Wednesday, 3 November 2010
Kafien VS Piriton
Wednesday, November 03, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Selepas makan malam, aku berehat-rehat di ruang tamu sambil menonton berita di TV3. Selepas tu, aku menukar saluran TV ke HBO. Happy betul aku bila mendapati dalam kiraan beberapa minit lagi sebuah movie akan bermula (thriller). Sementara menunggu movie bermula, aku membancuh kopi. Terfikir pula betapa sedapnya menonton TV sambil menghirup kopi suam... .
Movie tamat pada pukul 11 lebih. Sepatutnya aku kena tidur awal coz besok sebelum pergi kerja hendak singgah sekejap di rumah kakak so kena turun awal dari rumah. Tapi aku belum mengantuk lagi. Inilah bahana minum kopi ni... Aku membaca novel untuk memancing rasa ngantuk. Tapi aku teruja dengan jalan cerita novel tu. Mata makin segar pula. Novel habis kubaca. Happy ending.. Wahh... Bestnya... Belek jam, sudah pukul 2.23 pagi. Risau pula... Kenapa aku belum mahu tidur lagi? Aku memujuk untuk tidur. Mata sudah terkatup tapi telinga masih mendengar. Aku tidak suka keadaan ni. Hampir jam 3 aku masih terkelip-kelip merenung siling. Akhirnya aku memutuskan untuk memakan "piriton". Sebiji aku belasah. Aku rasa tak sampai 10 minit aku sudah tidur.
Pukul 6! Alarm yang aku aktifkan dalam telefon bimbit berbunyi nyaring. Aku silentkan. 15 minit kemudian alarm berbunyi lagi buat kali yang kedua.. Mata masih berat tetapi aku paksakan juga untuk bangun. Mandi dan bersiap kemudian berangkat ke tempat kerja. Tak jadi singgah di rumah kakak.. Huhu.. Mesti mengantuk gila di office ni ... Sepanjang hari ni aku rasa badan aku macam tak bermaya. Aku asyik2 menguap dan rasa letih. Tak nak kafien lagi!... Tak nak piriton!...
Huuuaaarrrrrrrrrrrrggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!..........
P/S : Waktu rehat sempat tidur sekejap di bilik mesyuarat... Ehehehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment