~Google~ |
1. Elak Waktu Makan
Ramai yang beranggapan dengan “skip” waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya. Anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda “skip”, badan dan otak anda kurang bermaya.
2. Enggan Bersenam
Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.
3. Enggan Menyentuh Kalori
Badan anda perlukan kalori. Mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Pengambilan jumlah kalori yang sesuai bagi LELAKI adalah 2500 kalori setiap hari. Manakala bagi PEREMPUAN pula ialah 2000 kalori. Jika kekurangan kalori, kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.
4. Hanya Makan Buah & Sayur
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.
5. Suka Salad Mayonis
Salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jika salad tersebut telah ditambah dengan pelbagai perisa yang tinggi kalori dan terlalu kerap diambil, sudah tentulah berat badan tidak akan turun.
6. Tidak Minum Susu
Ramai yang tidak suka susu. Terutamanya susu rendah lemak. (Sebab tak sedap...kan?) Tapi pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan.
sumber : www.lebihsihat.com
P/S : Salad mayonis??? Oh! tidak...................................
6 comments:
hu hu len..mari kita kasi fit badan
sedang cuba.... but once in a week sa tetap manjakan diri dengan makanan kegemaran... ^^
Cuba saja sedaya upaya..kalau gagal juga..cuba lagi..kalau masih gagal..just love the way you look..be yourself..:) ngam kaitu?
uhuh..sa suka makan itu salad mayonis..campur cheese lagi..adui..mau brenti makn ni..
@gunsirit
mmang sa mecintai diri sa seadanya, guns... tp takut ada masalah kesihatan bh....
@EJA
mungkin tak apa kalo mkn sekali-sekala.. bukan dijadikan habit... ^^
Post a Comment