Thursday, 23 December 2010
BaLiK KaMpUnG...
Thursday, December 23, 2010
Posted by
LennMommaChubby
Aisemen... Penat-penat aku menyudahkan kerja aku di office dengan speed kuasa "cahaya", rupanya tak jadi balik kampung petang ni. Haizzz... Mood akupun "luntur".... Aku stay di office sampai pukul 6 lebih. Oleh kerana aku ada bawa lebihan makan tengah hari tadi, maka aku tak payahlah masak malam ni. Hehehehehe... << Pemalas tahap dewa....
Mama dan adik Co datang. Co happy sangat coz dia taklah rasa sunyi sewaktu ketiadaan aku. Malam ni kami ada agenda utama yang perlu dilaksanakan sebelum aku balik kampung. Kami akan melakukan pembersihan rumah secara besar-besaran. Hampir 2 jam kami bergotong-royong, akhirnya semua kelihatan bersih dan tersusun. Lepas tu aku mandi dan naik ke bilik. Hendak berpuas-puasan online dulu. Dekat kampung mana ada line. GPRS pun susah nak dapat...
Awal pagi besok aku, sis dan familynya akan bertolak balik ke kampung tak sabar aku... Baju aku dan barang-barang lain dah berkali-kali keluar masuk dalam beg. Saja untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal.
P/S : Gerenti aku tak dapat tidur malam ni.... Tak sabar nak balik kampung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment