* * * * *
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
Langkah 2 ( Teknik 10 saat )
Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
Langkah 3 ( Teknik 30 saat )
Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.
Langkah 4 ( Teknik 45 Saat )
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 ( Teknik 60 Saat)
Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, toleransi, murah hati. tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat mudah untuk anda melihatnya. Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja dan di rumah pula tampalkan di cermin solek anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah, lihat kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahawa diri anda sebenarnya amat diharagai.
~> Gambar-gambar hiasan dipinjam dari si GOOGLE.
P/S : Cara ni memang berkesan... Cuba sendiri kalau tak percaya!
13 comments:
klu marah rasa mo tumbuk ja tu urg!! ndada masa mo fikir positif.. hahahaha..
Hahaha... Sabar bh, just.... Truskan besabar walaupun kembang-kampis sudah lubang idung menahan marah <sa la ni yg selalu... hehe
Hi..knp mara2 tu...??? sabar dong..hehehhe
Hi, jue... Tu yg pagi2 baitu... Sekarang sejuk sudah... ^_^
Kalau sya marah..sya mandi..heheh
Tu pun berkesan juga tu, guns... Tapi kalo d opis susah mo p mandi owh... hehe
hahaha.....sa mau cuci muka tapi kan nanti mikap hilang...
dei len sa kadang2 kan hilang sabar owh sama c tua itu
lain kali bawa mikap la ko, beth.... hehe
wah...bagus juga cara2 ni sis..sesuai juga dengan saya yang suka naik darah ni..hahhaa
bagus ni tips ko lenn..Kalau sia marah somebody, sia hentam ja dia dlm "black book" a.k.a diari sia..faham2 la apa sia tulis dlm tu buku time sia marah..
Ellen : sa pun kadang2 pandai bertukar jadi "kepala angin" ni... tips mcm ni amat penting...
Tunung : Sa pun sometimes sa lepas marah/geram juga dalam diary. Bila baca balik, mcm lucu plak kan... haha
bagus ni tips, tp klu mkn gula2 pun kira ok jga tu ....salah satu cara mengatasi/menengani kemarahan,so klu ada kwn2 yg marah sma kita,rajin2 kn hulur gula2(lagi bagus klu gula getah)
kalo sa tengah marah n dibagi gula2/gula2 getah, trus sa makan dengan pembalut dia sekali... hehehe
Post a Comment