~Google~ |
1) Setkan fikiran untuk cepat-cepat mencapai segelas air suam setiap kali teringin untuk mengudap snek.
2) Kosongkan almari makanan dan peti sejuk. Selain menjimatkan wang, ia juga membantu menggagalkan percubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.
3) Buat sesuatu yang memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar diri sendiri ketika badan masih langsing dan pamerkan baju idaman di bilik tidur.
4) Kerap menggunakan rempah-rempah seperti halia, lada sulah dan lada hitam yag ternyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).
5) Tidur merupakan aktiviti yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kecenderung mengunyah makanan. Kajian yang telah dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras metabolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yang cukup.
6) Jadilah pembeli yang bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan.
7) Kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABC iaitu dengan menjauhkan alkohol [A], bread (roti putih) [B] dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks) [C]. Amalkan diet ini.
8) Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan di kalangan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau berada dalam bilik yang gelap/malap. Cubalah mempercepatkan waktu makan malam dan tidur awal bagi mengelakkan diri daripada memakan benda yang tidak perlu.
9) Jangan sesekali 'ponteng' sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga kepada tubuh setelah tidak mendapat sumber sepanjang malam. Ia juga membantu supaya tidak mengambil makanan terlalu banyak pada waktu makan tengah hari.
10) Pilihlah snek yang betul seperti biskut jagung tanpa gula dan buah-buahan ketika teringin mengunyah makanan.
11) Amalkan mendengar muzik yang memberikan ketenangan pada jiwa. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yang lembut dan tenang mampu mengurangkan mood untuk makan berlebihan.
12) Kajian yang dijalankan oleh University of Switzerland menjelaskan bahawa teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dicadangkan mengambil 3 cawan sehari.
13) Perhatikan apa yang kita makan. Ketepikan semua jenis makanan ketika menonton TV / wayang dan sedang bersantai.
14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah untuk mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencari sumber makanan sebelum makan malam. Tapi ingat! Jangan berjalan-jalan di kompleks membeli-belah pula kerana di situ terdapat banyak kedai-kedai makanan yang cukup menggoda.
15) Bila makan di luar, pesanlah salad, yogurt atau minuman kacang soya yang membuatkan kita cepat berasa kenyang.
Sumber : Sihat Forum 2009.
P/S : Peti sejuk aku kosong. Sayur dan buah saja yang ada... ^^
21 comments:
sa sllu ponteng sarapan...huhuhu
Nanti cenderung makan banyak time lunch owh, zeah...
wah innfo menarik nie
Terima kasih, IYC... ^^
ba klu sia rasa mo mengunyah, sia minum air ja la.. hahahah..
sllu juga mcm tue,,
momma..org kata kalau kita berjalan sebanyak 10 langkah...kita dah bakar satu kalori..betul ke?
Just : Teda masalah bh tu just kalo o mengunyah gula2 getah ka... buah2an ka.. Jgn telampau plak mnum air... Nanti kembang perut... hehe
zeah : so jadi kbiasaan la sudah ni ya... Secawan milo pun cukup sudah tu... Amalkanlah...
Billy : tengok saja ko punya persoalan ni buat sy terus tercari2 d internet... Dalam 1 web cakap 25 langkah berjalan barulah mampu memusnahkan 1 kalori dalam badan.
hello lenn,
napsu makan saya susah betul mau kawal tapi nda pandai gemuk2 hehe,tips menarik bah..tenkiu kio.
Bagusnya ko, donn.... Tinggi la tu kadar metabolisme ko kan...
wah kalau sampaian mau dikosongkan fridge,ya kelam kabut jadinya saat perut begitu terasa lapar...mau masak lagi.
paling penting itu pengawalan makanan dan pengambilan makanan yang bisa menaikkan paras metabolisme,kerna dengan peningkatan itu ia lebih cepat membakar kalori dan menyingkirkan kolesterol.rembesan peluh juga penting seperti dengan melakukan senaman.
kerja keras menhasilkan kesan yang baik pada tubuh.tapi tidak bisa diamalkan separuh jalan.
Bukan mengosongkan peti sejuk terus, GW. Cuma adakan benda yg penting2 dan berkhasiat saja. Cntohnya spt buah2an... Sayur2an... Sudah tentu lah disusuli dengan cara pemakanan yang seimbang dan senaman yang teratur... Baru la nampak kesannya kan... hehe ^^,
bagus ni..tips yg bagus
bagus ni info..
practicing 100% healthy diet memang a bit tough ba.. dptkan amalkan 2 atau 3 tips above pun consider good enough bagi sia..
E.d.Y : Memang bagus utk org2 yg berkenaan..
Tunung : Alaaaa... Yang slim-melim cam kamurang tu mungkin jaga tahap kolestrol saja...
Saya pun perlu diet juga ni, makin hari makin bunsit perut..hehehe
Hahahaha.. cute bh kalo lelaki yg bulat2... hehe
huhu..tak boleh ponteng sarapan lagi la jawabnya..
yupp.... selain daripada mampu mengurangkan kuantiti makanan yg akan diambil ketika lunch, ia juga amat penting utk membekalkan tenaga utk memulakan hari. ^^
salam awk blh x add me as my follower dan up link page kita
hi, onizuka... bolehh... hehe
Post a Comment