Saturday, 6 November 2010
Kerja_Sabtu_Lepas Cuti
Saturday, November 06, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Memang tak dapat dinafikan rasa malas tu menebal bila kena turun kerja selepas bercuti. Apatah lagi hari bekerja yang dimaksudkan tu adalah hari sabtu . Kerjapun sampai pukul 12.45 saja [Kalau bernasib baiklah.. Kalau tak, kena kerja seperti biasa (samapi petang)]. Memandangkan aku agak sibuk dengan Agreement yang still belum siap-siap lagi dari hari tu, aku tak perasanpun jam dah hampir menunjukkan pukul 10. Nasib baik kerja aku siap sebelun ditagih oleh Bro Stanley. Huhuhu... Lega rasanya.
Selesai kerja tu, aku buat kerja aku yang tertunda. Hendak up-date blog macam tak ada mood pula. So, aku buat title kemudian simpan sebagai draft. Aku men"download" horror movie dari you tube. Memang tak ada kerja lain.. Horror... Horror... Horror... Co selalu mengingatkan aku. Jangan terlalu taksub dengan benda-benda yang mistik, kelak tak percaya pulak kewujudan Tuhan. Ishh.. Apalah dia ni... Takkan sampai macam tu sekali... Kan horror tu setakat minat aku sahaja, bukannya nak percayapun... Lagipun memang dari kecil lagi hobi aku mengumpul VCD, DVD dan buku-buku horror ni.. Alaaa... Macam hobi mengumpul setem juga.. Okey... Movie dah habis aku download. Kerjapun dah siap. Jam sudah hampir pukul 12.45..
Seperti biasa sewaktu menunggu waktu kerja berakhir pada hari sabtu, aku akan mengemas mejaku. Semua aku susun elok-elok. Biar sejuk sikit mata memandang pada hari isnin nanti. Dahlah mood semacam saja bila sampai office setiap hari isnin, ditambah lagi dengan meja yang berselerak. Memang bakal membuat aku rasa hendak meletup sangat-sangat.
Aku sebenarnya bercadang nak ajak Beth jalan-jalan di Phase 4 selepas waktu kerja sementara menunggu Co datang. Tapi dia sibuk gila aku tengok. Tak mahulah mengganggu. Tambahan pula Co dah hampir sampai. Kena cepat sedikit coz lepas hantar aku dan Luna@Noon di rumah, dia nak pergi bengkel untuk memperbetulkan kerosakan sedikit pada keretanya. Angin monsun Luna@Noon menyerang lagi. Pernah satu ketika dia mengejar kami sehingga hampir sampai ke pekan. Kami tak ada pilihan lain kecuali membawanya sekali. Nak suruh dia patah balik, takut kena langgar dek kereta yang lalu-lalang pula. Memang nakal pet aku yang satu ni... Sebelum bergegas ke 7-11, aku singgah beli egg tart untuk Co dan Luna@Noon. Aku sekadar beli currypuff saja untuk diri-sendiri. Dah lama tak makan telur. Sejak tangan aku meragam hari tu (alergik), aku belum berani makan benda-benda yang sudah doktor tentukan sebagai "pantang".
P/S : Aku suka petang sabtu. Boleh membasuh kain dan menonton horror movie... Tengok tu!... Tak habis-habis dengan horror... Ekekekekekek....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment