 |
~Google~ |
1) Setkan fikiran untuk cepat-cepat mencapai segelas air suam setiap kali teringin untuk mengudap snek.
2) Kosongkan almari makanan dan peti sejuk. Selain menjimatkan wang, ia juga membantu menggagalkan percubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.
3) Buat sesuatu yang memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar diri sendiri ketika badan masih langsing dan pamerkan baju idaman di bilik tidur.
4) Kerap menggunakan rempah-rempah seperti halia, lada sulah dan lada hitam yag ternyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).
5) Tidur merupakan aktiviti yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kecenderung mengunyah makanan. Kajian yang telah dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras metabolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yang cukup.
6) Jadilah pembeli yang bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan.
7) Kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABC iaitu dengan menjauhkan alkohol [A], bread (roti putih) [B] dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks) [C]. Amalkan diet ini.
8) Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan di kalangan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau berada dalam bilik yang gelap/malap. Cubalah mempercepatkan waktu makan malam dan tidur awal bagi mengelakkan diri daripada memakan benda yang tidak perlu.
9) Jangan sesekali 'ponteng' sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga kepada tubuh setelah tidak mendapat sumber sepanjang malam. Ia juga membantu supaya tidak mengambil makanan terlalu banyak pada waktu makan tengah hari.
10) Pilihlah snek yang betul seperti biskut jagung tanpa gula dan buah-buahan ketika teringin mengunyah makanan.
11) Amalkan mendengar muzik yang memberikan ketenangan pada jiwa. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yang lembut dan tenang mampu mengurangkan mood untuk makan berlebihan.
12) Kajian yang dijalankan oleh University of Switzerland menjelaskan bahawa teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dicadangkan mengambil 3 cawan sehari.
13) Perhatikan apa yang kita makan. Ketepikan semua jenis makanan ketika menonton TV / wayang dan sedang bersantai.
14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah untuk mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencari sumber makanan sebelum makan malam. Tapi ingat! Jangan berjalan-jalan di kompleks membeli-belah pula kerana di situ terdapat banyak kedai-kedai makanan yang cukup menggoda.
15) Bila makan di luar, pesanlah salad, yogurt atau minuman kacang soya yang membuatkan kita cepat berasa kenyang.
Sumber : Sihat Forum 2009.
P/S : Peti sejuk aku kosong. Sayur dan buah saja yang ada... ^^