Monday, 20 December 2010
X-cHaNgE GiFt
Monday, December 20, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Tadaaa.....!!!! Sempena Christmas tahun ni, beberapa staff di office aku (aku cakap 'beberapa' coz tidak semua staff yang join) akan mengadakan "exchange gift" pada 23hb Dec ni. Limit kos bagi present yang perlu disediakan tidaklah tinggi (>$10 tapi <$15), saja untuk suka-suka.. Cabutan nama telah dilakukan pada hari sabtu minggu lepas untuk menjamin kesesuaian hadiah (khusus untuk si penerima). Aku berharap sangat aku dapat nama "Sista Weii" kerana berhasrat untuk menghadiahkannya 1 set eyeshadow tapi aku dapat staff lelaki pula. Selepas dapat nama tu, akupun berfikir sejenak ... Erm... Apa hadiah yang sesuai untuk lelaki ya?... Memang banyak yang sesuai tapi melebihi limit kos pula... He he...
Lepas dari Church, aku dan Co ke Gaya Street. Hendak cari present di sana. Punyalah sesak. Ramai sangat orang. Naik pening aku. Sempat juga aku singgah tengok-tengok pets. Aku berkenan sangat dengan puppy pekepoo tu. Next year bercadang nak bela doggy jenis ni . Harap-haraplah Co setuju. hehehe... Kalau tak dapat pekepoo, aku nak poodle (miniature) . Noon terlalu besarlah untuk dibelai-belai... Bila dia menerkam untuk bermanja-manja, aku pula yang terbaring. Melampau betul beratnya.... Uhuhuhuh...
Membebel pula pasal pets. Kan tadi aku cakap pasal present... Haizzzz....
Mula-mula aku bercadang membeli papan tempat menggantung kunci-kunci dengan ukiran nama (si penerima) tapi melangkaui limit kos pula ... Jadi aku belilah hadiah yang biasa saja . Yang boleh dipakai setiap hari. Tapi aku tertanya-tanya pula samada yang empunya hadiah ni muat atau tak ( dia tu kategori yang berbadan besar).. Kalau tak muatpun, simpan sajalah sebagai kenang-kenangan.. Ngee........... Aku belum balut present tu lagi... Hendak singgah beli present box petang ni...
P/S : Siapa dapat nama aku?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wakakakak..sia tau sapa...heee diam2 ja la
Hahaha... Jgn bising2 aarrr...
Post a Comment