JUS BUAH-BUAHAN
Jus amat baik untuk kesihatan kerana ia membekalkan vitamin untuk tubuh kita. Tapi Jus yang dipek di dalam botol, kotak dan tin mempunyai kandungan gula yang tinggi serta bahan pengawet merbahaya.
[LMC : Kalau mahu khasiat sebenar jus, perahlah sendiri di rumah..]
YOGURT
Yogurt mengandungi kalsium, protein dan vitamin. Yogur juga snek pilihan terbaik untuk penghidap Lactose Intolerance. Walaubagaimanapun, yogurt yang dihasilkan dengan cebisan-cebisan buah di dalamnya (terdapat di pasaraya-pasaraya) mempunyai kandungan gula yang tinggi juga bahan-bahan pengawet yang memudaratkan.
[LMC : Dapatkan yogurt perisa asli dan buah-buahan segar untuk dicampurkan ke dalam yogurt..]
ROTI
Sebenarnya dalam pembuatan roti hanya 4 bahan yang diperlukan. Tepung gandum, air, yis dan sedikit garam. Tetapi kebanyakan roti di pasaran mengandungi bahan pengawet supaya lebih tahan lama dan dicampurkan dengan bermacam-macam bahan perisa supaya roti lebih sedap.
[LMC : Pilihlah homemade bread atau pilih tarikh luput yang tiba beberapa hari selepas tarikh pembuatan roti kerana roti tu kurang kuantiti bahan pengawet..]
FISH BALL / CRAB BALL / CUTTLEFISH BALL / PRAWN BALL
Makanan laut baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang sederhana (kecuali aku yang alergik makanan laut ni....huhuhh..). Bebola makanan laut yang sudah diproses dan dijual di pasaraya lebih banyak mengandungi bahan-bahan lain daripada isi makanan laut tersebut.
[LMC : Buatlah sendiri bebola makanan laut... Tak susahpun.. LMC pernah buat bebola ikan tau ^_^]
SALAD SEGERA
Salad segera yang teah siap dipotong mudah didapati di mana-mana pasaraya. Tetapi salad segera yang terdapat di rak-rak sejuk supermarket sebenarnya sudah kehilangan nutriennya semasa proses mencuci dan memotong. Salad ini juga direndam dalam larutan pengawet yang menjadikan ia lebih tahan lama.
[LMC : Buatlah sendiri... Bagi LMC, lebih berpuas hati kalau kita hasilkan salad sendiri... Coz kita tahu apa kandungan salad kita tu...]
Sumber Rujukan : makanansihat.com
Sumber Gambar : Semestinya GOOGLE
P/S : Jangan tertipu lagi.....
16 comments:
huh len x mau makan la bread tuh..nasib baik sa bun fan sama ni barang2 owh
kesimpulannya..jaganla beli makann segera kena ia telah di awet agar tahan lama..dan makanla makanan yg segar..hihi...good info..
Yabah kan. Orang selalu overlook sama benda-benda macam ni.. Bila fikir, betul juga.. Thanks for sharing, LMC! ;-D
@beaty
Naaa... beli la ko oven... buat bread sendiri.... ^^
@EJA
tu la tu.... tapi kdg2 kalo kejar masa, kita ndak dapat elakkan kan utk ambil mknan2 yg mcm tu bh kan...
@AnnieMing
wlcome..... hanya ingin berkongsi apa yg patut semua orang tau...
good info sis...memang kita anggap makanan ini berkhasiat tapi sebenarnya ianya sangat2 tdk baik kan...so kena elakkan..tapi sedap juga bah ni kan..mo juga kadang2..hehe
in this case sa mau tanya kak.. ehe bleh ka buat resepi bebola ikan tuk sa? mean bagi ja la resepi dia. huhu sa memang suka makan maknn d atas yg akak sebut tu hahha tapi xpandai buat sendiri hehe
@Ellen
kalo malas or bubut masa terpaksa juga la mkn ni, sis... hahaha....
@Wen
Snang jak tu... isi ikan (mentah), tepung kanji, tepung jangung, serbuk jintan putih dan sedikit garam... ^^.. sukatan nanti sa mesej dalam FB... selamat mencuba.. keng3...
Eh ? yeke tak sihat ?
aish ~
erk...baru taw....
ekceli suke sume tue..
jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
gara2 tuntutan masa kan kkdng2 terpaksa jugak makan tu. mau pilih sayur2 salad pun semua nya ada d supermarket, huhuhu tulah macam2 penyakit sekarang ni ..kan
@nelly
Tak sihat coz dah banyak bahan-bahan lain terutamanya bahan pengawet...
@fyna
sama la, fyna.. LMC pun suka.... huhuh
(will follow u.. ^^)
@Pert Alpah
Ya bah... Walaupun tau makanan tu ndak bagus terpaksa makan saja...
Post a Comment