~Google~ |
Valentine day yang diraikan pada setiap 14 Februari sebenarnya merupakan nama seorang pendeta yang hidup di Rom pada abad ke-3 (St. Valentine), yang ketika itu dipimpin oleh Kaisar Claudius yang sangat terkenal dengan kekejaman. Kaisar Claudius mempunyai impian untuk memiliki pasukan askar yang besar dan menginginkan semua lelaki (dewasa/remaja) di bawah pemerintahannya itu mengambil bahagian.. Akan tetapi, para lelaki enggan terlibat dalam peperangan kerana mereka tidak mahu meninggalkan keluarga dan kekasih mereka. Hal ini membuatkan Kaisar Claudius sangat marah kemudian segera membentuk satu undang-undang baru. Kaisar Claudius melarang perkahwinan kerana dia beranggapan jika kaum lelaki tidak berkahwin, mereka akan ke medan perang tanpa halangan.
St. Valentine tidak menyetujui dasar baru itu dan menolak untuk mematuhinya. Dia masih menjalankan tugasnya sebagai pendeta dengan mengahwinkan pasangan-pasangan yang bercinta secara rahsia. Hal ini diketahui oleh Kaisar Claudius dan kaisar itu telah memberi amaran kepadanya. Namun, St. Valentine tidak menghiraukan amaran itu. Dia masih menikahkan pasangan-pasangan walaupun pernikahan itu dilakukan secara sulit.
Pada suatu malam, St. Valentine telah dikepung ketika sedang mengahwinkan satu pasangan. Pasangan pengantin itu berjaya melarikan diri manakala St. Valentine telah ditangkap. St. Valentine disumbat ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Di situ, dia dikunjungi rakyat yang sentiasa memihak kepadanya. Salah seorang yang paling setia mengunjungi St. Valentine adalah anak perempuan kepada pengawal penjara itu. Si ayah mengizinkan anaknya untuk melawat St. Valentine. Anak perempuan pengawal penjara itu menyakinkan St. Valentine bahawa tindakannya itu betul dan ramai yang sentiasa menyokong dan berpihak padanya. Ini menaikkan kembali keyakinan dan semangat St. Valentine.
Pada 14 Februari iatu hari hukuman mati dilaksanakan, St. Valentine sempat menuliskan sebuah pesanan untuk anak gadis pengawal penjara itu di atas segala perhatian, sokongan dan bantuan selama dia berada di penjara. Pesanan itu diakhiri dengan ayat : “With Love From Valentine.” Dan pesanan itu telah mengubah segalanya. Kini setiap 14 Februari pada setiap tahun, seluruh pelusuk dunia meraikannya sebagai
HARI KASIH SAYANG / VALENTINE DAY... St. Valentine dikenang sebagai pejuang cinta.
Sedikit Ulasan Peribadi : Sebenarnya Hari Kasih Sayang ni bukanlah semata-mata untuk diraikan oleh pasangan kekasih. Ia juga boleh disambut bersama family dan sahabat-sahabat tersayang. Ia hari untuk kasih sayang.... Bukan hari untuk melakukan maksiat... Semua agama pun melarang perbuatan terkutuk tu kan... Tapi masih ramai yang tidak faham... Huhuhuhhh....
P/S : Ada planning dengan BETH malam ni... Miahahahaha....
21 comments:
wah..len sa tau jua ni sejarah dia ni...
Waa... movie ka kamurang? happy love-day kio.. :D
kan betul tu...sy petik enrty dari blog sy pla..dan melalui entry blog ko nie lenn memang kristian yg tu di reka tambah dah...yg melarang perkhwinan...hehehe....kecian c st,valentine kan???...
kwn2 sya bg coklat hehehee,,,
Beth : Bah marilah kita sama2 meraikan Valentine Day hari ni.... hehe
Just : Hi, just... Bnyk beii perancangkan kami ni... Takut plak masa yg tak cukup... Tapi cuti bh bsok kan... heee...
Jos : Ksian bh... Trus bersemangat sa ni mo sambut Valentine.... Malangnya family sa jauh bh... Kakak pun semestinya dengan hubby n family dia... So sa kuar dengan kawan2 saja la... ^_^
fawzeah : wahhh... bagusnya dapat coklat.... boleh gak dimakan...
Happy valentine Lenn.
Happy Valentine, Mrs.MyGamanBorneo..
ngeee ni reply sia untuk n3 yg ni ehehe
What Valentine IS? : He Is My Valentine
ngee biar org nak kata pa... as long benda bukan jahat yg kita buat...
Betul tu, wen.....
Lenn,
sa 1000% setuju dgn ko punya ulasan peribadi.. Semua agama pun told us to do perkara2 yg baik..
Tapi itu la manusia kan, nampak yg tersurat ja tidak mo selami yg tersirat..
TQ, Tunung.... Sa pun heran napa orang tak cuba utk fahami betul2...
klu ikutkan, Islam tak penah larang kalau kita nak ikut apa2 yg org bukan Islam buat, dgn syarat tak betentangan dgn Islam dan x memudaratkan…cth mcm sambut New Year, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Pekerja….. tp kalau dah cara sambutannya penuh maksiat, benda yg elok pun jd haram
Nak raikan cinta tak salah… but please get your fact right about V-day…
kebanyakkan paderi2 Kristian dan ahli2 sejarah besetuju, St Valentine BUKAN diingati sebab usahanya mempertahankan cinta antara manusia…. TAPI….. kecintaannya terhadap KRISTIAN!!
So, korang nak ke sambut hari yg memperingati Paderi yg sgt CINTAkan Kristian? Tak rasa boleh jatuh hukum syirik? So, logic tak pengharamannya bg umat Islam?
Baik sambut Maulidur Rasul, hari memperingati (wpun patut hari2 kita ingat) KEKASIH Allah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang sangat CINTAKAN Allah, CINTAKAN Islam dan CINTAKAN umatnya.
bukan hari ni je hari sayang menyayang...sepatutnya setiap hari adalah hari berkasih sayang..:)
Cik / Encik Anonymous, apa yang cuba diperkatakan d c ni hanyalah sebuah teori mengenai asal-usul Valentine day daripada perspektif agama Kristian. So, bagi yang bukan Muslim rasanya tidak terdapat sebarang kesalahan jika meraikannya dengan cara yang betul. Setiap pegangan ada fahaman masing2. Jadi adalah elok jika kita saling memberi pendapat supaya yang kabur boleh diperjelaskan... Terima kasih atas comment yang amat bernas!
E.d.Y : Of coz la, Edy.. But maksiatpun bukan berlaku pada Hari Valentine saja kan?... ^^,
Baru sya butul2 faham apaitu Valentine hehhe...Happy V-Day Lenn..
x sdr rupanya hari ni hari valentine.. sbb mmng x sambut :)
Guns : Ini hanya salah satu daripada beberapa kisah asal-usul Valentine Day di seluruh dunia... Dirujuk daripada sebuah buku hak milik persendirian (sebenarnya).... hehehe... Welll... happy Valentine Day juga, guns....
Bunga : Bagi kami yg dibolehkan untuk meraikannya, Valentine Day ni memang tak pernah dilupakan setiap tahun.
Happy Valentine's Day!
Happy ValentineDay 2, Annie....
Post a Comment