~Google~ |
MITOS : Memakan daging kambing akan meningkatkan kolestrol dan hipertesi.
FAKTA : Tidak benar. Tidak ada sebarang bukti mengatakan daging kambing mempunyai kolestrol yang lebih tinggi daripada daging merah.
MITOS : Kolestrol tubuh mampu dikawal dengan bersukan, bersenam dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
FAKTA : Salah. Bukan senaman dan pemakanan sahaja yang mampu mempengaruhi tingkat kolestrol dalam tubuh seseorang. Ia termasuk juga faktor umur, merokok, berat badan, jantina serta riwayat keluarga.
MITOS : Kolestrol tinggi dan penyakit kadviovaskular hanya dihidapi oleh lelaki.
FAKTA : Tidak Benar. Walaupun seseorang wanita (sebelum menopause) memproduksikan estrogen yang mampu mengurangkan kadar sakit jantung, tetapi perlu diingat juga faktor lain seperti diabetis, hipertensi dan faktor keturunan.
MITOS : Kadar kolestrol dalam tubuh akan sentiasa normal jika tidak makan daging dan memakan makanan yang bergoreng/berlemak.
FAKTA : Belum tentu betul kerana 80% kolestrol adalah dihasilkan dalam tubuh kita sendiri
MITOS : Paras kolestrol yang tinggi tidak merbahaya kerana tidak menimbulkan gejala.
FAKTA : Meskipun tidak ada gejala, ia amat bahaya kerana ia akan mengubah dinding saluran pembuluh darah seterusnya memicu kepada penyakit jantung.
MITOS : Tingkat kolestrol yang tinggi hanya dihidapi oleh orang dewasa dan warga emas.
FAKTA : Hiperkolestrol dihidapi oleh semua lapisan umur.
MITOS : Orang gemuk memiliki kadar kolestrol yang lebih tinggi daripada orang yang kurus.
FAKTA : Kurang tepat kerana kadar kolestrol dalam tubuh dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk apa yang kita makan, tingkat kesihatan dan kebolehan sistem tubuh untuk menyingkirkan kolestrol jahat.
Sumber: kompas.com
P/S : Sudah periksa tahap kolestrol kamu tak???....
7 comments:
sa belum pernah lagi cek kolestrol tau. harap2 la nda tinggi tu kolestrol.
Huhhh ... saya masa umur 17 duluuuu pernah cek kolesterol dlm darah, nurse cakap tinggi tapi masa tu badan kurus kering jg hehehe.
ilyannur : p la check... kalo masih muda2 snang mo kasi reduce juga tu...
Mrs.: last year sa ada check. Masih berada d paras yg selamat. tahun ni lum p check lg...
sedap bah tu kambing tu lenn hehe,...
sedap ka, donn?... Ndak pernah mkn owh... ^^
ya kan, bikin takut klu kolestrol tinggi...kena kurang mkn mknan blemak la lepas ni
memang kin takut, kak bz.. smua kena jaga juga tu... bukan pemakanan saja. Paling bagus dlm setahun tu dua kali p check paras kolestrol...
Post a Comment