Aku rasa macam ada yang tak kenalah dengan
Ms Perfect hari ni.... Kenapa agaknya ya???....
Pagi tadi aku sampai office lebih awal (pukul 7.28 pagi). Pintu office sudah dibuka coz Mr. Lo sudah sampai dulu. Aku nampak ada 7 set project progress report yang belum di'bind'kan terletak di atas mejaku. So selepas aku on PC dan memanaskan air, aku ke bilik mesyuarat untuk 'binding'kan progress report tu. Tidak lama kemudian aku dengar pintu terbuka dan seseorang melangkah masuk. Aku tidak tahu siapakah 'gerangan'nya. Aku tak berminat nak ambil tahu. Tiba-tiba... (Sabahan Malay)
"Oooo... Saya ingat siapa di dalam..."
Ms Perfect!
Dengan mimik muka yang manis dia menghampiri aku.
"Apa yang u sedang bind ni?..." Wahh... Mesra betul intonasi suara dia tu.
"Progress report bah ni..." Aku menjawab.
"Ooo... U sudah breakfast kah?" Dia tersenyum dengan manisnya (agaknyalah... hoho)
"Erm... Sudah... Baru saja tadi"... Aku berbohong... Belum lagi sebenarnya . Hehe
"O.k..." Diapun keluar dari bilik mesyuarat.
Aku dalam kehairanan. Apa mimpi dia malam tadi sehinggakan dia tiba-tiba pandai "beramah-mesra" dengan aku? Selalunya hanya muka bengis dengan kata-kata yang sengaja memancing kegeraman aku

Takkan diapun "on Christmas mood" juga... hehehe...
Waktu makan tengah hari, aku ceritakan hal ni pada Beth. Bukan main geli geleman lagi Beth mendengar story aku. Hahahahaha...

Mungkin itu cara dia menunjukkan ucapan 'Terima Kasih' atas ketekunan kami bergelut dengan BQ dan bakal stay back untuk mengisi tender sebelum balik bercuti di kampung. Ni kesimpulan yang kami buat sendiri saja. Tiada siapa tahu apa maksud yang tersirat di sebalik 'kepelikan' sikapnya hari ini.
Sebelah petang, sekali lagi dia berkelakuan 'pelik'. Ketika aku sedang mengemaskini fail meter reading yang berserabut tu, dia datang and then duduk di sebelah aku.
Dengan senyuman yang lebar dia bertanya... (Sabahan malay lagi...)
"Lenn, u punya BQ u sudah siap type-in kah?"
"Iya... Sudah... Kalau dapat pricing sebelum saya cuti, saya boleh tolong fill in" > Dengan muka boring ni... Kehkehkeh
"Yes... U start cuti 24 kan... Thats mean 23 petang u masih sini mah kan..?"
"Iya... "...
"Oooo... O.k"... Dia pun balik ke tempat duduknya. Meninggalkan aku dalam keadaan blur...
Ms. Yapp puncuri-curi pandang padaku. Mungkin dia juga turut merasakan "keanehan"nya. memang aneh bila orang yang sentiasa terpekik-pekik, berleter, muka marah dan melenting sini-sana tu berubah jadi selaiknya.

Ini kisah tadi.. Aku harap tak berulang. Bukannya apa, aku kurang senanglah dengan sikap
Ms Perfect yang aku rasa agak keterlaluan mengambil berat tu. Rimas pula... Uhuhuh...

P/S : Ikutkan hati aku nak letak gambar Ms Perfect. tapi cukuplah sekadar gambar "mask" saja.. Ada juga perkaitannya tu... Heeeee...