku hanya mampu menyiapkan 16 sampul. Selebihnya aku minta tulisan tangan sesiapa yang sudi .
Hampir pukul 1 barulah kami keluar lunch. Sunyi pula Beth tak ada. Huhu........
Makanan boleh tahan sedap. Tapi aku tidak berjaya untuk menghabiskannya. Sibuk-sibuk macam ni rasa selera tu macam tak berapa o.k sangatlah. Masuk office saja aku nampak kelibat Beth... Yeahhhh... Dia dah sampai . Tapi dia awal balik coz migrain + stress dengan tender yang still belum siap-siap lagi... Cian.........
Masih banyak yang perlu dibuat. Check semua dokumen wajib dan dokumen sokongan. Asyik salah tanda sahaja. Aku dan Sista Weii melakukan semua tu dengan happynya sambil menyanyi lagi Matahariku - A.M (siap copy lirik dari internet lagi).. Taklah tension sangat... Jam 10 lebih barulah aku bergerak meninggalkan office. Nicole mendahului aku. Waktu aku keluar Sista Weii, Ms Perfect, The BigBoss & Mr Chai masih di office. Letih nak mampus...
Sampai di rumah, aku mandi dan terus tertidur...
P/S : Sampai termimpi-mimpi tender.. Gila....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Iya sa tidak lena tidur ni len..huhuhu mc tidak biasa kan..
Sa dpt tidur juga tapi awal bangun pas tu tidur balik...
Post a Comment