Tuesday, 12 October 2010
TODAY IZ TUESDAY
Tuesday, October 12, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Selasa yang nyaman. Hari pertama tanpa boss di office. Semua staff mencintai situasi ini. Maklumlah, kami jarang dapat menikmati keselesaan yang tiada tolok-bandingnya.. Hehehe... Aku tiba seperti biasa. 7.30.. Nampaknya belum ada yang sampai dulu. Pintu office masih berkunci. Yang paling malang, aku terlupa membawa kunci office. [huhuhuhuhu...]Beth pun masih terperangkap dalam kesesakan jalan.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melepak di Artos. Sambil makan bihun goreng, aku membelek surat khabar. Seorang jururawat dilaporkan hilang sejak sabtu minggu lepas. Semenjak dua menjak ni, kehilangan manusia semakin menjadi-jadi. Salah siapa agaknya?.. Individu itu sendiri ataupun memang keadaan kini sudah berubah >>semua tempat sudah tidak selamat.. Ermm... Bahaya betul..
Aku masuk ke ofice tepat pukul 8. Belumpun sempat aku duduk, ms perfect itu datang di mejaku bersama dua helai invoice (ABX & FUJI XEROX). Memang kelalaian aku kerana terus menandatangi column "Goods Received" tanpa memeriksa padanan jumlah dan cost. Pagi-pagi dah kena 'berus'... Ngee.. Tak apa... Ini pengajaran bagi aku... Lain kali aku nak belek betul-betul dulu sebelum menurunkan tandatangan. Sign buta katanya >>ms perfect. Aku rasa lucu! hahaha... Gila!
P/S : Aku rasa puas bila berlagak bodoh sehingga ms perfect itu fade up dengan aku... haha... Gila lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment