Thursday, 17 March 2011

KeNyaTaaN PeRiT YaNg BuAT AkU MeRauNG...


Pinjam Dari Google


Setelah penat mencari semangat blogging aku, akhirnya aku temui juga.... ^^... Nasib baik tak tersorok jauh sangat dari tempat asal... <<Mengada-ngada.... hahahahaaa.....

Sedang dalam proses menyiapkan n3 untuk 10 Days Challenge, tiba-tiba hati aku tergerak untuk membuka tab baru tentang tips-tips menguruskan badan >> Maaflah kalau asyik topik ni yang menjamu mata korang yeaa... Yang dah selim-melim tu, buat-buat tak nampak sajalah...

Aku memang sedang mengamalkan Diet Tak Makan Nasi sejak Januari lepas. Selain daripada memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan sedikit daging dan ikan, aku juga memakan tepung (mee & roti). Boleh dikatakan setiap hari aku akan mengambil mee goreng sebagai menu utama aku iaitu pada waktu makan tengah hari. Aku terkejut beruk nampak benda ni dalam satu blog. Dan fakta-fakta inilah yang buat aku tejelepuk seketika di depan PC...


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan)=260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan)=660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Aku sangkakan selama aku tak makan nasi ni, aku mampulah mengurangkan pengambilan kalori harian aku. Tapi sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI. Rupanya MEE GORENG yang aku amalkan tu lebih banyak menyimpan KALOTI TERSEMBUNYI berbanding dengan 1 SETENGAH CAWAN NASI PUTIH. Patutlah badan tak kurus-kurus juga.... Hancur sungguh hati aku. Benar-benar sia-sia... Huwaaaa..... Kesimpulannya, aku tidak berjaya mengurangkan kalori tapi menambahkan kalori dengan jayanya... Inilah padahnya kalau main ikut cara diet orang saja.. Tak selidik betul-betul.... Aku terpaksa bermula sekali lagi... Tapi kali ini dengan ILMU yang cukup di dada!



(sila klik di sini untuk masuk ke blog yang telah memberikan keinsafan maklumat sebenar)








P/S : Beth, besok kita makan nasi dan sayur saja k... huhuhh

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pun sedang cuba mo kurangkan lemak ni..good luck LMC! :)

beaty on 17 March 2011 at 21:46 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nah itu la ko..msti mau makan nasi jua sampur dgn sayur n pegi bersenam ya

LennMommaChubby on 18 March 2011 at 08:21 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ava : Thnx, Ava.... Gud Luck 2 u 2...... ^^

Beth : Yupp.. Nasi n sayur.... Setiap hujung minggu sa bersenam secara besar-besaran. Jogg dll.... Setiap hari pun bersenam d rumah juga. Sambil tengok tu drama jam 7 sa buat senaman depan tv... ^^

kindergartenlibrary on 18 March 2011 at 14:43 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nelly kalau bab makan ..
nyum2 ..hentam saja .hehe

Sumandak Kinabalu on 18 March 2011 at 15:39 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Naah, saya pun mau chayo2 kasi kurang berat badan ni tapi tidak berjaya. My friend said, ganti tu nasi dengan buah. Sudah saya cuba tapi...nafsu makan susah mau lawan (haha)...

Bukan juga mau jadi slim tahap gaban, sekadar hilang 2-3Kg tu memang menjadi harapan supaya buli pakai tu seluar yang lama sudah berkampung dalam almari (hihihi)

LennMommaChubby on 18 March 2011 at 15:49 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best la mcm nelly... LMC kena jaga makan. Takut tambah gemuk.. huhu

LennMommaChubby on 18 March 2011 at 17:51 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sumandak kinabalu : sy memang dari Januari lagi tak makan nasi. Paling2 sy mkn mee. Tp rupanya mee tu lebih banyak kalori drpd nasi putih. Hari ini sy start balik mkn nasi. Yg penting jgn ambil nasi la kalo waktu mlm.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waa.. sy dua minggu x makan nasi suda..makan jak nasi tambah berat badan sy...kalori kna kurang ! org ckp pompuan hanya bole makn x bole lbh daripada 1700 kalori..betul ka tuu? ^^

MulutPayau on 20 March 2011 at 15:11 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pun tgh diet ni......tapi berat badan tak kurang2 jugak..hehehe salah dietlah agaknya....

LennMommaChubby on 21 March 2011 at 08:14 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

LeLe : Kalo metabolisma cepat, pmpuan boleh ambil samapi 2000 kalori/hari. Jgn terus tak mkn nasi, Le... Kita perlukan zat yg ada dlm nasi tu. May b boleh kurangkan kuantiti.

MP : Samalah.... Memang ada yg tak kena dgn cara diet tu if tak kurang2 juga...

Isteri Encek Bard on 21 March 2011 at 08:54 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah nice info nie leen

LennMommaChubby on 21 March 2011 at 08:57 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thnx, IYC.... ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men